Part 4.

Romance Completed 36277

" Kayra, cantiknya gelang tu. Bila beli?" soal Laila.

" Oh gelang ni. Hafiq yang bagi semalam. Hadiah hari jadi katanya " jawab Kayra.

" Untunglah badan. So kau jadi merajuk dengan dia tak? " .

" Of course lah tak. Dah dia buat suprise untuk aku semalam " .

" Ha'ah jugak kan. Boleh tahan sweet mamat tu " .

Kayra ketawa kecil.

" Sometimes lah. And guess what, lagi dua bulan family dia hantar rombongan meminang aku " .

" Seriously ? Congrats Kayra! I'm happy for you. Untungnya kau. Nak kahwin dah. Lepas ni tinggal lah aku jer yang bujang " Laila sengaja buat drama air mata.

" Alah mengada lah kau. Macam lah aku tak tahu hubungan kau dengan CEO Ezzra Holdings tu " Kayra mencebikkan bibirnya.

" Shutt. Jangan cakap kuat-kuat Kayra. Orang dengar nanti " .

Kayra ketawa kecil. Ada-ada sahaja Laila ni.

" Kawan Hafiq yang nak tunang tu apa nama dia? " soal Laila.

" Rafi dengan Tania. Kenapa? " .

" Haa dia orang ada datang sini semalam. Tempah kek untuk majlis dia orang " beritahu Laila.

" Lah yeke? Kenapa dia orang tak cakap dengan aku terus? " .

" Katanya kau busy nak siapkan kek kahwin anak Puan Sri Aida " .

" Haa tu pun betul jugak. Pening kepala aku melayan Puan Sri tu " .

Siapa tak kenal dengan Puan Sri Aida, customer paling cerewet sekali. Tapi dia memang selalu datang ke Kayla Bakery untuk menempah kek jika ada event.

" Takpalah Kayra. Biar aku uruskan jer nanti kek tunang Tania dengan Rafi tu " .

Kayra mengangguk perlahan.

" Okay thank you " .

" Kejap lagi aku nak keluar hantar order customer tau. Kau tolong tengokkan kedai " pesan Laila.

" Alright boss " jawab Kayra.

Laila hanya ketawa kecil.

Hafiq melangkah masuk ke dalam Kayla Bakery. Sengaja dia tidak memberitahu Kayra dia mahu datang ke sini.

" Hai sayang " ucapnya.

Kayra yang sedang mengira stok roti itu terus berpaling.

" Hafiq? " .

Hafiq tersenyum kecil.

" Awak dah tak ingat saya ke? " soalnya mengusik.

" Kenapa tak beritahu awak nak datang sini? " .

" Saja. Suprise " .

" Suprise again? Awak daripada mana ni? " .

" Saya daripada office. Sekarang waktu lunch. Tu yang nak ajak awak lunch sekali. Jom lunch " ajaknya.

" Tak boleh lah awak. Saya kena jaga kedai. Laila keluar hantar order customer. Staf saya yang seorang lagi tu cuti. Jadi saya kena jaga kedai sekarang ni " .

" Lah yeke? Kalau macam tu awak tunggu sekejap. Saya pergi beli makanan. Lepas tu kita makan sama-sama kat sini jer " cadang Hafiq.

" Tak susahkan awak ? " .

" Anything for you " Hafiq terus keluar daripada kedai.

Kayra sudah tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience