Part 8.

Romance Completed 36277

Hafiq masih lagi duduk di hadapan kubur Rafi. Berat untuk dia menerima hakikat Rafi sudah tiada lagi.

Keluarga Tania dan Hafiq yang bantu menguruskan pengebumian Rafi. Kayra pula berada di hospital untuk menjaga Tania.

" Fiq, uncle dengan auntie nak balik dah ni. Fiq nak ikut sekali? " soal Encik Hamzah.

" Takpalah uncle. Uncle dengan auntie balik dulu. Sekejap lagi Fiq balik " jawabnya.

Encik Hamzah mengangguk. Dia dan isterinya terus meninggalkan tanah perkuburan itu.

" Rafi, aku tak percaya yang kau dah tinggalkan aku. Kau dah tinggalkan Nia. Aku tak tahu macam mana perasaan dia bila tahu kau dah tak ada. Aku akan selalu doakan kau supaya tenang dekat sana. Aku sayang kau sangat-sangat Rafi. Kau lah kawan terbaik yang pernah aku ada. Maafkan segala silap aku. Aku balik dulu. Nanti aku akan datang balik. Assalamualaikum sahabat " Hafiq bangun dari duduknya.

Dia melipat tikar mengkuang yang dia duduk tadi. Dalam keadaan sayu dia terus melangkah keluar keluar daripada tanah perkuburan itu.

Kerana terlalu mengantuk, Kayra terlelap ketika menemani Tania di hospital. Gadis itu masih belum sedarkan diri.

" Kayra... " Tania menepuk perlahan bahu Kayra.

Kayra terus terjaga daripada lenannya. Dia menggosok-gosokan matanya.

" Nia? Nia dah sedar? " .

Tania mengangguk perlahan.

" Nia nak apa-apa? Nia nak air? " soalnya.

Tania menggelengkan kepalanya.

" Mana Rafi? " soal Tania.

Kayra terkedu. Dia tidak tahu apa yang dia harus jawab.

" Err..Nia kalau nak air atau nak apa-apa beritahu Kayra okay? " Kayra terus menukar topik.

" Mana Rafi ? Nia nak pergi tengok Rafi " Tania cuba bangun daripada katilnya.

Tapi Kayra pantas menghalang. Dia membaringkan semula Tania. Gadis itu masih belum sembuh sepenuhnya. Kakinya kedua-dua belah patah. Kepalanya pula luka. Dan tangan kanannya juga patah.

" Nia, sabar Nia. Nia masih belum sembuh " pujuk Kayra.

Dalam hati dia tidak putus-putus berdoa agar ibu bapa Tania pulang segera daripada tanah perkuburan. Biarlah orang tua Tania sendiri yang memberitahu Rafi sudah tiada.

" Nia nak pergi jumpa Rafi! " suara Tania mula meninggi.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Muncul wajah Encik Hamzah dan Puan Arina. Kayra menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi mencari alasan.

" Mama, papa. Rafi mana? Nia nak jumpa Rafi " soal Tania.

" Nia, Rafi dah tak ada sayang " tenang sahaja Encik Hamzah menjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience