[4]

Romance Series 4223

Pistol itu ditekan lebih kuat membuat Qallif tertunduk. Kepalanya masih sakit dipukul tadi. Tadi dia pukul orang,sekarang dia dipukul pula . Belakang Qallif dipijak. Mak Su pula sudah terjerit-jerit terkejut. Qallif tetap tak kisah diugut. Dia cuba bangkit tapi kaki Achik memijak dengan lebih kuat. Perut Qallif disepak.

"Argh!!!"Qallif mengerang kesakitan.

"Kau lepaskan Qallif!Aku report polis kang!!"Mak Su cuba mengugut. Tapi Ling lebih pantas menarik Iman. Mak Su cuba menahan dan menarik kembali tetapi kepala Mak Su ditarik Apek sampai lengan Iman terlepas.

"Lu mau report polis? Tak apa..gua kasih tutup mulut lu sekarang..."pistol diacukan kepada Mak Su.

"JANGAN!!"suara garau Qallif bergema.

"Lu mau jadi hero lagikah bro? Sekali gerak,kepala lu hancur lo. "Achik mengacukan pistol itu ke arah tepi telinga Qallif.

"Aku tak kisahlah!Lepaskan Mak Su aku itu je yang penting!"jerit Qallif.

"Ke kau nak aku bunuh perempuan tu?"Achik mengacukan pula pistol itu ke arah Iman yang sedang berada di dakapan Ling.Mata Iman membulat.

"KAU TEMBAK DIA,KAU TUNGGU NASIB KAU!"ugut Qallif.

"Apa lu mau buat?Mau bunuh kitorang pula?"Ling tertawa.

"Lu perempuan arh...Ling mau rasmi lu dulu...HAHAHA..."sambung Ling sambil memeluk kuat Iman. Mata Iman terbuntang. Purdah Iman dicabut kasar. Pipi Iman dielus lembut.

"Woi perempuan tua!Kau jangan sentuh Iman,kau...kau jijik!KAU JIJIK...AHHH!!!!"Qallif sudah tidak dapat menahan marah. Kakinya yang fleksibel itu menendang Achik dari belakang sampai jatuh Achik jadinya. Pistol itu terjatuh. Ling yang terkejut itu disiku perutnya oleh Iman. Iman berlari mencapai pistol itu dengan pantas. Segera dia membaling ke arah Qallif. Qallif menyambut dengan baik.

"Berhenti!"suara Qallif kembali bergema.

Semua diam kerana ada pistol di tangannya.

"Huh...lu fikir lu pegang pistol,gua takut? Tengok lu punya mak cik mati." Ling menembak ke arah Mak Su. Mak Su sempat mengelak walaupun satu das mengenainya. Apek pula yang mati kerana ditarik kasar oleh Mak Su untuk melindunginya.

"Cis...bodoh!Kenapa Apek yang kena?!Argh!!"bengang Ling lalu cuba menembak Qallif tapi sayangnya,peluru sudah habis.

"Bodohlah!!"marahnya kembali.

"Ceh...sekarang apa?Kau nak bunuh aku?"Qallif memandang Ling tapi seorang konconya tiada membuat Qallif berkerut dahi.

"Bukan kau tapi dia."tiba-tiba ada suara menjelma.

DUSH!!!

Kepala Mak Su dihentak pada cermin kereta sehingga cermin itu pecah.

"MAK SU!!"Qallif dan Iman menghampiri Mak Su yang sudah berdarah kepalanya.

"Kau nak ak-"Qallif pusing namun Ling dan Achik sudah tiada di situ.

"Di-diorang dah pergi..."Iman cuba mengeluarkan kepala Mak Su.

"Argh!!!!cepat kita kena pergi hospital sekarang!"

Iman mengangguk dan cuba memapah Mak Su.

??????

Lama Iman dan Qallif menunggu di luar. Akhirnya doktor keluar.

"Doktor,macam mana Mak Su saya?Dia selamat kan?"Qallif bertanya dengan harapan Mak Su tidak menghadapi situasi yang boleh menyebabkan maut.

"Dia...emm..dia ok cuma dia parah sekarang ni...dia kekurangan darah yang banyak sangat. Hospital kini kekurangan sumber. Mungkin darah encik sesuai untuk Mak Su kamu..darah kamu apa?"

"A"

"Hmm...dia?"Doktor menuju ke arah Iman.

"Darah cik jenis apa ye?"dia bertanya kepada Iman.

"Emm...saya tak tahu.."

"Takpelah...jom kita pergi check.Boleh?"

Iman berfikir. Andai dia boleh bantu,dia bantu. Iman mengangguk.

Selesai memeriksa jenis darah,syukur Iman boleh mendermakan darah kerana jenis darah O.

Qallif sudah banyak kali bersyukur kepada Allah. Dia pergi ke surau untuk merehatkan diri sementara menunggu Azan Zohor.

Dalam perjalanan ke surau,

PAKK!!

Qallif terjatuh tiba-tiba. Kakinya sakit. Dia mengangkat seluarnya dan mendapati ada kesan tembakan di kakinya.

Kenapa aku tak perasan? Mungkin perasaan ni marah sangat kot.

Qallif cuba berdiri tapi tiba-tiba ada orang menutup mulutnya dari belakang. Lama Qallif cuba meleraikan tangan itu,sampai dia jatuh dilepaskan orang itu. Lehernya sakit ditahan. Dia mendongakkan kepalanya.Terbeliak mata jadinya melihat orangnya.

"Ke...kau!"

??????

Please vote,comment and share.

Love you?

Gahaha tajuk pendek,cerita pun pendek...sowwy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience