[12]

Romance Series 4223

?

PLEASE VOTE AND COMMENT
_________________________________
Sejak kebelakangan ini, Qallif suka sangat bersendirian. Dia cuma nak ambil masa untuk kuatkan diri dia hadap Iman. Dan dia cuba untuk kawal diri dia daripada mesra sangat dekat Iman. Khalid ada juga jumpa dia tapi sekejap saja sebab Qallif terasa sangat bila Khalid ungkit balik pasal Sofea tempoh hari. Apakan daya kalau dia takde benda nak buktikan apa-apa. Iman pula kadang-kadang nak sapa Qallif tapi sepatah-sepatah je dijawab. Khalid? Rasa bersalah dekat Qallif sebab dia pun masih meragukan hal itu. Huda pun dah start kerja so Huda lah yang sama-sama datang dan balik dengan Iman. Nasib Iman dengan Huda sebelah je kat office tu.

"Wii Iman,kau dah cuba try cakap dengan abang baik-baik?" Huda hairan. Drastik sangat perubahan Qallif. Sampaikan Khalid pun dia jarang nak bawa cakap. Khuzi je mampu buat dia bercakap tapi tu pun mesti diorang dua je.

"Ada...tadi pagi pun ada tapi dia mengelak sebab dia baru je ambil wuduk. Tapi tak menyempatlah Iman nak tanya kenapa dia tiba-tiba nak mengelak dari Iman." Iman berkerut.

"Hmmm...kau ada salah cakap ke kat dia? Kau terlebih usik ke? Akak tak pernah nampak dia macam tu...pernahlah sekali tapi itu dulu masa ada Sofea."Huda menepuk-nepuk bahunya yang berhabuk itu.

"Sofea? Siapa tu?" Iman pelik.

"Hmmm...akak nak cerita tapi nanti jelah masa lunch hour,ok?"

Iman mengangguk.

??????

Terkedu,terkejut,marah,malu,hina semuanya bercampur dekat Iman. Semua cerita pasal Sofea dan Qallif juga dia sudah tahu. Cuma yang tidak diketahui cuma kebenaran.

"Ooo jadi macam tulah kisah dia ye. Hmmm...tapikan kalau betullah abang Qallif tak buat semua tu,kenapa Sofea cakap dia pula?"Iman menyengetkan kepalanya.

"Iman,orang ni nak selamatkan diri dia memang akan cari orang yang baik untuk tolong dia. Tapi Sofea salah sebab pilih abang,abang tu bukannya baik sangat hahahaha...entahlah...usah dibahas masa lalu,yang penting itu kini yang bakal mengubah masa depan."ujar Huda lalu menyuapkan laksa yang dibeli bersamanya tadi dengan Iman. Iman yang mendengar hanya mengangguk setuju.

" Tapi kenapa Iman pula yang dia elak? Tite Imanlah bukan Sofea. Abang Qallif ni pelik."

"Penampilan sama,hati berbeza. Akak harap kau taklah backstab dia pula nanti. "Huda memandangnya macam nak bagi amaran. Iman tertawa kecil.

"Iman bukan macam tulah. Iman tak berani nak khianat-khianat orang ni... Iman rasa macam putuskan silaturahim pula. " Iman berkata lalu menghirup secawan kopi yang dibuatnya di pantri tadi. Hairannya, Cantara tidak kelihatan hari ini. Kebetulan Izzat lalu di situ.

"Izzat!"panggilnya. Izzat menoleh dengan pandangan yang bishe-bishe jew.

"Hah nak apa?"dia mengangkat keningnya.

"Awak tolong tanya abang Qallif boleh tak?"

"Hhmmm...cakaplah."

"Awak tanya dia,kenapa nak elakkan diri dari Iman?"dia menyilangkan tangannya. Izzat garu kepala. Dia dah tahu sebabnya tapi nanti si Iman ni mengada pula.

"Tengoklah macam mana. Saya pergi dulu."belum sempat Iman menahan,Cantara menarik tangannya. Huda pula duk syok sambung makan. Cantara bawa Iman ke tempat yang tak banyak staf.

"Rina ni kenapa? Macam nak culik Iman pun ada hahahaha."Iman lucu pula nampak Cantara.

"Emm...aku nak tanya,kau pandai tak baca Al-Quran?"bisiknya perlahan tak nak orang lain dengar.

"Hmm..pandailah. Kenapa?Awak nak belajar dari saya aeh?"dia memegang tangan Cantara. Cantara melepaskan.

"Taklah. Saja tanya sebab aku nampak kau kan alim alim gitew." Cantara memandang ke arah bilik Qallif.

"Hmm...yelah. Kalau ada apa-apa nak minta tolong jumpa je Iman." Iman kembali ke mejanya. Cantara hanya mengeluh. Mrs. Ego tak nak pupus dalam dirinya.

??????

"Abang,sejak abang cakap macam tu,Qallif dah berubah...dia macam dulu. Semua orang dia tak layan. Khuzi pun kadang-kadang je. Pergilah minta maaf. Kita pun tak tahu kan dia buat atau tidak."pujuk Shuhada.

"Shuhada,sekali lagi sayang suruh benda tu,kita balik ke Madinah balik. Kita tinggal dengan keluarga di sana dan jangan balik Malaysia lagi." Khalid masih tak dapat terima kenyataan.

"Baik. Shuhada cuma nak tegur. Tak salah kalau seorang isteri menegur suaminya. Tak baik nak fikirkan benda yang dah lepas. Shuhada nak keluarlah dengan Khuzi. Assalamualaikum."tangan Khalid disalam lalu pergi. Khuzi berlari ke arah ayahnya.

"Ayahanda,Khuzi dengan bonda nak keluar. Ayahanda tak nak ikut?"katanya sambil memeluk Khalid. Khalid tersenyum.

"Ayahanda nak rehat. Pergilah teman bonda. Nanti jadi hero bonda kalau ada yang kacau tau."pipi Khuzi dicium. Tangannya disalam.

"Ok ayahanda. Kami jalan dulu. Assalamualaikum ayahanda."ujarnya sambil menunjukkan jari OK.

"Waalaikumusalam."

Khalid bersendirian di biliknya. Rasa marah dia memang dah tiada cuma dia teringatkan Sofea. Ibu ayahnya pula sudah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan ketika ingin menghadiri khuliah. Sayang sekali,kehilangan kedua insan tersebut sangat menyakitkan hatinya. Dia kecewa sangat-sangat.

Bila difikir balik apa yang Shuhada cakap tadi,dia memang rasa bersalah sebab dia pun tak tahu betul atau tidak. Dia mengeluh kasar. Sofea sudah tiada bersamanya,janganlah pula Qallif yang putus hubungan dengan dia. Dia bercadang nak jumpa Qallif malam ni. Lagipun,impak besar bila dia ungkit masa lalu sampai Iman pun dia dah tak nak bercakap langsung.

??????

" Kau tahu tak tadi? Iman suruh aku tanya kenapa kau mengelak dari dia."

Lantas Qallif memandangnya.

" Apa kau jawab?"masih tegang wajahnya.

" Entah. Yang kau ni sampai bila kau nak layan dia macam tu? Lebih baik kau kahwin je dengan dia,senang cerita. Serumah dengan dia kau taklah rasa tak selesa. Sekatil adalah."seloroh Izzat. Qallif mengecilkan matanya memandangnya.

"Apa salah ke aku cakap?" Izzat berkata tanpa rasa bersalah.

" Kau rasa aku macam ni sebab cinta ke? Bukan kan..."dia kembali sambung tandatangan di fail-fail itu.

"Kalau kau tak suka dia,kau takkan rasa bersalah sebab kau tak layan dia. Aku tak tahulah tapi yang serumah dengan kau tu Iman,bukan Sofea. Kau sebenarnya dah lupa atau tidak pasal Sofea ni?" Izzat bermain dengan tie.

"Nak cakap bodoh,kau ada degree. Nak cakap pandai,haih....kalau lupa tu memang taklah tapi aku dah tenangkan diri. Solat,selawat,tahajud semua dah. Aku dah tenang. Cuma aku tak boleh hadap muka Iman."

"Sebab kau nampak Sofea kat dia?"

"Bukan...tapi perangai aku nak kacau dia susah nak lepas. Kalau cakap suka,memang taklah. Aku kenal dia baru sebulan kot."

Izzat tertawa kecil.

"Suka hati kaulah. Aku nak gerak jap. Nak jumpa Iman."Izzat berdiri.

"Eh,kau buat apa jumpa dia?"

"Nak bagitau kau suka dia."

Mata Qallif membuntang.

"Awas kau! Jangan nak fitnah-fitnah sono. "Qallif menjeling. Izzat hanya tertawa.

??????

Iman merenung ke luar tingkap kereta. Pemandangan matahari terbenam ni lawa sangat. Huda bawa dia nak tengok sunset jap ...hiks.  Mereka duduk di batu besar. Kelihatan Huda tenang sangat tengok pemandangan kat Pantai Carey tu. Iman pula sedikit mengeluh.

"Iman,kenapa ni?" Huda memandang dia.

"Hehehe...takde. Iman cuma ingat masa kecil dulu. Dulu, ibu selalu bawa  Iman jalan-jalan masa petang kat kampung. Petang macam ni, mesti ibu main dengan Iman,sayang Iman tapi sekarang dah takde dah . Hmmm...."

Huda merangkul bahu Iman.

"Kau kena tabah. Mesti kau sedih kan dah takde ibu. Bapa pula teruk. Aku faham perasaan kau. Aku dulu pun selalu teringatkan ibu bapa aku. Hmmm...nak buat macam mana lagi,dah takdir." Huda bernada tenang. Dalam hidup ni,kalau tak nak sedih,kita kena kuat.

"Akak, sebenarnya ibu dengan Ibu Qallif tu tak berbaik sebab apa?"Iman ingin tahu.

"Oh...diorang tu sebenarnya gaduh. Kan dulu abang tu ada masalah pasal Sofea tu...jadi aunty Nora tu dia salahkan ibu sebab tak pandai jaga abang. Ibu bapa dia sibuk dengan kerja jadi abang tinggal dengan ibu sebab dia takde tempat nak manja-manja gitu. Hahaha...tapi tu ibu boleh mengalah lagi. Yang betul-betul buat dia marah adalah bila aunty Nora cakap dia tak pandai jaga laki. Macam-macamlah diorang cakap sampai satu masa tu ibu mengamuk. Dia halau abang Qallif pada mulanya tapi abang Qallif tu pandai pujuk ibu. Kejap je ibu dah reda kemarahannya."

Iman hanya meng'o'kan saja.

"Wii jomlah balik. Akak rasa melekit pula badan ni."

Iman hanya mengangguk.

??????

Mereka tiba di rumah. Iman terus je masuk bilik sebab ada Qallif kat luar. Dia tak nak lelaki itu rasa tak selesa dengan dia.

"Apa yang kamu nak bincang ni Qallif?" Mak Su membuka mulut. Huda berehat di sofa ruang tamu. Shuhada dan Khuzi kat dapur makan. Diorang pun baru balik. Hanya ada Khalid,Qallif,Mak Su dan Huda di situ.

"Emmm....boleh tak kalau Iman tak tinggal dengan kita? Qallif tak suka."

"Hah?!"Mak Su terkejut. Khalid hanya memandangnya.

"Kenapa pula nak halau Iman tiba-tiba ni? Tak kesian ke kat Mak Su?"Mak Su betul-betul rasa nak hempuk je si Qallif ni.

"Sebab..."

??????

OK HIATUS...BYE!LUSA BALIK ASRAMA DAH???????BYE TIMUN² SEKALIAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience