Part 1.

Romance Completed 36277

Sebaik tiba di hadapan rumah, Kayra terus mematikan enjin keretanya. Dia sangat sebal dengan orang-orang sekelilingnya hari ni. Hari ini hari lahirnya tapi tiada siapa yang ingat. Termasuk kekasih hatinya yang tercinta, Hafiq.

Sepanjang hari lelaki itu tidak menghubunginya langsung. Pasti Hafiq lupa hari ini hari lahirnya. Ibu dan ayahnya juga lupa. Tiada seorang pun yang mengucapkan selamat hari lahir padanya hari ini.

Dengan langkah longlai, Kayra melangkah masuk ke dalam rumah.

" Assalamualaikum " .

Dia pelik melihat rumahnya gelap gelita. Tiada elektrik ke? Tapi rumah jiran-jirannya elok sahaja terang benderang. Rumah Uncle Chong siap dihiasi lampu kelip-kelip lagi.

Nak kata ibu bapanya keluar, kereta mereka ada di garaj. Jangan-jangan...

Otak Kayra sudah memikirkan perkara yang bukan-bukan.

" Ya Allah kau lindungilah keluargaku. Semoga tiada apa-apa yang buruk akan berlaku " doanya.

Dalam takut-takut dia melangkah masuk juga ke dalam rumah. Tangannya tercari-cari suis lampu. Sebaik dia jumpa, Kayra terus menghidupkan suis.

" Suprise! " .

Hampir luruh jantung Kayra kerana terkejut. Nasib baiklah dia takda sakit jantung. Kalau tak dah lama masuk kubur.

" Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you Kayra, happy birthday to you! " .

Hafiq datang mendekati Kayra sambil membawa sebiji kek berbentuk hati.

" Happy birthday sayang. Semoga dengan bertambahnya umur Kayra, Kayra semakin matang " .

" Thank you so much awak " sungguh Kayra terharu ketika ini.

Dia sangkakan tiada siapa yang mengingati hari ini hari jadinya. Rupa-rupanya mereka sudah merancang untuk membuat suprise.

Selain ibu bapanya, Tania dan Rafi juga ada.

" Tiup lilin tu Kayra " arah Tania.

Kayra terus meniup 5 batang lilin yang terdapat pada kek itu.

" Terima kasih semua. Kayra terharu sangat-sangat. Kayra ingat tak ada siapa yang ingat hari ni birthday Kayra " .

" Mana boleh ayah lupa birthday puteri kesayangan ayah ni " Encik Daud mengusap perlahan kepala Kayra.

" Thank you ayah " .

" Ibu harap Kayra dapat capai apa yang Kayra impikan okay? Ibu selalu doakan yang baik-baik untuk anak ibu seorang ni " kata Puan Normah pula.

" Thank you ibu. Aamin " .

" And semoga tahun ni last kau sambut birthday sebagai anak dara. Tahun depan sambut sebagai isteri orang pulak " Tania ketawa kecil.

" Insya Allah. Aamin " jawab Hafiq.

Dia juga kalau boleh tidak mahu bertangguh lagi untuk berkahwin dengan Kayra.

Share this novel

aleeyamzara
2019-11-29 11:36:35 

tamattt

aleeyamzara
2019-11-29 11:36:34 

tamattt


NovelPlus Premium

The best ads free experience