Part 20 (ENDING)

Romance Completed 36277

Tania termenung sendirian. Hatinya tiba-tiba rasa sayu teringatkan Rafi.

" Nia, saya sayangkan awak sangat-sangat tau. Andai suatu hari nanti saya pergi dulu, saya nak awak redha dan cari pengganti saya " .

Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia berkata begitu. Seolah-olah dapat merasakan umurnya sudah tidak panjang lagi.

" Rafi, awak cakap apa ni? Saya sayangkan awak sangat-sangat tau. Awak tak boleh tinggalkan saya. Baru jer beberapa hari lepas kita tunang, tiba-tiba awak cakap nak tinggalkan saya pulak " marah Tania.

Dia tidak suka Rafi berfikiran begitu.

" Ajal maut kan ketentuan Allah. Kalau dia nak ambil saya, awak tak boleh buat apa-apa melainkan redha. Kalau awak rindu, doakan saya " .

" Ish dah lah. Jangan lah cakap pasal ni lagi. Saya tak suka " .

Dan siapa sangka malam itu juga mereka kemalangan dan Rafi meninggal dunia.

' Kullu nafsin zaaiqatul maut...setiap jiwa pasti akan merasai mati.. " .

Tiada siapa yang dapat menolak takdir Allah. Semuanya berada di tangan Allah. Sebagai hamba, kita harus redha dengan takdirnya.

Tanpa Tania sedar, air matanya mengalir perlahan.

" Nia, Nia okay? " soal Puan Arina.

Tania menoleh memandang mama nya. Pantas air matanya dikesat.

" Nia okay ma. Nia cuma rindukan Rafi " jawabnya.

" Nia doakan dia ya " .

Tania mengangguk perlahan.

" Ma, Nia ingat Nia nak buat umrah. Mungkin dapat tenangkan hati Nia ".

" Alhamdulillah. Boleh sayang. Nanti mama suruh papa uruskan ya? Kita pergi satu keluarga " .

Tania mengambil tangan Puan Arina lalu dipeluknya erat.

" Terima kasih mama sebab sentiasa ada di sisi Nia. Nia terlalu menangisi orang yang dah tak ada sampai Nia lupa orang yang sentiasa sayangkan Nia " .

Puan Arina tersenyum nipis. Dia bersyukur Tania sudah boleh menerima hakikat Rafi sudah tiada lagi. Meskipun kadang-kadang dia menangis sendirian kerana terlalu rindukan arwah. Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan Allah.

Hari ini ialah hari pertunangan Kayra dan juga Hafiq. Kayra anggun memakai baju kebarung berwarna navy blue. Hari ini pertama kali dia memakai mekap yang agak tebal. Sebelum ini hanya natural beauty sahaja.

" Tahniah Kayra, Fiq. Maafkan Nia sebab cuba untuk ganggu kebahagiaan kau orang berdua " ucap Tania.

" Thank you. Takpa benda dah lepas. Kayra dah lupakan " jawab Kayra.

Dia tersenyum nipis.

" Terima kasih Nia sebab datang " jawab Hafiq pula.

" Bila majlis kau orang? " soal Tania.

" Lagi 6 bulan " .

" Wahh tak lama lagi tu. Again, tahniah ya. Doakan Nia, minggu depan Nia nak berangkat ke mekah untuk tunaikan umrah " .

" Seronoknya Nia. Hati-hati ya. Kayra doakan semoga Allah kurniakan jodoh yang baik-baik nanti " .

" Terima kasih Kayra. Eh Nia balik dulu lah ea " .

Selepas bersalaman Tania memandu pulang ke rumah. Hatinya tersentuh melihat Kayra masih lagi mahu melayaninya biarpun dia pernah ada niat tidak baik pada gadis itu.

Terima kasih Ya Allah kerana kau telah menghadirkan orang yang baik-baik di dalam hidup aku. Aku redha dengan suratan takdirMu.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience