[10]

Romance Series 4223

?

PLEASE VOTE AND COMMENT
___________________________________

Pagi itu Qallif beritahu Huda untuk suruh saja Iman naik teksi. Bila ditanya kenapa,katanya tak perlu sibuk. Iman pula sudah pelik sejak semalam tapi dia tak nak ambil kisah. Melihat gaya Qallif, Qallif mesti orang yang tak suka bila ada orang sibuk hal dia. Jawabnya Huda yang hantar Iman. Iman tak sempat pun breakfast sebab sikit lagi lambat masuk office. Mujurlah dia sempat. Setibanya dia di pejabat,terus Iman duduk di tempatnya. Malas nak hadap Cantara yang asyik tenung dia.

Lupa lagi bawa timun. Ceh,aku dahlah malas nak kena cakap ini itu. Takpelah ,aku cepuk pakai tomato kat pantri tu.

Iman yang sedar dia dipandang lain jadi hairan. Tiba-tiba Deeja memanggilnya.

"Iman,sini jap?"

"Kenapa?"Iman mendekati Deeja.

"Iman gaduh dengan bos ke?"

Iman berkerut dahi.

"Mana ada. Kenapa tanya?"

"Kalau aku bagitahu,kau jangan cakap kat bos boleh?"

Iman mengangguk.

"Tadi bos datang je terus marah. Katanya siapa yang kacau,ugut,dekat dengan kau dengan niat tak baik,dia terus pecat. Tapi,masalahnya korang tak datang sama-sama tu yang buat kitorang hairan. "

"Oh gitu... Iman memang ada kacau. Oleh Cantara."

"Uih..lebih baik kau sediakan batang penyapu. Dia ratu diva kat office ni. Buat kitorang malas nak hadap gaya gedik dia. Kau b--"

"Ehem. Umpat apa tu Deeja?"Izzat tiba-tiba menyampuk di situ.

"Bukan umpatlah bang. Ni hah pasal si Cantara tu."

"Eh kenapa? Dia kacau awak lagi ke  Iman?"

"Eh takdelah. Kitorang cerita jer pasal tu balik."

"Abang datang ni kenapa?"Deeja senyum-senyum nampak si Izzat datang pergi meja dia.

"Nak jenguk Iman. Oh ya,Iman ni breakfast untuk kau. Ada perempuan tadi nama dia Naziilatul. Manis orangnya hahaha..."dihulurkan tapau itu kepada Iman.

"Hah? Naziilatul? Siapa tu wii?" Iman tak kenal.

"Dia kata Mak Su suruh belikan kau makanan. So dia belikanlah."

Iman hanya meng'o'kan saja. Tapau itu disambut. Baru dia nak makan,dia teringat...

"Emmm awak...boleh ke saya makan ni? Nanti abang Qallif marah macam mana?"

"Tak. Iman jangan risau. Qallif ok je tu kalau kau."

Iman hanya mengangguk. Doa makan dibaca. Lapar sangat. Nasi goreng itu sudah mampu memberi dia tenaga untuk bekerja.

??????

Qallif termenung di mejanya. Masih tidak dapat lupakan apa yang Khalid cakap semalam. Sofea...

[FLASHBACK]

Sofea Fasyinah,sama seperti Iman Irwana. Qallif,Khalid dan Sofea adalah sahabat baik. Sofea masih menuntut ilmu di sebuah universiti.

"Wii korang ada dengar tak pelajar lelaki yang dah sampai 30 juzuk tu? Aku lalu dia tadi...hensem do."Syana membuka mulut. Dia kalau pasal lelaki semua dia tahu. Sofea hanya mendengar cerita itu dengar rasa kagum.

"Hebatnya! Mesti dia tu b--"

"Hah tu dia!Itu dia!"Syana goncang lengan si Sofea macam nak tercabut. Sofea memandang lelaki yang ingin melintasi mereka itu.

Ya Allah,hensemnya dia...

PAPP!

Buku Sofea terjatuh dek goncangan Syana. Lelaki tampan itu tunduk lalu menolongnya.

"Nah,buku awak."dia senyum. Jelas halkumnya di leher. Sofea menggelengkah kepalanya tidak ingin terus menatap wajah lelaki itu.

"Te..terima kasih."buku berganti tangan.

"Nama awak siapa?"lelaki itu bertanya. Syana yang di sebelah tu pula yang kaku memandang wajah lelaki tampan itu.

"Sofea Fasyinah. Panggil Sofea je."

"Nice name. And emm..harap kita boleh jadi kawan. I like those eyes."dia tersenyum senget lalu berlalu pergi.

"Eh awak!Nama awak siapa?"Sofea ingin tahu.

"Just call me Firdaus. See you next time."dia kenyit mata pada Sofea lalu pergi bersama sahabatnya yang lain. Sofea rasa malu bertambah gembira.

Hahaha...comel,si hati berkata.

Semakin lama,hubungan mereka semakin dekat. Kini,ramai yang kecam hubungan mereka. Yelah,satu tu berniqab,satu pula dah hafal 30 juzuk tapi sekepala je tak jaga ikhtilat. Sofea pula makin riak,makin menuju ke arah yang tak baik. Dia makin...sombong. Sampailah satu hari dia ditegur,...

"Sofea,kau yakin ke nak keluar dengan Firdaus malam-malam ni? Kau tak takut?"tegur Syana. Sofea pula sejak rapat dengan Firdaus,segalanya ditinggalkan. Niqab sudah tidak dipakai,solat sudah tak jaga,aurat pula makin terdedah.

"Haah lah. Kenapa kau ni? Dari tadi kau duk tanya soalan yang sama,rimas aku..."Sofea bersolek.

"Aku cuma nak tegur. Kita ni Islam. Ikhtilat kena jaga,solat kau pun aku rasa hari ni,kau terlepas subuh kan? Sofea,kau tak pernah macam ni tau...kenapa kau berubah sejak rapat dengan Firdaus? Kenapa kau tiba-tiba berani nak keluar dengan lelaki? Malam pula tu. Maksiat nak maksiat..."Syana berkerut dahi. Sofea mendengus kasar.

"Eh kau kenapa? Dia hafal 30 juzuk tau...pandailah dia nak jaga semua tu dengan aku.Sibuk je!"Sofea menghentak bedak itu di meja solek. Diambil tas tangan lalu keluar dari bilik itu. Pintu dihempas kuat. Syana hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat perubahan Sofea.

Baru kenal 6 bulan,kau dah jadi macam ni Sofea...haih...,keluh Syana di hati.

??????

Firdaus mengambil Sofea dengan keretanya. Mereka sudah berjanji nak pergi makan malam sama-sama petang tadi. Sofea bersolek begitu cantik. Tambahan mukanya memang cantik sedia.

Banyak tempat mereka pergi selepas makan malam sampailah Firdaus kata nak rehat tepi jalan sebab penat sangat. Sofea menurut saja. Dia tatap wajah yang telah buat dia jatuh cinta itu.

"Kenapa tengok saya macam tu?"

Sofea menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Takde. Awak nampak comel."

Firdaus senyum. Dia mengubah posisi duduknya menghadap Sofea. Sofea hanya melihat Firdaus yang tersenyum memandangnya.

"Kenapa awak pula yang tengok saya macam tu?"

Firdaus tidak menjawab sebaliknya memegang pipi gebu Sofea. Sofea terkejut lalu menepis tangan Firdaus.

"Ap..apa awak buat ni?"

"Huh,awak rasa? Nak awaklah...saya nak awak malam ni,sayang. Be mine please?"Firdaus semakin merapatkan badannya dengan Sofea. Sofea semakin menjauh tetapi malang pintu sudah dikunci oleh Firdaus. Sofea menolak kasar tubuh Firdaus.

"Why Sofea? Tak nak abang?"Firdaus tersenyum senget. Butang bajunya terbuka sampai menampakkan dada bidangnya. Sofea mengalihkan pandangannya.

"No! Sofea tak boleh! Dosa Firdaus!"jeritnya bila kain tudung cuba dibuka oleh Firdaus. Kata-kata itu membuat Firdaus tertawa.

"Hahaha...kau nak cakap pasal dosa?6 bulan kau berkepit dengan aku,tak dosa ke? Dah alang-alang berdosa,apa salahnya? Kau ni tak payah nak jadi alim sangatlah."Firdaus semakin kasar menarik Sofea ke dakapannya. Sofea meronta-ronta minta dilepaskan. Namun sayangnya, Firdaus bertindak dengan sangat rakus sampai Sofea tidak dapat meloloskan diri. Dia terpaksa membiarkan mahkotanya dirampas secara paksa.

Sejak kejadian itu, Sofea sudah tidak melihat Firdaus lagi. Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan mereka yang terputus secara tiba-tiba. Sofea malar alami kemurungan dan selalu menangis setiap malam. Dia takut. Sangat takut. Dan benda yang paling dia takut adalah dia sudah berdosa besar. Dia sudak bermaksiat. Semakin kuat esakan tangisannya. Syana yang terlihat Sofea yang menangis itu lantas memeluk Sofea.

"Kau kenapa wii? Kenapa ni...citerlah.."

"Syana,aku malu Na...aku malu. Aku menyesal. Betul apa kau cakap...aku sumpah menyesal."Sofea menangis.

"Kau..."Syana menekup mulutnya terkejut.

"Dia rogol aku. Dia rogol aku,Na...kenapa?KENAPA?!"Sofea makin takut. Dia rasa sungguh dikhianati. Syana mengucap. Dia simpati dapat tahu hal itu.

" Sabar ya Sofea. Patutlah dah sebulan kau tak jumpa dia. Makan kat kantin sama-sama."ayat itu lagi memedihkan hati Sofea.

"Masalahnya...aku mengandung..."Sofea mengeluarkan pregnancy test dari poketnya. Syana hampir pengsan bila dengar benda tu.

"Ya Allah Sofea...aku pun tak tahu macam mana nak tolong kau kalau macam tu."

Sofea menangis dalam pelukan Syana. Dia takut nanti Khalid marah. Dan masa itu dia terfikir satu nama. QALLIF.

Paginya,dia ajak Qallif berjumpa. Qallif pelik juga awalnya sebab Sofea ingin berjumpa dengannya secara personal sedangkan sebelum ni mesti Khalid. Sejak tadi Sofea membisu sahaja. Makanan tu pun tak diusik membuat Qallif rasa pelik. Akhirnya Qallif yang menegur dahulu.

"Kenapa nak jumpa abang tiba-tiba ni?"dia menyedut air minuman itu.

"Abang,Sofea mengandung."tatapan kosong di wajahnya. Penuh sesal,penuh kesedihan.

"Apa?Astafirullah...anak siapa,Sofea?"terkejut beruk mendengarnya.

"Kawan. Firdaus."

"Khalid tahu?"

Sofea menggelengkan kepalanya. Qallif mengeluh kasar.

"Apa Sofea nak buat sekarang?"

"Tolong Sofea,please...tolong ngaku ni anak abang...Firdaus dah takde dah kat U. Kawan-kawan dia kata dia pindah sebab ikut family. Please..."Sofea merayu. Matanya berkaca. Qallif dua-dua hati nak tolong atau tidak. Yalah,dia perlu jaga nama keluarga dia juga. Maruahnya.

"Maaf Sofea. Abang tak dapat."

"Ke...kenapa?"Sofea terkedu. Setahunya,Qallif adalah orang yang paling baik dan sanggup berkorban.

"Kalau Khalid tahu,mesti dia marah abang. Abang tak nak dia benci abang pasal ni. Abang tak nak dia rasa abang khianat dia dengan berhubungan dengan Sofea. Tolong...faham abang."

Sofea menatapnya tajam.

"Habis tu siapa nak faham Sofea?Siapa bang?"

"Itu semua salah Sofea sendiri. Kenapa tak jaga ikhtilat? Kenapa tak ingat Allah masa tengah buat dosa tu?"Qallif rasa dia tidak patut diikut-ikut dalam hal ini.

"Sofea lupa. Sofea lupa semuanya. Sofea tak ingat Allah sungguh-sungguh. Sebab tu Sofea perlukan abang sekarang ni."Sofea menangis. Dia merayu.

"Maaf,abang tak dapat. Abang tak nak terlibat sama dengan DOSA yang Sofea  buat ni. Assalamualaikum."Qallif pergi begitu saja. Sofea terkedu.

"Ceh,kau kena tolong aku juga."Sofea tersenyum sinis.

Malam itu,Khalid mengajak Qallif ke rumahnya. Qallif turut je. Tapi terdengar suara tegas Khalid,dia jadi tak sedap hati. Tambahan pula,Sofea jumpa dengan dia petang tadi. Mereka duduk di ruang tamu. Sofea turut ada di situ.

"Aku nak kau tanggungjawab atas apa yang kau dah buat kat Sofea."Khalid bernada tegas. Qallif hairan.

"Bukan aku yang buat. Sofea,kau perangkap aku ke apa ni?"

Sofea diam dan menangis.

"Abang cakap apa ni? Malam tu..."esakannya semakin kuat. Qallif mengucap panjang.

"Aku takde buat apa-apa pun kat kau. Jangan fitnah aku Sofea. Dah berzina,memfitnah pula. Macam mana kau nak taubat ni? Please..."

"Sofea? Jujur...dengan abang...is it true anak Qallif?"

Sofea berdrama nak mati. Tangisannya membuat Khalid makin percaya. Sofea mengangguk perlahan. Khalid mengeluh keras. Bukan dia tak marah tapi dia nak selesaikan benda ni secara elok-elok. Tapi,sungguh sukar baginya untuk percaya Sofea dinodai oleh Qallif. Ya memang dulu Qallif seorang kaki clubbing tapi dia telah berhijrah nak. Sungguh susah nak terima.

"Qallif berani bersumpah itu bukan anak Qallif. Sofea,aku kecewa dengan kau. Sanggup kau perangkap aku untuk backup dosa kau? Mana jantan yang mengandungkan kau? Kenapa mesti aku jadi mangsa keadaan? Sebab aku pernah jejak tempat yang melibatkan maksiat macam tu? "

"Abang...ni anak abang. Kenapa cakap macam tu? Abang..."Sofea menangis teresak-esak. Qallif betul-betul tak dapat tahan kemarahan kali ni.

"Kau buat citer macam mana sekali pun,aku ada Allah yang tahu aku ada buat atau tidak! Apa salahnya kalau kau cari je lelaki tu?"

Qallif berdiri ingin pergi dari situ. Tapi tangannya ditahan keras oleh Khalid.

"Betul bukan kau?"ragunya. Tapi adiknya bagaimana?

"Aku dah lama berubah dan berpaling dari tempat maksiat. Kau tak percayakan aku?"

Khalid buntu. Sofea berdiri dengan muka yang marah.

"Tak nak anak ni sudah! Sofea boleh gugurkan kalau abang Qallif tak nak!"dia pergi dari situ. Khalid dan Qallif cuba mengejar tapi entah bagaimana Sofea boleh hilang macam tu je. Di situ perumahan,takkanlah Sofea berani nak terjah rumah orang semata-mata nak bersembunyi.

Khalid terduduk di jalanan. Qallif pula menemaninya. Tegang. Sama-sama rasa marah.

"Betul kau tak buat?"Khalid memandang wajah Qallif.

"Astafirullah...kau nak aku cakap macam mana? Aku sumpah tak pernah berzina lagi dalam hidup aku."

Khalid termenung kosong.

Sejak hari tu,Sofea sudah tiada di depan mereka. Khalid meminta agar semua menganggap Sofea sudah mati kerana dia tidak tahu sampai bila perlu menunggu. Dia lebih tenang tanpa stres menunggu sesuatu.

[END FLASHBACK]

Qallif termenung sendiri. Dia tak sedar kehadiran Iman di ruangan itu. Dari tadi dia panggil nama Qallif tapi Qallif tak dengar.

Amboi,kau tunggu...

Iman menghentak fail-fail itu di atas meja dengan kuat. Qallif tersentak. Dia terkejut melihat Iman.

"Ka..kau..keluar!Cepat keluar! "tengking Qallif. Apa yang dia nampak bukan Iman tapi Sofea.

Sofea terkejut tapi dia turutkan saja. Mungkin tindakannya tadi kurang ajar.

Dia tu kenapa?

??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience