Part 17.

Romance Completed 36277

" Kayra, tu bukan Hafiq dengan Nia ke? " soal Laila apabila kereta mereka melintasi taman permainan.

Kayra segera menoleh. Dia memandang ke arah seorang lelaki dan seorang perempuan yang duduk di atas kerusi roda. Hafiq ke tu?

" Laila stop kereta " arah Kayra.

Laila terus memberhentikan keretanya. Kayra pula segera keluar daripada kereta. Selepas mengunci kereta, juga mengikut langkah Kayra.

Mata Kayra terasa panas melihat Hafiq menyuap makanan kepada Tania. Mereka kelihatan mesra sangat. Jika orang tidak tahu, pasti mereka menganggap mereka berdua pasangan kekasih.

" Assalamualaikum " tegur Kayra.

Hafiq dan Tania menoleh. Suapan Hafiq pada Tania terus terhenti. Dia menelan air liur melihat Kayra kini berada di hadapannya.

" Waalaikumsalam " jawab Tania bersahaja.

Wajahnya tenang sahaja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

" Oh patut lah saya mesej awak tak reply. Saya call awak tak jawab. Rupanya awak ada dekat sini " .

" Kayra, handphone saya tertinggal dekat rumah Nia semalam. Tadi saya terlupa nak ambil. Saya ingat lepas bawa Nia pusing-pusing taman saya nak call awak semula. Awak jangan salah faham ya? Saya minta maaf " jelas Hafiq.

" Kalau awak rasa saya lagi penting, awak akan hubungi saya dulu Hafiq. Awak tahu tak, saya risau dengan awak ? " .

" Saya minta maaf Kayra. Saya tak ada niat nak buat awak risau " Hafiq meminta maaf sekali lagi.

Tersentuh hati Kayra mendengar ucapan maaf. Hatinya yang panas terus terasa sejuk.

" Takpalah. By the way happy birthday my love. Wish yang lain saya simpan dulu. Malam nanti baru saya beritahu " Kayra tersenyum kecil.

" Thank you sayang " jawab Hafiq.

" Birthday awak ke? Happy birthday. Saya tak tahu pun hari ni birthday awak. Kalau macam tu malam ni kita celebrate dengan mama and papa saya sekali okay? " sampuk Tania.

Mati terus senyuman Kayra. Laila juga terkedu.

" Fiq, malam ni saya dah book dinner dekat hotel swiss garden " beritahu Kayra.

" Tapi Fiq, malam ni memang awak dah plan nak makan kat rumah saya kan? Sorry lah Kayra " ujar Tania tanpa rasa bersalah.

Hafiq sudah serba salah. Kalau dia tahu Kayra sudah menempah makan malam mereka, dia tidak akan berjanji dengan ibu bapa Tania untuk makan malam di rumah mereka.

" Saya minta maaf sangat-sangat Kayra. Saya dah janji dengan uncle dan auntie untuk dinner dekat rumah dia orang malam ni " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience