Part 16.

Romance Completed 36277

Laila pelik melihat kereta Kayra yang berada di hadapan kedai. Selalunya dia yang akan datang dahulu sebelum Kayra.

Langkah kaki terus diatur pada pintu kedai. Laila cepat-cepat mengeluarkan kunci daripada dalam beg tangannya kerana kedai masih lagi berkunci.

Sebaik dia membuka pintu, Laila terkejut melihat Kayra sedang tidur dalam keadaan duduk di sofa.

" Apa pulak yang Kayra ni buat dekat kedai ? " gumamnya sendirian.

Dia terus mendekati Kayra.

" Kayra, Kayra bangun " bahu Kayra digoncang perlahan.

" Hmmm " Kayra membuka matanya.

Dia tersentak apabila melihat hari sudah cerah.

" Ya Allah aku dah terlajak tidur. Laila, pukul berapa sekarang? " soalnya.

" Pukul 9 pagi. Kau buat apa kat sini? Jangan cakap malam tadi kau datang sini. Kenapa tak tidur kat rumah? " soal Laila bertubi-tubi.

" Malam tadi aku baru teringat hari ni birthday Hafiq. Jadi aku buatkan kek untuk dia. Aku ingat lepas subuh aku nak drive balik. Tapi terlajak tidur pulak " jelas Kayra.

" Lah, aku ingat kau lari rumah. Sampai tidur dalam kedai. Dah kau pergi balik mandi dulu. Nanti baru masuk kedai balik " .

Kayra mengangguk.

" Aku balik dulu ea " .

" Okay. Drive elok-elok " pesan Laila.

Kayra mencapai beg tangannya dan terus berlalu keluar daripada kedai.

" Kau call siapa tu? " soal Laila.

Dia pula yang penat melihat Kayra asyik mendail nombor seseorang. Tetapi masih tidak berjawab.

" Hafiq. Aku risau lah. Daripada semalam dia tak contact aku. Lagipun aku nak beritahu dengan dia malam ni aku dah tempah dinner dekat hotel swiss garden " jawab Kayra.

" Mana pulak dia pergi? Ke dia merajuk ? Kau ada buat salah apa-apa ke kat dia? " .

Kayra menggeleng. Setahunya tiada pulak mereka bergaduh. Semuanya baik-baik sahaja.

" Takpalah. Malam nanti aku datang rumah dia. Eh petang nanti jom teman kan aku pergi lawat Tania dekat rumah " ajak Kayra.

" Habis tu kedai? " .

" Fiona kan ada. Kita pergi sekejap jer. Lepastu kita balik kedai semula ".

" Haa okay boleh. Tak ada masalah " Laila mengangguk setuju.

Kayra termenung seketika. Dia masih memandang ke arah skrin iPhone miliknya. Rasa sunyi pula tiada panggilan atau mesej daripada Hafiq.

Entah ke mana lelaki itu pergi pun dia tidak pasti. Ah tidak mengapalah. Malam nanti dia sendiri yang akan menjemput Hafiq di rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience