[13]

Romance Series 4223

?

PLEASE VOTE AND COMMENT:)
__________________________________
Mak Su dari tadi mundar-mandir. Lepaskan Iman pergi? Huh,itu tak mungkin. Tapi,betul juga cakap Qallif.

Sebab Qallif tak nak orang luar fikir lain bila nampak Iman. Dia bukan isteri Qallif,andainya dia tunang kami masih tak boleh nak duduk serumah. Ini cuma langkah supaya Qallif tak terbuat benda tak baik nanti.

Alasan itu sangat kukuh. Tapi, dalam ayat-ayat itu, Khalid memang tahu yang Qallif cuma nak cakap yang dia takut nanti jadi macam kes dia dengan Sofea. Khalid memandangnya Qallif. Nampaknya dia memang sudah betul-betul tenang dan dah tak stres nak fikir pasal masa lalu. Qallif senyum padanya.

" Tapi Qallif,macam mana kalau ada orang apa-apakan Iman macam mana? Qallif nak ke Iman jadi macam tu? Qallif, susah payah kamu tolong dia tu dulu... kalau kamu betul-betul takut nanti orang sangka benda lain,apa kata kahwin?" cadang Mak Su.

Terbatuk Qallif jadinya. Mak Su ni...ada je jalan nak melekat dengan Iman. Huda tersedak air jus.

" Huda setuju. Hahaha abang dah umur 30 tapi still bujang. Tu jodoh dah kat depan,apa lagi nak dipertikaikan." Huda tersenyum sendiri. Khalid turut terhibur dengan gelagat Mak Su. Bab cari penyelesaian memang pro.

"Betul tu Liff. Kau kan bujang, Iman sangat sepadan untuk kau."tambahnya lagi. Nak hilangkan rasa kekok antara dia dengan Qallif. Qallif menggeleng pantas.

"Mana boleh. Dia tak cintakan Qallif,Qallif pun tak cintakan dia. Tak naklah." tolaknya. Mak Su tertawa kecil.

"Kalau kau nak tahulah,bercinta lepas kahwin tu lagi sweet. Belajar nak berkasih,nanti-nanti pandailah tu nak menggedik dekat bini. Berubah entah berapa darjah. Mula-mula singa sekali nanti,kucing pun muntah tengok kau menggedik."seloroh Khalid. Shuhada dan Khuzi datang mendekati mereka. Khuzi terus memeluk Mak Su.

"Amboi cerita pasal kahwin,siapa nak kahwin ni?"Shuhada duduk di sebelah Khalid. Lengan Khalid dirangkul.

" Hah,tu pun Shuhada. Ni hah laki kau nak kahwin dua katanya. Dengan Shidah katanya."pandai-pandai je nak petik nama orang. Kang tersedak semua orang yang nama dia Shidah kat Bumi,salahkan Qallif. Lengan Khalid dilepaskan.

"Abang suka adik Hada?"dia berkerut dahi. Hahaha kebetulan Shidah tu nama adik dia cuma ejaan je lain,pronounce je sama.

"Mana ada. Abang tak pernah pun tau. Qallif ni nak kahwin dengan Iman.".Shuhada melepaskan nafas lega. Dia merangkul lengan itu kembali.

"Bila tarikh?"lurus Shuhada membuat Khalid tergelak.

"Hah bila?"sambung turut support. Qallif mencebik.

"Takdenya nak kahwin dengan dia. Dia tu dahla--"

"Hah! Umpat Iman lah tu. Abang Qallif ni pak cik bawang."seloroh Iman mengambil perhatian semua orang. Huda dan yang lain hanya mampu menahan ketawa.

Jodoh diseru dah datang...hihihi,getus hati Huda lalu berpura-pura bermain telefon. Iman mengambil tempat di sebelah Mak Su. Dicium pipi Mak Su walau dalam keadaan berpurdah. Khuzi berpindah ke tempat Iman pula. Iman hanya membiarkan.

" Mana ada aku umpat kau. "Qallif berdiri lalu pergi dari situ. Dia menuju ke dapur. Khalid hanya memerhati sahaja gelagat Qallif. Memang dia nak mengelakkan diri dari Iman.

" Mengaku jelah!"jerit Iman. Pipi Khuzi dibelai. Qallif kembali sambil membawa kontena berisi biskut.

"Mana ada! Kau ni main tuduh je."kontena itu diletakkan di meja. Biskut itu diambil lalu diterbangkan ke mulut.

"Makan dahlah tak ajak. Eish..."Iman bangun lalu pergi ke dapur. Dia bancuh teh untuk dirinya sendiri. Kembalinya dia hanya membawa rasa cemburu oleh Qallif.

"Aik,dia buat untuk dia je? Aku?" Qallif berkerut dahi. Mak Su tertawa kecil.

" Kau ni Qallif. Dia bukan bini kau nak layan kau macam tu. Orang suruh kahwin dia tak nak. Tapi layanan yang dia nak tu...fuh,kahwin jelah."Mak Su membuat Iman hairan.

"Siapa yang nak kahwin,ibu? Abang Qallif? Siapa nak dia?"Iman buat nada tak percaya. Huda tertawa besar.

"Kau tak nak ke Iman?" katanya saja.

Iman mencebik.

"Eee tak nak! Mood mengalahkan perempuan. Macam dia je yang pandai datang bulan. Huh!"ucapnya tanpa nak tapis-tapis lagi bahasa dia.

"Kenapalah? Kau ada masalah?" Qallif buat muka serius. Iman memandangnya.

"Haah ada. Sebab orang yang abang elak tu Iman. Suka sangat kan nak palau orang,mulai esok Iman tak nak cakap dengan abang." Iman berdiri membawa diri ke bilik dengan cawan tehnya. Qallif terkedu. Terasa jugalah apa yang Iman cakap tadi. Khalid tolong ketawakan saja.

"Nampak gaya kamu ni Qallif, kalau Iman takde kat rumah ni memang kamu tak senang duduk. Inikan pula nak suruh Iman hidup kat luar." Mak Su mula membuat Qallif rasa kurang sesuatu bila Iman tiada nanti. Kurang suara untuk dibawa bergaduh.

"Qallif lagi happy adalah. Lagipun Qallif suruh Iman keluar nanti pun, Qallif tetap akan tanggung dia. Dia punya rumah,apa segala."Qallif menjawab.

"Lebih baik kamu jadi suami dia. Ada pahala. Mak Su tak setuju dia kena keluar. Muktamad. Titik!" ujar Mak Su  lalu mengambil sekeping biskut untuk dimakan. Qallif hanya mengeluh. Itu rumah Mak Su bukan rumah dia,dia tidak boleh buat apa-apa keputusan. Kenapa dia tak tinggal je kat rumah dia? Nanti taulah tu.

"Mak Su, Qallif minta maaf kalau buat  Mak Su marah pasal Iman tu. Qallif cuma nak cakap satu je, Qallif ni lelaki tau." dia dah malas nak cakap pasal suruh pindah ni. Mak Su lagi sayang Iman dari dia HAHAHA. Mak Su terkejut.

"Kau jangan main-main Qallif. Mak Su  humban kau nanti pakai penyapu. Terbang tu kat muka kau."dengan nada memberi amaran sahaja. Qallif tertawa kecil.

" Qallif main jelah. Dahlah Qallif nak balik biliklah. Qallif nak rehat jap."dia berdiri. Mereka hanya menghantar kelibat Qallif dengan ekor mata.

Badan yang lelah dihempas pada katil. Dia tersenyum kecil. Kenapa asyik nak kahwinkan dia dengan Iman?

Ceh,mengarut...aku dengan Iman? Dia tu adik akulah jelah...yee dia muda dari aku so adiklah kan? Kahwin bukan untuk aku...

TOK!TOK!TOK!

Qallif duduk.

"Masuklah! " dia pasti orang itu adalah Khalid. Siapa lagi yang nak jumpa dia masa-masa macam ni? Huda?Hiks...

Tombol pintu dipulas. Khalid masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan Qallif sedang senyum menyenget sambil melihat keluar tingkap yang terbuka luas itu. Dia duduk di sebelah Qallif.

"Kau kenapa nak jumpa aku malam-malam ni?" dia masih memandang ke luar.

"Amboi macam hidup kau tak tenang je nampak muka aku..." Khalid berbasa-basi.

" Hahaha...aku tak cakap pun macam tu."

"Aku nak tanya ni...tapi kau janganlah fikir lain."

" Tanyalah. Mood aku ok ni sekarang." dia tersengih-sengih pula tengok kat luar tu. Khalid memegang bahunya.

" Kenapa kau nak halau Iman?"

Lantas senyuman Qallif mati. Dia memandang Khalid.

" Bukan itu ke yang kau nak aku buat?" dia bingung. Khalid mengeluh kasar.

" Astaghfirullah...jadi itu ke sebabnya? Hey,dengar sini. Aku tegur kau hari tu bukan sebab aku tak nak kau layan perempuan ajnabi sampai tak ingat ikhtilat. Kau mesti tak nak kan kau jadi macam dulu? Tak payahlah sampai kau halau dia,kau tak kesiankan dia ke? Kau cuma kena jaga batas. Jangan nak sweet sangat sebab dia bukan bini kau. Jangan mesra sangat...dulu tekad nak berubah tapi sekarang ikhtilat ke laut...itu yang aku cuba sampaikan kat kau masa tu." panjang lebar Khalid menerangkannya. Qallif hanya tunduk.

" Jadi kenapa kau kaitkan juga nama.....Sofia?" nama itu disebut agak pahit ya. Khalid tertawa kecil.

" Maafkan aku. Aku cuma rindu dia je. Aku pun tak tahu dia macam mana sekarang. Aku harap at least dia masih hidup..." Khalid pula yang tengok luar tingkap sekarang. Qallif pun sama.

" Aku maafkan kau. Hahaha kau tahu tak kau buat aku murung sejak kebelakangan ni? Aku pun tak tahulah si Iman tu makan hati ke tak..." dia berdiri lalu berjalan menuju ke tingkap. Langit gelap yang dihiasi lampu-lampu semesta bintang itu mengingatkan dia pada kali pertama melihat Iman. Mata indah yang dicemari dengan air mata kesedihan yang jatuh berguguran.

"Kau...suka Iman tak?" soalan itu membuat Qallif terkedu. Dia suka Iman?

Ceh, tak mungkin...

"Takdelah...aku tak naklah kenal perkataan cinta ni. Aku anggap dia adik dia jelah." Qallif menutup tingkap itu lalu menutup langsir.

" Kau yakin just adik?" uji Khalid.

"Habis tu kau nak aku cakap apa? Aku simpan dia sebab aku suka camtu? Dah Mak Su sayang macam mana lagi..." geram pula Qallif balik-balik ditanya.

"Hmm...yelah. Aku suka tengok kau dah tak rapat sangat dengan perempuan tapi tak suka bila kau layan dia sampai macam tu. Mana tahu dia jodoh kau..."

Qallif menghempaskan tubuhnya di katil. Lengan diletakkan menutup mata.

"Aku ibarat jaga jodoh orang jelah Khalid macam tu. Aku tak nak kahwin. Aku takut nanti aku tak dapat jaga pasangan aku." keluhnya.

Khalid tertawa.

"Kau lelakilah. Kuota kita ada empat. Kau pun orang berkemampuan. Aku rasa full kuota juga kau ni nanti..." Khalid masih ketawa. Qallif bingkas bangun.

"Ooo kau ni mesti nak plan pasang lebih satu ni kan." Qallif tersenyum senget.

"Kalau Tuhan dah tentuka--" belum sempat Khalid menghabiskan kata-katanya,Qallif berlari keluar dari bilik itu.

"SHUHADA!!!KHALID KATA DIA NAK KHAWIN LAGI!!!" jeritnya. Terkejut beruk Khalid jadinya. Lantas dia mengejar Qallif.

"Woi fitnah!!!" balasnya.

Qallif ternampak Shuhada sedang mengemas dapur. Cepat-cepat dia berlari ke arah Shuhada.

"Shuhada!" dia tercungap-cungap. Shuhada pula sudah berkerut dahi.

" Abang Qallif ni kenapa?" soalnya kepelikan.

"Shuhada,Khalid nak pasang lagi satu." kata-katanya membuat cawan yang berada di tangan Shuhada terjatuh lalu pecah. Khalid sampai di situ.

"Abang,apa ni? Nak kahwin lagi satu? Apa tu?" Shuhada bertanya sambil memandang tepat mata suaminya. Khalid datang memeluknya.

" Jangan percayakan Qallif. Dia gurau je tu. Abang takde cakap pun benda tu." dia rasa Shuhada sedang nangis di bidang dadanya. Nampaknya dia percaya pula.

"Hek...hek...betul ni?" soalnya dengan air mata jatuh di pipi. Qallif hanya menutup mulutnya dari ketawa. Cepat betul si Shuhada ni percaya. Pipi Shuhada dicium dan dielus lembut. Bibir itu dibawa hampir ke cuping telinga Shuhada yang ditutup kain tudung itu.

" Sayang tahu abang sayang Shu sorang je kan? He's joking. Don't mind him. I love you honey." bisiknya. Shuhada masih menangis. Dia tak boleh. Dia ni sensitif orangnya dan emosional.

PAPP!!

Bunyi itu menarik perhatian mereka.

"Auch! Sakitnya..." erang Iman kerana kesakitan terpijak kaca pecah yang melayang sampai ke situ.

"Apa korang buat ni? Sampai ada kaca pecah lagi macam ni...bahaya tahu tak...dahlah,pergi masuk bilik. Biar Iman kemas." arahnya. Khalid menarik Shuhada yang masih menangis itu ke bilik mereka. Qallif sudah susah hati. Kenapa tinggalkan dia dengan Iman berdua? Haih...azabnya kenakan orang.

Matanya terpisat-pisat nak kecil nak besar sebab baru je terjaga dari tidurnya sebab terdengar benda pecah. Dengan mata yang masih mamai dia mengutip serpihan-serpihan kaca itu. Qallif hanya diam. Dia buat-buat tak kisah dengan membuat kopi untuk dirinya. Kadang-kadang dia risau kalau tiba-tiba nanti dia tinggalkan Iman sorang diri,nanti Iman terluka. Matanya masih menjeling sedikit ke arah Iman.

"Ouch!!"

"Kenapa tu? Luka ke? Iman ok?" kopi yang hampir nak tersembur tu ditelan pantas lalu barulah mulut mungil tu nak bertanya. Iman memegang tangannya. Ada luka kecil je.

"Iman ok. Iman dah biasa. Abang pergilah masuk bilik,esok nak kerja kan. Biar Iman handle sorang diri." Iman menidakkan sedangkan dalam hati nak nangis je sebab luka. Walaupun luka tu kecil tak semestinya tak sakit sangat. Macam juga hati. Walaupun ayat orang toxic ni cuma sindiran kecil, hati ni sakit macam kena tebuk puncher .

"Tapi luk--"

"Shhhh....jangan ganggu fokus Iman nak kutip kaca ni. Pergi masuk bilik. " arah Iman.

"Tap---"

"Ye ye Iman tahu abang risau luka ni. Dah tu pergilah masuk bilik biar Iman selesa sikit nak urus diri hah.." mamai.

"Oh hmmm ok." Qallif dengan mug di tangan kiri pergi dari situ. Tapi dia berhenti di tangga melihat Iman tanpa pengetahuan Iman.

"Better aku tidur sekarang sebelum aku masih risau pasal tangan dia. She is not your wife Qallif."

Baru nak melangkah lagi tapi langkahnya terhenti.

"But...she is human too. Ermmm ahh never mind. Dia tak minta pun kau risau kan." dia meneruskan langkahnya menaiki tangga.

Tangan yang luka tadi diperhatikan.

"Hish mamat ni. Dah tahu orang cedera pergilah ambil safety kit,ni mulut je risau tapi tak buat apa-apa pun." bebel Iman sendiri. Kaca yang dikutip tadi dibuang ke dalam tong sampah. Tangannya ada banyak luka-luka kecil sebab dahlah mamai tapi nak juga kutip kaca tu.

Abang Khalid dengan Kak Shuhada gaduh sikit kot...

Itu saja di fikirannya. Sekarang ni nak pergi cari safety kit pula. Yelah,rumah dah besar macam ni takkan takde safety kit pula. Rumah Iman yang kat sebelah nak roboh tu pun masih ada walaupun dah buruk sikit.

"Haih...mana pula safety kit ni? Hmm...Iman ngantuk. Dahlah,nak tidur." dah give up nak cari benda alah tu. Dia pun kembali ke biliknya.

Tombol pintu dipulas dan kaki kanan melangkah masuk dulu. Tapi ada benda yang melanggar kakinya.

"Apa pula ni..." lantas lampu bilik dipasang.

SAFETY KIT

"Aik,sejak bila pula ada jin makbulkan permintaan aku ni? Hmm...abang Qallif lah ni. " ucapnya lalu tertawa kecil. Pintu bilik ditutup lalu dikunci.

Qallif di balik dinding terkejut mendengar Iman tertawa kecil.

"Minah ni ketawa pasal apa? Huh..." dia pula yang tersenyum kini. Barulah  dia tenang nak naik atas.

??????

Sarapan sudah siap. Tinggal tunggu Qallif sorang lagi.

"Kenapa jantan sorang ni lambat pula turun hari ni? Iman dah masak awal hari ni boleh pula dia spoil lambat-lambat turun." Mak Su marah sikit. Selalunya Qallif yang bising pasal lambat ni.

"Dia nak siap-siaplah tu ibu. Janganlah marah kat abang pula." Huda bersuara sedangkan perut dia tu pun dah meronta-ronta nak makan. Iman hanya mengangguk tanda setuju.

"Morning." Qallif dengan wajahnya tak bersalah duduk di situ.

"Petang." itu pula yang Mak Su jawab. Qallif hanya ketawa.

"Janganlah marah Mak Su. Qallif lambat sebab urus somethinglah. Dah jom breakfast." Qallif menyatakan alasan. Mak Su hanya tersenyum kelat. Bukannya apa,Mak Su ni kalau pagi selera dia memang power. Entah kenapa.

Sedang mereka makan, Mak Su tersenyum kecil.

"Ibu ni dah kenapa? Senyum sorang diri. Tak share pon." Huda hairan. Mak Su jadi tumpuan.

"Nenek ok?" Khuzi membuka mulut. Khalid pula memandang Shuhada. Shuhada dah ok sebab Khalid pujuk dia semalam. Cuma tulah...dia paling tak suka gurauan macam tu. Khalid milik dia sorang je. SORANG JE!

"Takdelah...ibu terfikir je. Iman ni lawa. Huda pun lawa. Huda pula dah ada yang masuk meminang tapi dia tolak. Ada aje alasannya. Jadi ibu terfikir nak kahwinkan Iman dengan anak kawan ibu." hampir tersembur air kopi Qallif.

" Kahwin? Iman tak sedialah ibu." Iman terus-terang. Dia tak gelabah pun masih lagi tenang.

"Betul tu. Kenapa nak kahwinkan Iman? Nanti jaranglah Mak Su jumpa Iman nanti. Awal lah. Iman tu masih muda Mak Su." Qallif mengoyakkan roti canai itu lalu dicicahkan pada kuah lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia tak senang hati pun dengar alasan Mak Su.

"Mak Su tak dapat jumpa dia ke kau ni Qallif?" uji Mak Su. Huda terhibur. Dia tertawa.

"Entah abang ni. Iman yang kena suruh kahwin dia membantah macam dia pula." Huda sambung.

"Suka hati abanglah. Biar abang cari calon untuk dia. Tapi bukan sekarang. Mungkin tahun depan,depan depan lagi."

Iman hanya ketawa. Takde benda dia nak cakap. Dia pun takde suka siapa-siapa. Izzat? Cuma kawan. Qallif? Tak mungkin Qallif pun sukakan dia.

"Qallif,anak jiran tu pun bujang lagi kan. Mak Su nampak dia ok je. Namanya Wafiy. Dia pernah bantu Mak Su dulu. Rasanya tu calon boek untuk Iman." Mak Su sengaja nak tengok reaksi Qallif.

"Iya? Baiknya dia bantu ibu. Iman ni pun baik,sepadanlah dengan Wafiy. " Huda menyokong. Qallif hanya mendengar.

"Iman ok?" Mak Su takut Iman sensitif dengan topik mereka.

"Iman ok je." jelas smiley eyes.

"Iman,kau nak ke kalau budak sebelah tu nak pinang kau?" Huda ingin tahu. Iman memandang Huda lalu memandang ke arah Qallif yang turut berhenti makan kerana turut ingin tahu jawapannya. Dia tersenyum kecil.

" Kalau dia jodoh Iman,pasti semuanya ok." itu sahaja yang mampu dituturkan. Qallif sedikit terkedu.

Maksud dia,dia ok je?

" Tapi orang tu tolong sekali yak bermaksud dia baik tau." Qallif bersuara.

"Kalau orang tu tolong ibu Iman,baiklah tu." ujar Iman.

"Tapi kita tak bolehlah nak ju--"

"ASSALAMUALAIKUM!" jeritan memberi salam dari luar. Jelas itu suara lelaki.

"Siapa pula tu?" Qallif mengeluh.

" Wafiy kot! Sebab hari tu dia janji nak tolong belikan pokok kaktus." ujar Mak Su teruja. Lantas dia keluar diikuti Huda. Shuhada pula ke dapur nak basuh pinggangnya. Khalid hanya mengekori isterinya. Tinggal Khuzi,Qallif dan Iman berada di situ.

"Kenapa kau tak keluar sekali? " soal Qallif kepada Iman.

" Malas nak masuk campur. Dia bukan sesiapa pada saya." jujur Iman.

" Future husband kaulah tu bila Mak Su dah rancang macam tu."

" Habis tu abang nak saya cakap apa? Abang yang pelik sekarang ni. Kalau ya pun Mak Su rancang kenapa? Saya ok je. Abang cemburu ke apa ni?" marah Iman. Meluat dia jadinya.

" Kalau aku kata tak?"

" Kalau tak,takyah sibuklah."

"Then,I say yes."

" Kenapa?" Iman hairan.

" Abang jealous sebab Iman kahwin dulu." Qallif mencari akal.

" Wait. Abang?"

" Maksud aku,aku. Kau tak boleh kahwin selagi aku tak kahwin."

" Then,kahwin dengan Iman." Iman mengujinya. Dia gurau je. Qallif terkejut. Dia terkedu.

" Kahwin dengan Iman?"

" Ibu!Abang Qallif ajak Iman kahwin!!!" jerit Huda yang tidak mendengar semuanya.

"Hah?!" Mak Su berlarian ke situ.

"Betul ni?" senyumannya besar dipaparkan.

" Eh...kitor--"

"Bila nak kahwin?" Mak Su lantas duduk.

" Dengar dulu...Qall--"

"Argh!! Sukanya Mak Su. "

Alahai...lain pula yang jadi. Huda ni celupar betul.

" Ada apa ni mak cik?" Wafiy termangu-mangu di situ.

Matanya dan Iman bertaut. Qallif yang menyaksikannya sengaja berdehem kuat.

"Qallif nak naik atas." segera dia melarikan diri.

??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience