Part 14.

Romance Completed 36277

Hafiq membantu Tania bangun. Dia mengangkat gadis itu dan meletakkannya di atas kerusi roda semula. Tania tidak melawan. Dia hanya diam.

" Nia, jom ikut saya. Saya bawa awak keluar daripada rumah. Kita pergi jalan-jalan kat taman " ajak Hafiq.

Tania masih diam. Tiada reaksi.

" Auntie, Fiq nak minta izin bawa Nia keluar ambil angin boleh? Fiq janji Fiq akan jaga Nia baik-baik " soal Hafiq meminta keizinan.

Puan Arina mengangguk tanda setuju. Mungkin dengan membawa Tania keluar, gadis itu akan tenang.

Hafiq menolak kerusi roda Tania. Dua tiga kali juga mereka pusing di taman itu. Hafiq membuat keputusan untuk duduk seketika. Dia harus memujuk Tania. Kasihan dia melihat wajah Encik Hamzah dan Puan Arina tadi.

Dia melabuhkan punggungnya di bangku yang tersedia.

" Nia, awak tak boleh terus macam ni. Kesian mama dan papa awak. Dia orang sedih bila tengok awak macam ni " ujar Hafiq.

" Awak tak ada kat tempat saya Fiq. Awak takkan rasa apa yang saya rasa" jawab Tania.

" Kita sama-sama kehilangan Nia. Rafi tu kawan baik saya. Kami membesar sama-sama. Saya pun rasa kehilangan Rafi. Tapi kita tak boleh terus menangisi kepergian dia. Allah lebih sayangkan dia. Semakin awak tangisi, arwah semakin terseksa " pujuk Hafiq.

Dia yakin jika bercakap elok-elok dengan Tania, pasti gadis itu akan faham juga nanti.

" Semua orang akan diuji oleh Allah, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, yang selalu dihati dan menemani jiwa hari-hari. Namun bila sampainya waktu Allah mengambil dia semula, kita kena redha walaupun sakit. Rasullah saw juga di uji kehilangan orang tersayang. Dua orang pula tu dalam tempoh berdekatan. Namun dia redha dan mengetahui betapa besarnya nilai ganjaran sekiranya mereka bersabar dan betapa sayangkan Allah pada beliau " sambung Hafiq lagi.

Air mata Tania mengalir perlahan. Kata-kata Hafiq terkesan di hatinya.

" Tapi saya terlalu rindukan dia Fiq.. ".

" Saya tahu rindu yang paling sakit ialah rindu pada orang yang sudah tiada. Kita kena sedar Nia, Rafi pergi menghadap Allah. Kita juga akan pergi suatu hari nanti. Yang paling penting kita kena banyak-banyak berdoa semoga Allah buka kan hati kita untuk redha dengan pemergian orang yang kita sayang " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience