[8]OBSES

Romance Series 4223

?

DO FOLLOW AND VOTE
____________________________________
Rasa malu pun ada bila dia bergurau suruh Qallif kahwin dengan dia. Iman tutup muka dia pakai tangan.

"Ibu,kitorang gurau je tau...jangan ambil benda tu serius sangat." Iman berterus-terang.

"Laa...ibu sangkakan betul dah tadi. Heih...takpelah. Meh kita jumpa Wafiy ni." Mak Su ni kan...

Iman kembali melihat Wafiy. Orangnya hensem,badan ketara selalu pergi gym tapi Qallif tak pergi gym pun still sado ehek...

"Hai ermm nama saya Wafiy Syahwari. Panggil je Wafiy atau Fie." Wafiy memulakan perbicaraan lalu menggaru kepalanya. Malu. Yelah, kau jumpa awek lawa kau tak malu ke? Rasa cam nak jadi good boy,good girl camtu kan?

"Waalaikumusalam. Nama saya Iman Insyairah. Boleh panggil Iman jer."

"Itu ke nama kamu? Ibu pun baru tahu." Mak Su mengangguk-angguk. Wafiy jadi bingung.

"Ibu? Tapi nama anak tak tahu. Aunty lupa ingatan ke?" ujarnya kehairanan.

"Eh taklah. Iman ahli baru keluarga ni. Aunty jadi ibu dia. Yang lelaki tadi tu Qallif...kira abang lah ye." balas Mak Su tersenyum-senyum.

"Abang? Sejak bila? Qallif tak pernah setuju pun jadi abang Iman." sampuk Qallif yang tiba-tiba muncul di tangga. Terperanjat Mak Su jadinya.

"Eh kau ni Qallif! Tak reti bagi salam dulu ke? Dah nampak ada tetamu tu sopanlah sikit. Ni main sampuk je cakap orang. Kan Mak Su dah fikir toyol tadi." seloroh Mak Su. Qallif menunjukkan muka tidak puas hati.

"Eee mulut tu kan nak sangat Iman gunting. Macam itik dah." Iman mengecilkan matanya. Qallif hanya memandangnya tajam.

" Iman,pergi cuci pinggan aku. Takyah nak menggedik ada lelaki kat sini." jelingan dihadiahkan kepada Iman sebelum melihat Wafiy. Iman hanya mendengus kasar lalu menurut perintah.

"Hey bro,Qallif." Qallif menghulurkan tangannya ingin berjabat tangan. Wafiy menyambut beserta senyuman manis.

"Wafiy Syahwari. Just call me Wafiy." Qallif mengangguk.

"Duduklah. Iman buat roti canai pagi ni. Kita borak-borak dulu. " Qallif nak kenal Wafiy lebih dalam. Boleh buat kawan kan.

"Eh takpe. Saya nak hantar kaktus tu jer. Lagipun saya nak pergi kerja ni." Wafiy berterus-terang.

" Oh ok. Maaf melengahkan masa kau. And thanks tolong Mak Su aku."

"Ok aku gerak lu. Aunty,saya gerak dulu. Assalamualaikum." Wafiy mencium tangan Mak Su. Baru nak gerak tapi dia pandang belakang.

"Iman..." dia memanggil perlahan.

"Ya saya." Iman menjawab.

"Wafiy jalan dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam. Hati-hati." Wafiy hanya menjawab dengan anggukan. Wafiy pun pergi dari situ. Iman baru nak buat kerja tapi Qallif ni bertindak macam budak-budak.

"Ya saya.....Waalaikumusalam...hati-hati..."diajuknya kata-kata Iman tadi kepada Wafiy dengan suara yang sangat menjengkelkan.

"Abang ni kenapa? Kena sampuk hantu?" Iman menjeling.

"Eh,kau fikir tu laki kau ke nak 'hati-hati,ber-take care' segala tu? Aku tak suka kau layan lelaki macam tu. Annoyying." jelas Qallif. Dia menajamkan matanya memandang Iman. Iman mengeluh.

" Awak ni dah kenapa? Semua orang saya layan sama rata tau." marah Iman. Dia dah tak nak guna panggilan 'Iman abang' sebaliknya menggunakan 'saya awak'.

" So aku pun kau buat camtu jugalah?"

"Haah. Semua orang macam tu. Takde beza. Even dengan ibu pun camtu. Tapi ibu lagi special." Mak Su hanya mampu tersenyum mendengar pertengkaran kecil mereka. Huda mengambil ahli tugas mencuci pinggan. Dibiarkannya dua ketul nak bergaduh. Mak Su pula duduk di meja sambil membaca surat khabar.

"Special apa dia?" Qallif duduk lalu membetulkan tie-nya. Qallif ni sampai mati pun memang takkan sesuai pakai tie. Ada je rasa yang tak elok. Kadang rasa macam leher kena cekik pun ada.

"Yelah,perempuan. Boleh salam,cium,peluk. Macam ibu kandung. Lelaki mana tahu apa-apa. Dah,pergi siapkan diri tu betul-betul. Nak pergi kerja kan? Iman ikut Huda." Iman mengelap meja itu kerana ada kesan kuah roti canai yang tumpah sedikit.

" Yelah,aku takde pun suruh kau ikut aku pergi kerja." Qallif berjalan menaiki tangga. Sedangkan Iman pula nak aje baling dia pakai kain lap meja tu. Mulut jantan sorang ni kan. Tak boleh bincang betul.

" Ada Iman cakap ke? Takde kan jadi tak payah nak perasan. Saya cuma ingatkan je. Nanti awak pula yang sibuk cari saya. Dah,tepi! Sibuk je." geram Iman.

"Oh,dah pandai guna 'saya awak' pastu main halau jelah ye. Ok ok...huh." Qallif berjalan naik ke atas.

Iman hanya terus mengemas.

??????????

Dari tadi urus ini itu tak henti. Padat pula jadual Qallif hari ni. Nasib baik ada Izzat nak tolong dia. Akhirnya dapat pun dia berehat. Dia jenguk jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 2. Dia solat je tadi tak pergi makan pun. Sekarang dah boleh berehat ni,dia malas pula nak pergi turun. Ditekan butang telekom untuk memanggil Izzat. Izzat masuk dengan wajah penat. Serba salah Qallif jadinya. Tie dilonggar lalu dibuka dua butang bajunya. Dia duduk di hadapan Qallif.

"Kenapa? Ada lagi ke?" soalnya.

" Takdelah... aku cuma nak jumpa kau." padahal dalam hati nak je suruh budak Izzat ni pergi makanan.

" Ouh...hmmm padat pula jadual kau hari ni. Aku pun tak sangka. Mungkin salah aku kot sebab tak tengok jadual kau semalam. " kolarnya ditarik lalu dikibas-kibas. Panas suasana.

" Hah,biarlah tu. Aku tak kisah. " Qallif meletakkan pen itu di bawah. Dia pula yang longgarkan tie tapi tak buka butang baju macam si Izzat. Tie diletakkan di atas meja.

" Kau dah susah payah tolong diri aku. " sambungnya lagi.

Mereka bercerita-cerita tentang hal pejabat.

??????????
Seperti biasa,Iman akan relakskan diri pada waktu pagi dengan meminum kopi. Dia kembali dengan mug itu ke mejanya. Dia hairan. Terdapat segelas air susu di mejanya berserta memo. Wajahnya berubah setelah membaca memo itu.

Hai Iman! Have a nice day! Always smile and shining. Awak kena ceria barulah lengkap hari saya. Susu ni untuk awak. Minumlah hehehe. Bubye awak?

-Crush awak

Nak react macam mana pun dia tak tahu. Ayat tu bolehlah agak cringe sikit. Terutamanya bahagian nama penghantar. Yakin je manusia yang hantar ni. Iman duduk dengan rasa bersalah. Pertama,dia tak minum susu masa pagi sebab nanti dia sakit perut. Kedua,siapa nak susu tu? Ketiga, siapakah gerangan orang yang nak bermanis mulut ni? Takkan Qallif? Itu sangat mustahil.

TAP!TAP!TAP!

Bunyi tapak kasut kedengaran. Dia pusing. Qallif rupanya.

"Awak!" panggilnya. Qallif menoleh memandang Iman. Dia dengan Iman tak rapat sangat. Iman makin rapat dengan Cantara sejak kebelakangan ini. Panggilan pun 'saya awak' je.

"Ya. Ada apa?" Qallif dengan mukanya yang tenang berkata sedemikian. Susu itu dihulurkan kepada Qallif.

"Awak minumlah. Saya tak minum susu. Saya tak minum susu pagi-pagi macam ni." Qallif memandangnya.

"Kalau tak minum kenapa buat?" dia hairan.

"Bukan saya yang buat tapi ada orang misteri buatkan. Saya pun tak tahu siapa. Awak minumlah. Sayang..." Iman tak nak nanti itu jadi satu pembaziran. Qallif hairan. Apa yang dimaksudkan dengan orang misteri? Dia ternampak memo itu. Dia baca untuk meneliti tulisan itu. Tapi dia tak ingat. Yang dia tahu hanyalah rasa CRINGE.

"Eeee kau tak cringe ke baca ni?" dahinya dah berkerut seribu. Iman mengangguk kecil.

"Bolehlah rasa macam tu sikit. Tapi saya tak kisah. Awak minumlah,saya nak sambung kerja. Awak anggaplah tu kata-kata semangat untuk awak." Iman tertawa kecil. Qallif hanya menunjukkan muka sedikit jijik.

"Yelah. Dah pergi sambung kerja. Aku nak masuk dalam. Bye. " Qallif mengambil cawan susu itu lalu berjalan masuk ke biliknya.

"Bye."

Dia duduk. Siapa pula yang nak buat Iman ceria konon ni? Qallif berfikir sejenak. Dia dah malas nak fikir. Dia minum susu itu sedikit lalu menyambung kerjanya. Tapi dia tak masih rasa tak tenteram.

Macam mana kalau ada orang suka Iman? Hrmmm...

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN,

"Alah...kau lek jelah. Bukan apa pun. Kau takyah kisahlah. " Cantara berkata kepada Iman sambil layan Instagram. Iman tunduk. Dia dah makin lama dah tak suka sebab hari-hari ada susu kat meja dia. Setiap tu juga ada memo dengan ayat-ayat cringe. Tapi sejak kebelakangan ni,orang misteri tu makin melebih-lebih. Dia nak bawa jumpa time malamlah, ajak makanlah, minta phone numberlah,itulah,inilah melalui memo tu. Iman makin rasa tak selesa. Dia rasa macam selalu diperhatikan pun ada. Dia hanya mampu mengeluh.

"Aku rasa lain weh. Aku mana pernah rasa macam ni. Tak boleh ke manusia tu face to face je kat aku? Senang aku nak handle. Aku cakap je aku tak suka dia. " nadanya sedikit geram. Coklat-coklat Dairy Milk yang dah bertimbum kat bakul tu dia letak tepi. Banyak betul manusia tu bagi kat dia sampai dia share dengan Huda dengan Cantara. Huda membuka satu lagi paket coklat itu.

"Alah kau kisah apa? Lagi bahaya kalau kau face to face tau. Tiba-tiba dia bertindak agresif macam mana? Lagi bahaya nak..." Huda berkata logiknya. Iman pula yang frust. Cantara ni syok duk baca Whatsapp group punya chat.

"Wei! Kau jadi topik bual kat grouplah Man!" Cantara membuka mulut. Iman memandang Cantara. Apa juga orang nak bincang pasal dia?

"Apa diorang cakap?" Iman ingin tahu.

" Ermm.....diorang puji kau lawa pastu macam ada yang suka kau. Eh, Fauzan marah orang puji kau. Hahahaha..."

"Siapa Fauzan?" Huda bertanya. Dia bukannya jenis orang yang nak kenal satu bangunan punya pekerja. Ada urusan,hi! Takde urusan,bye!

"Fauzan ni yang macho tu. Tapi dia dingin orangnya. Aku pernah nak try dia dulu tapi dia dingin odoe. " Cantara menjelaskan. Dia pernah suka kat Fauzan dulu tapi dia tak tertarik lepas dia nampak Fauzan tu dingin.

" Aku tak nak tahu pun pasal dia. Aku kenal pun tak. " Iman berdiri lalu menyusun fail-fail di mejanya. Tiba-tiba ada lelaki datang ke arah mereka.

" Cik Iman,Encik Izzat suruh saya panggil Cik Iman ke pejabatnya sekarang. " lelaki itu senyum manis. Iman hanya mengangguk lalu berjalan pergi ke bilik pejabat Izzat diikuti lelaki itu.

"Wei,panjang odoe umur dia. Baru sebut dah muncul. Tapi lain macam pula dia hari ni. Aku tak pernah pun nampak dia senyum sebelum ni. " Cantara sedikit hairan. Takkan sebab dia bercakap dengan Iman?

TOK!TOK!TOK!

Pintu bilik pejabat Izzat diketuk. Daun pintu dikuak lalu masuklah si cantik manis Iman diikuti Fauzan. Izzat mengetatkan kembali tali lehernya.

"Kenapa nak jumpa Iman? Abang ada nak apa-apa ke?" sekarang dia dengan Izzat pula yang ber'abang saya'. Haih...complicated betullah panggilan diorang ni. Kejap ini,kejap itu....haih...pening.

"Ouh...takde. Ni hah...nak bagi Iman something..duduk dulu. "

Iman duduk di depan Izzat. Izzat mengeluarkan sekotak minyak wangi. Dihulurkan kepada Iman. Iman berkerut dahi.

" Untuk apa ni?" soalnya hairan. Fauzan hanya menjadi pemerhati.

" Untuk Imanlah...kita kan kawan jadi abang belikanlah untuk Iman. Dia beli satu percuma satu. Lagipun cuba Iman hidu...bau kasturi. " terang Izzat teruja.

"Iyaa? Wah,mesti wangi! Abang buka jap...Iman nak hidu..." Iman pun terikut excited. Izzat mengeluarkan minyak wangi itu dari kotak lalu dibuka penutupnya. Harum semerbak wangian kasturi itu.

"Wah,wanginya! Iman sukalah. Terima kasih abang Izzat. Iman hargai sangat-sangat. " smiley eyes Iman sangat jelas. Fauzan tiba-tiba berpeluh. Matanya melirik ke arah Iman sudah banyak kali. Dia tak suka adegan ini.

"Hahahaha...sama-sama. Asal Iman gembira,abang pun gembiralah. Oh ya Qallif mana?"

"Ermm...tak tahu. Iman tak nampak dia. Dia masih kat office dia tu kot. " Iman berkata sambil membelek pewangi itu. Wangi.

"Abang, kalau bau kita sama kan,orang tak fikir lain ke?"

"Eh,kenapa pula? Cakap jelah beli perfume yang sama. Hehehe..."

"Oh ok. Tapi tak sayang ke duit abang?"

"Tak...Qallif bagi gaji banyak kot. Hahahaha..."

"Hrmm...abang memang baik hati. " Iman memandang botol perfume itu sambil tersenyum di balik niqab.

"Biasalah...Izzat kan? Siapa tak kenal?cieh..." masuk bakul,angkat sendiri pula si Izzat ni. Iman hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

" Oh ya...abang nak tanya ni. Tapi jangan marah tau. " Izzat meminta izin.

"Apa dia? Cakap jelah... Iman tak marah punya. "

" Kenapa Iman tak pakai duit gaji Iman? Qallif kata Iman suruh dia jaga. Untuk apa?" hairan Izzat. Iman melepaskan nafas sedikit kasar. Dia tersenyum.

" Iman cuma rasa bersalah. Dahlah Iman ni cuma alien entah dari mana tiba-tiba muncul kat diorang pastu makan,pakaian,keperluan Iman,semua diorang yang belikan. Iman rasa bersalah jadi biarlah Iman bekerja tanpa gaji. Ibaratnya Iman cuma nak balas apa yang diorang buat untuk Iman. " jujur Iman. Tiba-tiba telekom Izzat berbunyi. Qallif panggil dia rupanya.

"Alaa...nantilah kita cerita-cerita lagi...bye!" Izzat nampaknya tergesa-gesa. Dia keluar dari bilik itu setelah melambaikan tangannya kepada Iman. Iman hanya membalas dengan dengan anggukan tanda faham. Di bilik itu hanya ada Fauzan dan Iman. Iman sibuk membelek botol perfume itu.

" Suka ke?" Fauzan bersuara.

" Suka sangat. Wangi...wangi kasturi. " nada Iman ceria.

" Susu tiap hari kat meja tu suka tak? Coklat Dairy Milk tu sedap?" suaranya lagi. Iman terkejut. Kenapa Fauzan tahu?

"Saya tak sentuh. Ermmm adalah sikit-sikit. Macam mana Encik Fauzan tahu?"

" Mestilah tahu. Saya yang letak. Saya yang selalu bagi awak kata-kata semangat. Tapi awak...awak tak makan atau minum. Awak bagi dekat Huda dengan Cantara. Kalau Encik Izzat pula,awak suka sangat. Huh..." Fauzan tertawa sinis. Iman memandangnya. Dia berdiri lantas cuba untuk keluar dari bilik itu tetapi pintu bilik itu ditutup rapat oleh Fauzan.

"Encik Fauzan nak apa? " Iman sedikit takut.

"Saya nak awak. Tapi saya tak paksa. Saya cuma nak cakap yang saya takkan pernah mengalah dan tak tergugat pun dengan Encik Izzat. Itu je..." dia berkata dengan mata yang menyeramkan.

" Saya tak suka awak. Kenapa nak suka saya juga?"

"Sebab saya obses kat awak. Jadi,jangan cabar saya untuk dapatkan awak! Hiks..." Fauzan tertawa sinis lalu pergi dari situ. Iman tercengang. Obses? Astaghfirullah...

??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience