[5]

Romance Series 4223

Lelaki itu menghampiri Qallif.

"Aku nak duit sekarang...nak pergi judi ni. Kau tipu aku,aku terus bunuh kau."Ramdan memegang kolar baju Qallif. Qallif menolak kasar.

"Malam ni...malam ni aku bagi. Aku tak bawa duit sekarang."

"Betul?"

"Ya betul...pergilah!"

Ramdan menolak Qallif kasar. Qallif cuba untuk berdiri nak ke tandas.Ramdan pergi begitu saja.

"Dia ni pokai dah pun masih nak berjudi...buat aku pula yang stres nak hadap dia...macam mana aku nak solat ni?...kaki sakit. Tak boleh! Kena solat juga."Qallif berdiri gagah. Dia tak suka kalau tak dapat solat. Dia kena usaha juga.

??????

Iman menunggu di luar setelah selesai pendermaan tadi. Dia mencari kelibat Qallif kerana lelaki itu sahaja harapan untuk dia terus hidup. Dia keluar dari hospital untuk mencari Qallif. Jalan situ,jalan sini tak jumpa-jumpa juga.

"Heih...mana Encik Qallif ni? Takkan dia jalan pula?....kalau macam tu,Iman nak ikut siapa?hmm..."membulat matanya melihat ayahnya yang sedang berjalan keluar pagar. Segera dia bersembunyi di balik dinding.

"Ya Allah...terkejut Iman...hu..hu.."

Iman cuba mengintai Ramdan. Ramdan sudah tiada di situ.

"Phew...syukur dah takde. Iman tak nak percaya ayah dah...dahlah jual Iman..."matanya kembali berair.

Dia pusing ke belakang.

PANGG!

Terkejut dia bila terlanggar seseorang. Bila dilihat orangnya,

"Hergh!!Encik Qallif,Iman minta maaf. Iman tak sengaja nal langgar Encik Qallif. Iman ta--"

"Ok stop! Kau ni banyak cakap juga ye...dah jom tengok Mak Su jap."

Qallif menjarakkan sikit jaraknya dengan Iman. Tak nak terlanggar lagi. Iman sedikit lesu. Matanya agak kabur. Dia terjatuh.

"Kau kenapa?" Qallif terkejut.

"Iman...Iman pening... Iman rasa nak pengsan..."

Qallif berkerut dahi.

"Hmm...kau ada makan tak tadi pagi?"

"Ta..takde..Iman tak sempat sebab ayah marah Iman."

Qallif mengeluh.

Ayah apa ni macam ni? Kesian pula aku tengok perempuan ni.

" Tak apalah Mari aku spend kau dekat kantin. Kesian kau. Jangan risau selagi aku ada,aku akan cuba lindungi kau."Qallif berkata.

Wait. Kenapa macam pelik je ayat aku ni? Ah,biarkanlah...

Iman mengangguknya perlahan.

"Kau boleh bangun tak? Kalau tak,aku cari nurse jap papah kau pergi kantin."

"Iman boleh. Terima kasih Encik Qallif sebab selamatkan Iman tadi. Kalau Encik Qallif takde, mesti..."Iman tunduk tak sanggup nak sambung ayatnya. Rasa jijik.

"Takpe...berterima kasih dengan Allah kerana mengirim aku untuk menyelamatkan kau. Dahlah jom!"

Iman menurut.Perut berkeroncong menyeru makanan nak masuk.

Mereka duduk di kantin. Terpaksalah duduk berdua sebab takkan nak biar tinggal lagi si Iman. Dahlah Ramdan baru je jumpa dia tadi.

"Kau nak makan apa? Aku pergi ambil."Qallif bertanya kerana kantin tu perlu layan diri sendiri.

"Iman tak memilih. Iman ikut je."Qallif mengangguk lalu pergi. Nasi goreng dengan ayam goreng diambil untuk dirinya dan Iman. Diletakkan piring itu dihadapan Iman.Doa makan dibaca dan mereka makan. Oleh kerana tiada orang di kantin itu,Qallif pindah ke meja sebelah. Kesian dia tengok Iman kurang selesa.

??????

Selesai saja makan. Mereka pergi melawat Mak Su kembali dengan bungkusan makanan. Qallif masuk ke dalam ruangan itu. Dilihat kepala Mak Su sudah dibalut rapi. Qallif duduk di tepi Mak Su.

" Mak Su masih rasa sakit?"

"Hmm..ok dah sikit. Iman mana?"Mak Su bertanya.

"Dia kat luar. "

"Panggil dia masuk kat dalam. Qallif nanti duduk situ." ujar Mak Su sambil menunjukkan jarinya pada kerusi di tepi bilik. Qallif hanya menurut.

"Iman,masuk jap. Mak Su panggil kau."

Iman mengangguk. Dia masuk dan terus duduk di tepi Mak Su. Tangan Mak Su digenggam.

"Mak Su...Mak Su ok? Rasa sakit lagi ke? Nak apa-apa tak?"dia betul-betul risau. Kesian penyelamat hidupnya.Mak Su tertawa kecil.

"Janganlah risau sampai tanya banyak sangat. Pening Mak Su dengar. Jangan risau Mak Su ok. Mulai hari ni,tinggal dengan Mak Su ye...tak nak Iman kena kacau lagi."

Iman mengangguk. Dia bersyukur kerana dikirim orang-orang yang baik untuk melindunginya. Air mata membanjiri matanya. Qallif pula yang disisihkan.

"Mak Su,doktor kata hari ni dah boleh keluar kalau nak. Mak Su nak rehat kat hospital dulu esok baru balik atau nak balik terus?"

"Balik terus jelah. Mak Su nak kenal-kenal lagi dengan Iman ni."

Iman tersenyum dalam tangisan. Pipi Iman dielus lembut.

"Terima kasih...terima kasih sebab tolong Iman..."

"Sama-sama. Kamu patut cakap dekat Qallif bukan Mak Su."

Iman memandang Qallif. Qallif pula dah tengok tempat lain. Dia tak boleh tengok mata Iman. Sebab mata itulah dia jatuh dan telah masuk ke dalam hidup gadis itu kini.

"Encik Qallif,terima kasih. Lain masa Iman balas jasa Encik Qallif."

Qallif pula mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Emm...Allah hantar aku nak selamatkan kau...jadi..em..hah tulah..hmm.."

Mak Su tertawa kecil.

"Qallif ni dah kenapa? Tetiba macam ni... Qallif malu eh?" Mak Su menyakatnya.

Qallif mencebik.

"Mak Su ni...mana ada. Qallif biasa jelah. Emm..Qallif nak pergi kaunter jap urus untuk Mak Su keluar...jangan pergi mana-mana tau." Qallif keluar dari bilik itu.

"Iman, Mak Su nak tanya sesuatu boleh?"

"Apa dia,Mak Su?"

"Ibu Iman mana?"

Iman tersentak. Dia tidak boleh dengar soalan sebegitu. Dia sedih. Iman tunduk dengan pandangan kosong.

"Ibu Iman dah takde."

"Ya Allah...maafkan Mak Su ye...Mak Su tanya sebab ayah Iman je yang ada masa Qallif cerita tadi."

"Takpe. Iman tak apa-apa."

"Iman...terima kasih sebab selamatkan nyawa Mak Su. Boleh tak kalau lepas ni panggil ibu? "dia memandang wajah Iman.

"Ib..ibu?"dia memandang wajah wanita tua itu.

"Ha'ah ibu. Iman tak suka ke?"

"Eh boleh je...Iman lagi suka."

Mak Su tersenyum. Tiba-tiba pintu diketuk. Qallif masuk.

"Mak Su,jom! Emm..Iman,jom!"

Mereka mengangguk. Iman membantu Mak Su untuk sampai ke kereta.

??????

Mereka sampai di rumah. Mereka masuk dan duduk di sofa. Mata Iman begitu ralit memandang arah sekeliling rumah itu. Indah dan mewah. Luarannya tidak begitu tapi dalamnya...menakjubkan.

"Iman,kau nanti tidur dekat bilik tu. Kau ok?"Qallif menunjukkan bilik yang berhampiran dengannya. Iman mengangguk.

"Eh...tak nak! Iman,tidur dengan ibu boleh? " Mak Su bersuara. Qallif pula dah berkerut bertambah pelik dengan panggilan ibu itu.Iman tersenyum di balik purdah.

"Kalau itu yang ibu nak, Iman turutkan saja."

"Hehehe...sayang Iman."

"Nasib baik bilik Qallif kat atas." Qallif menyilangkan tangannya.

Oh baru aku ingat...baik aku pergi jap.

Qallif teringat sesuatu.

"Mak Su,Iman...Qallif nak keluar jap ye."

"Ok."balas Mak Su.

Dia pergi ke kabinet mengambil sesuatu dan keluar.

Lama-lama Iman dan Mak Su bercerita di luar. Tiba-tiba,

ARGH!!!!

??????

HEHEHE...OK KE TAK OK?ATAU OK SIKITLAH..

PLEASE VOTE,COMMENT AND SHARE?

SILENT READER PUN TAKPE??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience