[3]

Romance Series 4223

Kereta Mercedes itu dipandu laju. Ling masih tak puas hati. Iman sangat cantik dan mampu melayan pelanggan-pelanggan VIP yang kaya-raya. Dia masih rasa RM 6000 itu tidak berbaloi untuk menggantikan keuntungan yang dia akan dapat setiap bulan dengan menjual tubuh Iman. Haih...aku dah salah langkah.

"Bos Ling,lu pikir apa lagi? Macam mau pecah sudah kepala lu gua nampak. Pasal perempuan lawa tadi kah?"Apek yang dari tadi perhatikan Ling pun bersuara.

"???????????.??????????????????"

(Saya rasa wang yang ditawarkan itu tidak berbaloi. Sekiranya wanita ini melacurkan, kita boleh menjana banyak wang.)

"Tulah...Ling tidak fikir panjang tadi. RM 6000, itu perbelanjaan lu sebulan lo."

"Tulah yang Ling sakit kepala. Mau menyesal tu tiada guna sudah lo."

"Bos Ling,apa kata kita culik saja tu girl amacam? Kalau tu lelaki cari,kisah hantar saja lo pergi negeri lain dulu. Alaa...macam bos tak biasa culik anak dara orang kasih jadi lu punya 'anak-anak' lo. Kerja sak sak soi pun susah mau pikir kah?"

Ling memikirkan ada baiknya juga idea Apek tu. Dia tiba-tiba tersenyum. Sudah lama rasanya tak pegang pistol,tangan ni dah meronta-ronta memanggil 'partner' yang digunakan untuk membunuh ibu bapa perempuan yang dia suka.

"Ceh...lu punya otak pintar juga arh Apek. Ling dapat perempuan tu,Ling mahu rasmi dulu. Dapat RM 6000,dapat perempuan cantik,dapat duit dari VIP...HAHAHAHA Ling kaya!Ling kaya." Dia ni...dah gila harta,biseksual pula. Apek dengan Achik pula yang nak muntah dengar perempuan tua ni.

"Mari patah balik. Tapi kita slow arh...jangan terburu-buru. Cari masa untuk masuk tu rumah...Ling tidak kisah kalau mahu tunggu sampai malam pun. "

Apek dan Achik hanya menurut. Yelah,kau buat kerja lancar,duit pun lancar jelah masuk. Masalahnya cuma HARAM atau HALAL je.

??????

Penat pula nak berlari ni. Tak pernah lagi dalam hidup Iman nak lari macam ikut pertandingan marathon ni.

"Huh...huh..huh...Allah..penatnya.Rasanya dah jauh ni aku lari. Re-rehatlah dulu."Iman singgah di tempat perhentian bas. Berpeluh-peluh dibuatnya. Dia membuka purdahnya lalu mencari nafas. Seram sejuk sahaja bila ada sekumpulan lelaki di situ sedang memerhatikan dia. Segera dia memakai purdahnya kembali. Alahai...kain jubah dah kotor. Dia rasa semakin takut apabila ada lelaki duduk berhampiran dengannya.

"Hei...dari mana ni berpeluh-peluh. Nak minta tolong abang lapkan ke?"lelaki itu semakin menghampiri dia. Semakin Iman menjauh,semakin dekat lelaki itu menghampirinya.

"Ja-jangan kacau saya!Pergi!"marah Iman. Macam mana nak lari lagi kalau dah penat lari dari Qallif tadi.

"Hahahaha!Long,garang do. Apa lagi?Kau ngaplah. Siap bagi kitorang pula."ketawa mereka lalu seorang daripada mereka berkata sedemikian.

Lelaki yang dipanggil Long itu dengan pantas menarik tangan Iman. Iman meronta-ronta minta dilepaskan.

"Tolong!!!Tolong!!!Perogol!!!"jerit Iman tetapi tiada sesiapa di situ.Long memegang bahunya.

"Kau diamlah!Kau fikir ada orang nak datang sini?Jangan mimpi!Bus stop ni dah lama jadi tempat kitorang hisap gam!Hisap dadah!...dan hari ini kitorang buat rekod baru,rogol orang.HAHAHAHAHAHA..."

BUKK!!!

Long terpelanting. Kayu besbol yang menghempuk perutnya buat dia muntah darah. Geng-geng Long sudah gentar melihat Qallif di situ. Mak Su pula lantas menarik Iman jauh dari situ. Dia bawa Iman masuk ke dalam kereta.Iman hanya ikut.

"Kau siapa hah?!"tengking Long.

"Tak payah tahulah. Kau nak trip tak takut aku ke sekarang ni? Tak payah takut pun sebab yang kau patut takut tu polis,hmmm...kau rasa rakaman ni cukup tak nak jadi bukti?"Qallif mengeluarkan handphonenya dari poket seluar. Dia menekan punat play dan video yang sempat dirakam Mak Su tadi pun dimainkan. Long dan geng-gengnya takut. Cepat-cepat mereka melarikan diri. Long yang dah nak pengsan pun penangan pukulan tadi memaksa diri untuk lari.

Kayu besbol diletakkan di bahu.

"Ceh...korang fikir aku akan lepaskan korang macam tu je?Tunggu polis buru korang lepas ni."

Teringat Iman terus dia bergegas ke kereta.

Iman menangis. Hampir sahaja dia dirogol orang. Mak Su memeluknya erat.

"Kenapa lari? Nasib aku sempat nampak kau tau tadi. Kalau tak..."

Esakan kuat Iman keluar.

"Ish kau Qallif. Dah pergi sana jap. Mak Su nak cakap baik-baik dengan dia."

Qallif dengan kayu besbolnya duduk di bus stop.

"Iman kan?"

Iman mengangguk perlahan.

"Kenapa lari tadi? Qallif ada buat apa-apa ke?"

Iman menggeleng.

"Maafkan Iman,aunty. Iman salah anggap dekat Encik Qallif jadi Iman pun larilah...Iman fikir Encik Qallif pun macam orang lain. Iman susah nak berfikir sangat sebab ayah...ayah jual Iman. Kenapa ayah jual Iman? Iman takut..."air mata membasahi segenap muka.

Mak Su kembali memeluknya erat lalu membelai kepala Iman.

"Tabah ya nak...mulai hari ni,Iman tinggal dengan kami...panggil je Mak Su."

Air mata Iman diseka.

"Tapi,ayah macam mana? Encik Qallif tak marah Iman ke nanti? Iman tak nak menyusahkan Ma-Mak Su..."

"Takpe...tinggal dengan Mak Su ye nak...bahaya sorang-sorang. Ayah pun jahat nak jual Iman dekat orang lain...Mak Su janji Mak Su akan jaga Iman macam anak sendiri. "

"Tapi..."

"Iman,Iman nak ke kejadian hari ni berulang lagi ke?"

Iman menggelengkan kepalanya. Air mata kian kering.

"Hmmm...ok.Tapi Encik Qallif macam mana?"

"Betul tu...Qallif macam mana?"sampuk Qallif yang tiba-tiba muncul di situ.

"Kamu baliklah rumah kamu."

"Ish...tak naklah Mak Su.Qall-"

PAKK!!

Sekeping papan keras menghentak kepala Qallif.

"HAHAHAHA....Apek,cepat!Tarik itu perempuan."

Qallif yang kesakitan masih cuba berdiri. Tapi sepucuk pistol di kepalanya.

"Kau gerak,kau mati."pistol itu tepat di belakang kepalanya.

??????

Heyyo!Nampak tak bintang kat bawah tu?tekanlah kejap...saya bagi awak flying kiss dari Sabah ni...HAHAHAHA takpe...citer saya hambar..sorry

Love you?

Please vote,comment and share??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience