[6]

Romance Series 4223

?

PLEASE VOTE AND COMMENT
________________________________

Mak Su nak lari memang mustahil. Imanlah yang bergegas keluar. Dia nampak Qallif sedang...sedang...duduk dekat bonet depat kereta. Terkejut Iman. Sangkanya toyol mana duduk kat situ.

"Encik Qallif,kenapa kat situ?"

"T-tu..tu..ada tikus!" Qallif berkata dengan muka jijik. Iman tertawa tanpa dia sedar.

"Encik Qallif takut tikus?Hahaha...Encik Qallif ni budak-budaklah. "Iman masih ketawa. Qallif mengecilkan matanya melihat Iman. Iman berhenti kerana takut dipandang sebegitu.

"Dah puas ketawakan aku? Bagus kau tolong aku tengok tikus tu masih ada ke tak..."

Iman tunduk lalu menurut. Dia memerhati ke arah sekeliling.

"Dah selamat...takde dah." Iman kembali berdiri. Qallif melepaskan nafas lega. Iman masih cuba menahan tawanya.

"Encik Qallif nak pergi mana ni?"

Qallif memandang dan mata indah itu juga memandangnya.

Zupp!

Oi hati,kau dah kenapa? Jangan nak jadi eletrik sana...

Ehem!Qallif berdehem lalu memandang ke arah lain.

"Aku nak pergi balai polis nak buat report. Kenapa? Ada barang kau nak kirim?"

Iman menggeleng.

"Bukan. Cuma Iman takut kalau Iman berdua dengan ibu je kat rumah. "

Qallif berfikir.

Betul juga. Dahlah bapa si Iman ni tinggal sebelah je.

"Hmmm...lain harilah. Esok jelah."

Iman mengangguk.

"Hmmm..Encik Qallif,boleh tak kalau nak jalan pergi mana-mana Iman nak ikut?"

"Eh...kau kenapa? Nak jadi belangkas melekat dengan aku?"Qallif terkejut mendengar permintaan itu.

"Eh bukan bukan...Iman dengan ibu sekalilah..."Iman tidak cekap nak bina ayat gramatis ni.

"Ooh..kau takut ke?...hmmm kalau macam tu, aku ok je kalau ada Mak Su."

Iman lega. Dia cuma takut dia diserang lagi. Qallif terlihat lagi mata hazel itu. Tak bolehlah nak tengok walau sesaat pun. Dia jadi leka dan itu akan menghayutkan dia dalam dosa. Dosa zina mata. Kau jangan...kena jaga juga mata ni tau. Jangan nak buat-buat lupa situ. Aku baling korang pakai timun.

TAKK!!TAKK!!TAKK!!

Kedengaran pagar rumah itu dihentak kuat. Mata Iman terbuntang. Segera Qallif mengarahkan dia masuk. Iman pun apa lagi,sekelip mata lesap.

QALLIF POV

Qallif memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket sambil berjalan ke arah Ramdan.

"Mana duit?"Ramdan memegang benda apa entah. Macam batang kayu gitu.

"Oh jap...kau tunggu aku masuk kejap pergi ambil."

"Cepat kalau tak,aku bakar rumah kau."

Qallif pusing dan melangkah masuk.

Ceh...aku tendang kau masuk penjara baru kau tahu...

Dia kembali keluar dengan beg. Beg itu berisi RM 100 000.

"Kau dengar sini. Ini perbelanjaan untuk setahun. Aku tak kisahlah apa tapi sekarang ni Februari so Februari tahun depan baru kau boleh minta balik. Takde alasan!"

Mata Ramdan membuntang besar. Dia tersenyum.

"Berapa ni?"

"RM100 000"

"Hmm...ok. Aku pegang kata-kata kau."

Dia pergi dengan beg itu. Qallif hanya menggelengkan kepalanya. Dia teringat Iman. Risau dia kalau perempuan tu trauma. Segera dia masuk ke dalam. Hairannya dia sedang tertawa dengan Mak Su.

"Apa yang lucu sangat tu?" Qallif duduk di sofa.

"Tikus."satu perkataan dari mulut Mak Su buat dia malu.

Alahai Mak Su ni...macam dia tak tahu Qallif trauma dengan tikus...

Iman tertawa.

"Awak ni perepot lah...huh!"Qallif menjeling.

"Hurh?" Iman bingung dalam tawa.

"Kau tu perepot..."

Iman masih lagi ketawa. Tawanya menarik perhatian Qallif kerana gadis ini tidak mudah rasa sedih. Yang lalu biarkan berlalu walaupun baru beberapa minit yang lalu.

"Dahlah! Qallif nak pergi mandi. Malas nak layan Mak Su dengan Iman ni."dia berdiri lalu berjalan menaiki tangga.

"Alololo...Encik Qallif janganlah merajuk...hahaha."Iman tertawa lagi. Iman ketawa sebab dia perempuan pun tak takut tikus,Qallif yang lelaki ni pula terjerit-jerit nak mampos. Qallif memandang lain ke arah Iman. Ayat itu seakan pujukan untuk budak-budak. Dia segera naik ke atas. Masih kedengaran tawa Iman dan Mak Su di bawah.

??????

Sejuk sahaja suasana malam ni. Qallif yang baru sahaja menyarungkan baju ke tubuhnya duduk baring ke atas katil. Dia memandang siling rumah. Bukannya apa,dia cuma berfikir sikit. Sikit?...emmm oklah banyak.

IMAN

Nama itu berlegar-legar di mindanya. Dia berfikir bahawa pasti ada hiknah di balik pertemuan mereka. Yalah,Mak Su hampir mati dan dia balik diugut itu ini. Duit? Itu bukan masalah tapi permasalahannya adalah keselamatan Iman. Bagaimana dia nak jaga Iman? Gadis itu bukan muhrim baginya. Pasti ada sahaja spekulasi orang kerana serumah dengan ajnabi. Telefon pintarnya berdering. Segera dia bangkit mengambil lalu dijawab panggilan itu . Siapa lagi kalau bukan Khalid.

??? ???? ?? ?????
(Apa khabar ya sahabatku?)

???. ????? ???? ???? ???
(Khabar baik. Tetapi saya mengalami hari yang buruk.)

Khalid terkejut. Qallif tak pernah lagi mengadu sebegitu. Selalunya hari yang indah saja dilaluinya.

?? ???????
(Apa masalahnya?)

????? ? ????? ????.
(Hari ini,saya telah selamatkan seorang gadis.)

Dia berjalan menuju ke tingkap. Dilihat kembali tempat pertama kali terlihat Iman. Khalid tertawa.
????? ??? ????? ?????
(Bukankah ini berita baik?)

??? ??????. ???? ???? ??? ??????.

(Ya sememangnya. Tapi saya bimbangkan keselamatan dia.)

?? ???? ???? ????? ??????.
(Jangan risau, Tuhan hadir kepada hamba-hambaNya)

??????? ?? ??? ????? ???? ?? ????. ???? ??? ??? ?? ???? ???? ??? ????.
( Masalahnya ialah dia adalah orang asing yang tinggal di rumah saya. Makcik memintanya untuk tidur dengannya lagi.)

?? ??? ???? ?????? ??? ???.
(Pulanglah ke rumah ibu bapa.)

Qallif mengeluh.

"Kau pun tahukan masalah aku."tegas suara Qallif sampai terkeluar bahasa Melayu.

"Bukannya apa. Aku cuma takut sekiranya kamu berdua-duaan di rumah. Qallif tahukan itu salah."Khalid mengingatkan Qallif.

Qallif merenung langit pula. Sungguh indah ciptaan Allah.

"Aku tahu dan aku takkan pernah lupa. Apatah lagi buat-buat lupa. Mak Su sentiasa bersama kami sebab dia sakit. By the way,sudah lama kau tak cakap bahasa Melayu...maklumlah kat Mekah sekarang. Aku ingat kau dah lupa."

"Ceh...Malaysia tanah air,mana boleh lupa. Biasalah...aku dah bertahun kat sini. Kau bila nak datang lagi?"

"Hmmm...nantilah aku cuba."

"Oh ya. Khuzi nak cakap dengan kau ni..."

"Alahai...rindunya aku kat budak tu...bagi dia jap."Qallif tersenyum.

"Tulah...aku suruh kahwin kau tak nak. Manalah ada anak. Jap."Telefon pintar dihulurkan kepada Khuzi.

"Assalamualaikum uncle. Uncle cehat(sihat)?"Khuzi,anak kepada Khalid dan Syuhada menyapa.

"Waalaikumusalam Khuzi! Alhamdulillah uncle sihat. Khuzi sihat?"

"Khuzi cehat(sihat). Khuzi celalu ikut cakap bonda. Uncle, Khuzi dengar tadi uncle cakap pacal(pasal) pempuan...uncle dah ada keyush(crush) ke?"

Qallif tertawa.

"Amboi...tau eh perkataan crush ni...Khuzi,lain kali jangan curi dengar lagi perbualan orang tau. Tak elok."

"Em..Khuzi takkan buat lagi. Khuzi janji. Uncle, Khuzi nak tido...mata Khuzi dah caket(sakit)...Khuzi pergi dulu ye...Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam Khuzi sayang."

Telefon pintar itu kembali ke tangan Khalid.

"Dahlah...rehatkan otak tu. Aku nak pergi kacau Syuhada ni."

"Hmmm..yelah.Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Panggilan dimatikan. Dia pun bergerak ke katil nak tidur.

??????

"Lu sudah janji ada perempuan cantik baru. Mana?!"marah Tiger,pelanggan VIP di tempat pelacuran itu. Ling berkerut dahi seribu.

"Aiyaa bos...inilah itu girl."Ling menunjukkan perempuan entah dari mana kena culik.

"Ini lu bilang cantik kah? Badan macam papan!Sudahlah! Gua tidak mau sini malam ni...jom jalan!"arah Tiger kepada konco-konconya.

"Eh bos lu ma--"

"Ling diam! Tiger mau rehat. Lu bagus kasih cari gua perempuan cantik besok malam. Kalau tidak,...huh..lu tau apa jadi."

Tiger dan konco-konconya pergi dari situ.

TONG!!

Ling menyepak tong besar di situ. Rugi! Langsung tiada yang dia dapat malam itu.

"Sh*t!"

??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience