[1]

Romance Series 4223

Tangannya sudah dirotan banyak kali.Dia sudah menjerit banyak kali tapi si ayah tidak kisah.Bahkan setiap hari perempuan itu diseksa.

"Ayah...Iman minta maaf...Iman tak mampu..."nadanya kesakitan sambil menangis.

"Apa kau cakap?Eh aku bagi kau makan,sekarang kau tak nak balas jasa aku?Dasar anak takde guna!"dipukul lagi badan gadis itu.

"Ayah...Iman tak nak!Iman tak nak!Iman tak nak kerja tu...haram!"Iman berteriak kerana kesakitan itu.Dia ditampar oleh ayahnya.

"Woi!Apa masalah kau?Kerja jelah...syurga neraka kisah pula aku!"tengking Ramdan.Dia mahu menjual anaknya kepada 'mama ayam' di luar sana dengan harga yang tinggi.Bagaimana tidak...Iman sangat cantik orangnya.Tapi sayang,tubuhnya calar dipukul Ramdan.

"Argh!!!Kau tahukan aku kalah judi...tolonglah aku...apa masalah kau?Jadi pelacur je kot bukan suruh kau bunuh diri!"

Iman menangis sekuat-kuatnya.Ramdan pergi dari situ.Dia keluar dari rumah itu.Ramdan memang begitu.Tidur di rumah kawan-kawannya yang menagih dadah.Dia pun menagih juga. Iman yang ditinggalkan menangis sekuat hatinya.Sakit.Kulitnya yang gebu itu calar kerana dirotan.Tudungnya dibaiki.Dia memeluk lututnya.Masih kekal menangis.Kuat suaranya.Apa tidak...baru kelmarin Ramdan sepak kakinya hari ini dipukul pakai rotan pula.Silap-silap esok dah mati.Dia hanya menangis sebab dah tak dapat fikir apa-apa.Dia tidak mahu dijadikan pelacur.Haram!

Dia keluar dari rumah.Duduk di luar sambil melihat langit.Hanya tudung labuhnya yang menyelimuti dirinya yang kesejukan di kala malam.Jubahnya menutup badannya.Walaupun miskin,dia tetap menutup auratnya dengannya sempurna.Berpurdah kerana dia di berada di luar rumah.Dia terlalu cantik oleh itu dia dinasihati oleh arwah ibunya untuk berpurdah.Dia mendongak ke atas melihat bentangan langit malam yang cantik dengan taburan bintang di mana-mana.

Ya Allah,apalah nasibku ini...Ayah memintaku untuk mengerjakan kerja terkutuk...Aku tidak sanggup Ya Allah.

Dia kembali menangis.Tangan menutup kedua-dua mata-matanya.Masih terus menangis.

??????

Heish...tak tenanglah nak tidur...ada puntianak ke kat pokok mangga sebelah rumah tu?Hari-hari ada saja bunyi tangisan.Tutup telinga pun masih tak dapat tidur.Mesti jiran ni punya pasal.Hari-hari ada bunyi tangisan,tengkingan dan macam-macam lagi.Dia yang penat dari kerja itu tidak dapat tidur.Akhirnya dia bangun untuk sambung saja fail-fail kerjanya.Dia kira mahu mengerjakan fail itu esok kerana dia tidak ke pejabat.Tapi tangisan itu masih mengganggunya. Dia sudah rimas. Dia melihat keluar jendela untuk mencari punca suara itu.Matanya tertancap pada seorang perempuan berjubah dengan tudung labuh sedang menangis di sebelah rumahnya.Sesekali dia mendongak ke atas melihat langit indah ciptaan Allah.

"Ya Allah...kenapa dia menangis?Gugurnya hati aku mendengar suara tangisan perempuan..."

Qallif hanya terus menatap perempuan itu. Wajah perempuan itu tidak dapat dilihat dengan purdahnya itu.

"Jarang pula aku nampak perempuan berpurdah...rindu pula dekat tanah suci."

Dia masih melihat gadis itu.Bukan kerana apa,cuma dia tertarik dengan gadis berpurdah itu.Dia terkejut bila perempuan itu memandang dia.Mata mereka bertembung.Qallif tidak mengalihkan pandangannya.Mata itu...Ya Allah indahnya ciptaan-Mu.Dia tersedar daripada kesalahannya lantas mengalihkan pandangan mata.Dosa.Dia mengucap lalu masuk ke dalam.Dia duduk menghadap mejanya.Fail-fail itu langsung tidak menarik minatnya untuk disiapkan.Dia tertanya-tanya siapa nama perempuan tadi.Selama ni dia selalu balik lewat sebab struggle siapkan fail-fail di pejabat tapi disebabkan hari ini dia balik awal, dia terlihat gadis itu.

"Siapa nama dia ya?"

Terus dia teringat Mak Su.Lantas dia bangun mencari mak ciknya itu.Rupanya Mak Su sedang menonton televisyen di ruang tamu.Dia duduk di sebelah Mak Su.

"Eh Qallif tak tidur lagi?"

"Tak dapat tidur..."

"Oh."

Qallif malu nak tanya Mak Su.Yelah...dia mana kisah pasal perempuan sebelum ini.

"Tanya je Qallif kalau ada nak tanya.Tak payah nak berkerut-kerut dahi tu."

Uish..Mak Su ni hebat juga. Macam tahu-tahu je.

"Hmm..apa dia?cakaplah."

"Mak Su...siapa jiran perempuan kita kat sebelah tu?"

"Yang mana satu ni?Kiri ke kanan?"

"Mak Su ni...kanan kan rumah lelaki bujang."

"Oh...kamu maksudkan Iman ke?"

"Iman?"

"Haah Iman...manalah kamu kenal.Kamu kan selalu datang pejabat awal jadi manalah kamu nampak dia. Baik budak tu. Jarang Mak Su nampak orang berpurdah kat Malaysia ni. Tapi kesian.Dia selalu kena marah bapa dia."

Qallif kembali berkerut dahi.

"Kenapa pula?"

"Jangan tanya sebab Mak Su pun tak tahu.Sebenarnya Qallif tanya sebab apa ni?Tetiba cakap pasal perempuan.Kalau tertarik cakap kat Mak Su,Mak Su pergi meminang."

Qallif terkejut.

"Eh,ke situ pula Mak Su ni.Tak naklah...Qallif bukan tak nak cuma Qallif memang tak tahulah dengan perasaan Qallif. Qallif nak kerja je. "

"Mak Su faham. Tapi Qallif kena ingat,hidup perlu diteruskan.Kamu tu takde adik-beradik. Qallif takkan tak nak anak kan?Mak Su pun nak jadi nenek juga."

Qallif terdiam.Kena ceramah pula pasal kahwin. Dia memang tak nak sebenarnya. Dia tak sedia lagi.

"Qallif nak tidurlah.Jangan tidur lambat tau Mak Su."

"Ok."

Qallif menaiki tangga menuju ke biliknya. Dia kembali melihat ke luar jendela mencari kelibat perempuan tadi tapi nampaknya perempuan itu sudah tiada.

"Ah,tidurlah..."

Dia baring di katilnya.Sudah lama dia tidak berehat sebegitu.Dia hanya sibuk dengan syarikat-syarikat yang ingin melabur dengan syarikatnya.
  

??????????

"Rindu ibu...ibu..."Iman menangis lagi. Kalau ibunya masih hidup,pasti hidupnya tidak begini. Ayah berubah sejak ibu tiada. Ibu meninggal dunia kerana menghidap penyakit jantung. Hanya langit indah menemani Iman malam ini.Bintang-bintang malam yang sedang menyinari dirinya. Bunyi-bunyi serangga singgah di cuping telinga sesekali. Dia tenang seketika tetapi dia rasa seperti sedang diperhatikan. Mata Iman liar memandang ke sekeliling. Dia sedikit terkejut melihat ada kelibat dari rumah sebelah sedang menatapnya. Tidak jelas kerana lampu rumah itu agak malap. Dia hanya nampak bayangan sahaja. Nampaknya orang itu sedar bahawa Iman tahu bayangan itu sedang memandangnya. Lantas bayangan itu hilang daripada jendela itu. Iman malas mahu kisah kerana mungkin sahaja orang itu sedang menikmati ciptaan Allah seperti dirinya. Bersangka baik itu wajib. Tiada bukti bahawa dia diperhatikan.

??????????

Solat subuh sudah. Sekarang nak pergi rehat untuk beberapa minit sebentar kerana pagi ini Qallif akan berjoging.

"Mak Su!Qallif nak pergi joging ni..."

"Ok!"

Beberapa pusingan di sekitar perumahan itu masih tidak mampu membuat Qallif penat. Dia meneruskan sahaja aktivitinya. Tiba-tiba,dia terlihat seorang perempuan sedang mengutip sesuatu di jalan raya yang tidak dilalui sebarang kenderaan itu. Dia berlari lalu menolong perempuan itu.

"Assalamualaikum. Awak kutip apa ni?"Dia terkejut melihat perempuan itu.

Ini perempuan semalam tu kan...,dia mengecam mata indah itu.

"Saya kutip buah limau ni.Jatuh tadi sebab tetiba  plastik dia koyak."terang gadis itu tanpa memandang wajah Qallif. Dia tidak selesa untuk bercakap dengan lelaki.

"Oh mari saya tolong."ujarnya lalu menolong Iman mengutip buah limau yang banyak berjatuhan itu. Iman hanya berdiam tanpa balasan.Peluh-peluh Qallif berjatuhan kerana berjoging tadi.

"Mana awak nak letak semua buah ni?"

"Emm...emm..."

"Takpelah...awak letak berkumpul kat situ nanti saya kumpul kat baju saya."

Mata Iman membulat.

"Eh takpelah.Saya boleh buat sendiri. Encik sambunglah joging."

"Awak...macam mana awak nak kumpul dengan pakaian jubah?Tangan awak cuma dua,buah limau tu ada banyak. Jangan risau,saya cuma nak tolong awak."

Iman hanya menurut kerana malas nak bercakap lama-lama. Setelah semuanya sudah dikutip,Qallif berdiri.

"Sekarang awak tunjukkan saya jalan ke rumah awak."Qallif buat tak tahu.

Iman mengangkat wajahnya.

"Untuk apa?"

"Awak...jadi buah ni awak nak saya bawa balik rumah ke?"Qallif berkata sambil menuding jari ke buah.Perutnya tidak kelihatan kerana Qallif pakai inner.Iman menepuk dahinya.

"Iya kan...emm arah sini."ujar Iman tapi masih statik di tempatnya. Qallif faham. Dia tak nak jalan di hadapan lelaki.Jadi,mestilah Qallif hanya mendengar arahnya dan berjalan mendahului Iman.

"Ok." Qallif mendahului.Beberapa minit kemudian mereka tiba.

"Oh...awak jiran saya rupanya.Saya tak tahu pun" Qallif buat-buat tidak tahu. Iman memandangnya seketika lalu memandang ke arah rumahnya.

"Rumah encik yang mana satu?"

"Yang ni."ujar Qallif sambil menunjuk ke arah rumahnya.Iman hanya melihat lalu mengangguk.

"Awak masuk sekarang.Cari plastik ke beg kertas ke,apa-apa jer untuk saya masukkan buah-buah ni."

Iman mengangguk perlahan. Qallif menunggu di luar pagar rumah Iman.Iman keluar dari rumah sambil membawa plastik.Dihulurkan plastik itu kepada Qallif.Plastik bertukar tangan dan segera Qallif masukkan buah-buah itu ke dalam plastik. Dia menghulurkan plastik itu setelah selesai memasukkan semuanya.

"Nah,kebetulan awak jiran saya jadi saya nak balik rumah terus.Assalamualaikum."

Plastik berganti tangan dan Qallif berpaling.

"Eh awak!"

"Ya saya?"Qallif menghadapnya kembali.

"Emm...terima kasih encik sebab tolong saya tadi. Kelak saya akan balas jasa awak..eh encik."

Qallif tertawa kecil mendengar Iman.

"Sama-sama.Boleh saya tahu nama awak?"

"Encik boleh panggil saya Iman."

"Oh Iman...panggil saya  je Qallif."

Iman mengangguk.

"Iman,saya balik dulu ye.Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Iman segera masuk ke dalam rumah. Qallif pula masuk-masuk je rumah terus mandi. Dia melihat ke luar jendela.

Iman...mata kau cantik sangat.Indahnya ciptaan-Mu ya Allah.

Tetapi dia masuk kembali kerana telefonnya berdering.KHALID.

"Assamualaikum Khalid!"

"Waalaikumusalam."

"Khalid sihat di sana?"

??? ???. ??? ????
(Sihat sahaja. Enta apa khabar?)

???? ??? ????. ??? ?? ????
(sihat juga. Bagaimana pula keadaan di Mekah?)

?? ??? ??? ?? ????. ?????? ????? ???? ?????? ?????? ??? ????. ???? ?????? ??????.
(Semuanya baik-baik saja. Malam nanti ana telefon semula. Ada perjumpaan perlu ana hadiri.)

????
(Baiklah.)

Panggilan dimatikan. Dia baring di tilam.

ARGHH!!!!!!!!

Jeritan itu membuat dia berdiri pantas. Terus dia melihat ke luar tingkap untuk melihat Iman. Dia pasti itu suara Iman. Alangkah terkejutnya dia bila Iman sedang ditarik dua orang lelaki keluar rumah. Ada perempuan tua dengan solekan yang tebal di luar kereta itu.

Hah?Takkan.....

??????

Kalau ada kesalahan bahasa,jangan salahkan aku.Salahkan bapak google...saya mana pandai bahasa arab ni...hafal alif ba ta je...ada kesalahan,please bagitahu saya kat comment...

By the way,please vote,comment and share...love you guys 3k?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience