[8]

Romance Series 4223

?

PLEASE VOTE AND COMMENT
_________________________________

Iman pula yang teruja tengok ibu bapa Qallif. Dia hanya berdiri di tepi sofa. Nora dan Khairani pula bingung dengan kehadiran Iman.

"Ada apa korang datang ni? Jarang-jarang lawat kitorang. Aku sangka dah ingat aku mati."sindir Mak Su. Memang ada pertelingkahan antara dia dengan kakaknya,Nora.

"Eish,adik ni. Jangan cakap macam tu. Yang lalu tu biarlah lalu. Akak dah minta maaf kan..." Nora menegurnya.

"Sampai mati pun aku takkan lupakan. Kau nak jumpa anak kau,jumpa jelah. Aku tak larang. "

Qallif pula hanya berdiam diri.

"Iman, mari teman ibu pergi taman kat luar jap. Mesti Iman suka. Jom!"reaksinya sekelip mata berubah melihat Iman. Dia senyum penuh kasih sayang. Nora dan Khairani pula yang hairan. Ibu? Adiknya mana ada anak. Kesian kerana mandul. Suaminya pula tinggalkan dia. Untung sahaja Noreen kuat orangnya.

"Baik ibu." Iman mendapatkan tangan Mak Su dan mereka pun berjalan keluar dari rumah itu nak pergi belakang rumah.

"Qallif,siapa perempuan tu?"Khairani bertanya. Qallif masih termenung.

"Qallif?"Nora menepuk bahu anaknya. Qallif tersedar dari lamunan.

"Ya bu? Ada apa?"

"Siapa perempuan tu? Siap panggil Mak Su kamu ibu. Anak angkat dia ke tu?"

"Oh bukan. Mak Su saja je. Dia kan takde anak jadi dia pun naklah sayang Iman macam anak dia."

"Oh Iman namanya. Solehah orangnya. Suka ibu tengok dia. "

"Suka tengok?"Qallif tenung wajah ibunya.

Khairani tertawa.

"Mestilah suka. Ibu kamu ni asyik-asyik mengadu dekat ayah...sakit matalah,sakit itulah inilah."luah Khairani. Qallif hanya tersenyum.

"Yelah bang. Anak dara zaman sekarang ni langsung tak hargai diri diorang. Dah berapa ratus eh jap...ribu kes zina tau. Aurat tak jaga,pergi clubbing. Sakit mata ibu tau. Tapi yang tadi tu ibu berkenan." Nora menatap wajah Qallif. Qallif sudah tak sedap hati dengar ayat ibunya. Berkenan? Ceh baru kenal kot.

"Emm...ibu dengan ayah datang ni mesti ada apa-apa kan?" dalih Qallif.

"Saja je nak jumpa kamu. Dah besar rupanya anak ibu ni. Umur dah 30 tapi belum jumpa-jumpa jodoh. Hmm...macam manalah ibu nak merasa ada menantu ni..." Nora bersahaja.

"Ibu suruhlah Qhoirunissa kahwin. Dah dapat menantu."

"Ibu kamu nak menantu perempuan. Qhoirunissa tu pun dah 2 kali orang datang meminang tapi dia tolak. Dia kata nak sambung belajar lagi. Qallif tu yang dah kena kahwin sekarang."

"Jodoh belum sampailah."Qallif bekerut dahi.

"Oklah...ibu cuma cakap. Nanti kalau jatuh hati kat perempuan tadi,bagitahu ibu tau. Hahaha..." gurau Nora.

"Hmm.."

"Takpelah...Noreen masih tak ok. Kitorang nak balik dululah."mereka berdiri. Qallif bangun lalu salam tangan mereka. Nora mencium pipi Qallif. Dipeluk tubuh itu dengan kasih sayang.

"Balik dulu ya Qallif.Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Qallif menghantar mereka ke depan rumah. Pergi sahaja mereka,dia terus pergi belakang rumah. Nampaknya Mak Su sedang duduk di bangku sambil membelai kepala Iman. Iman melentokkan kepalanya di bahu Mak Su. Qallif tak nak ganggu Mak Su dan Iman lalu masuk ke dalam rumah sambung kerja-kerja fail yang berlambak lagi kat meja bilik.

??????

Iman dan Mak Su berjalan-jalan di situ menghirup udara pagi. Banyak bunga-bunga di situ. Semuanya cantik. Iman sukakan bunga tapi dia tak berkemampuan nak hias-hias rumahnya dulu. Tengoklah bapa macam mana. Teringatkan ayah. Dia jadi sakit hati dan sedih. Ingat ayah,mestilah ingat si ibu juga. Makin parah luka di hati ni.

"Iman sayang,mari duduk sini."Mak Su yang duduk di bangku itu memanggil Iman yang duk termenung ingat orang tuanya.

"Baik ibu." Iman menurut.

Mak Su menarik Iman ke pelukannya. Iman terkedu.

"Ibu,ibu kenapa?"

Kedengaran ada esakan keluar dari Mak Su. Iman mengusap-ngusap belakang Mak Su ingin menenangkan orang tua itu.

"Ibu...ibu cuma ingat seseorang."

"Siapa?"

"Bekas suami."dia duduk kembali. Iman memandangnya.

"Cuba cerita. Iman ada kat sini nak dengar."

Air mata Mak Su dia seka dengan tangan.

"Ibu sebenarnya mandul."

"Oo...jadi sebab tu ke berpisah?"

"Haah...ibu ada juga ambil anak angkat ni. Tapi dia jauh sebab belajar kat luar negara. Cuma entah kenapa ibu tiba-tiba ingat kat bekas suami. "

"Alahai...janganlah sedih-sedih bu... Iman pun nak nangis tengok ibu macam ni. Takpe Iman kan ada. Iman boleh jadi anak ibu. Iman boleh teman ibu sampai Iman dah tak boleh nanti. Ibu jangan nangis tau." pujuk Iman. Mak Su tertawa.

"Iman,ibu nak tanya ni...boleh?"

"Tanyalah. Iman jawab jujur."

"Iman suka berpurdah sebab apa? Maaflah tanya sebab ibu hairan dengan Iman. Terkadang rasa nak tanya tapi nak tahu juga. Yelah,jarang orang pakai purdah kat sini."

Iman sedih tapi dia tak nak tunjuk. Kesian Mak Su nanti.

"Hehehe...Iman cerita ni jangan bagitau sesiapa tau. Janji.."ucap Iman sambil menunjukkan  jari kelingkingnya. Mak Su tersenyum melihat gelagat manja Iman.

"Janji."jari mereka bertaut.

"Sebenarnya dulu masa Iman tinggal kat kampung,Iman selalu kena kacau lelaki. Ibu kata anak dia ni cantik sangat hehehe..."Iman tersenyum nak bawa ibu dia ni senyum sekali.

"Betullah..anak ibu memang cantik pun."

"Hehehe pastu bila pindah pergi bandar,ibu pesan supaya pakai purdah. Masa tu umur Iman dah 16 tahun. Ibu kata kalau dah kahwin nanti,tak pakai purdah pun takpe sebab dah ada hero nak selamatkan Iman. Tapi ibu kata tunggu jodoh sampai. Tiba-tiba ibu jatuh sakit pastu meninggal dunia. Sejak tulah ayah selalu pukul Iman,selalu marah Iman walaupun Iman tak buat salah. "Iman tunduk. Dia termenung seketika.

"Kalau jumpa jodoh nanti,Iman nak cakap apa?"sakat Mak Su.

"Entah. Iman pun tak tahu. Iman tak pernah bercinta. Suka orang pun tak pernah. Ibu Iman larang. Dia kata masih muda nak fikir benda tu. Sekarang Iman dah umur 24...dan Iman bertuaaahh sangat sebab dapat ibu lagi macam ibu ni. Iman sayang sangat. Kenapalah ayah Iman tak sayang Iman macam ni?" dia menunjukkan riak kecewa.

"Hmmm....manusia ni Iman kalau syaitan dah takluk susah nak kembali ke pangkal jalan. Mata ayah kamu dah digelapi oleh wang dan kasih sayang dia sudah hilang. Doakan saja ayah kamu berubah dan kembali menyayangi Iman."

Iman mengangguk.

Kepala Iman dilentokkan pada bahu Mak Su. Kepalanya dibelai penuh kasih sayang. Tiba-tiba Iman teringat sesuatu.

"Ibu,kenapa ibu cakap kasar dengan ibu abang Qallif tadi?"

"Abang Qallif?"

"Haah abang Qallif. Iman rasa dia tua dari Iman jadi Iman panggillah abang Qallif. Dia yang tak suruh panggil encik."

"Oh...takdelah. Ada masalah keluarga sikit. Iman tak payahlah tahu."

"Oh ok."

Suasana hari itu memang menenangkan.

??????

Seminggu berlalu. Mak Su sudah lebih baik dari sebelum ini. Qallif pula jarang keluar bilik sebab siapkan kerja. Lagipun ada Iman di rumah itu membuatkan dia kurang selesa. Walau bagaimanapun,dia tak boleh bagi perempuan tu keluar dari rumah tu. Nanti Ramdan dapat dia balik.

Iman selesai mencuci pinggan-pinggan di situ. Seminggu tu jugalah dia tiada bertegur sapa dengan Qallif sebab Qallif macam dah kena penjara kat bilik dia.

"IMAN!"kejut Qallif dari belakang.

"Jatuh iman kau!Hish..abang Qallif ni kenapa tiba-tiba kejutkan orang?nasib baik tak pecah ta piring ni kalau jatuh!"melatah dulu membebel. Hahaha...Qallif berkerut dahi.

"Abang?"hairan dengan panggilan itu.

"Haah abang Qallif. Kenapa?"

"Rasa macam lainlah kau panggil aku abang. Macam adik-beradik takpun ..su-suami isteri."

"Ish abang ni. Apa pula? Iman cuma hormat abang sebab lagi tua dari Iman. "

"Hmm...tapi seganlah..."Qallif menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Laa...nak segan apanya dengan Iman."Iman tertawa kecil.

"Emm...oh ya hari ni aku nak ajak kau pergi shopping dengan Mak Su sekali. Kesian kau takde baju sendiri lagi kan. Pergi sedia-sedia...aku tunggu. Maksud aku,kitorang tunggu."

"Ibu dah tahu?"

"Dah. Aku bagitau tadi. After shopping,aku ada berita gembira untuk kau."Qallif tersenyum.

"Wah...terima kasih bang. Baik hati dekat Iman sampai nak belikan baju. Lepas tu ada berita baik lagi...yeah! Sayang ibu!"Iman teruja.

"Kenapa sayang Mak Su pula? Aku tak pula kau sayang."Qallif menekup mulutnya.

Oi mulut,kenapa kau celupar pula nak tanya? Hish...

"Abang lelaki. Iman mana boleh sayangkan lelaki. Ibu Iman dulu kata kalau nak sayang,tunggu ada laki."

"Ceh,kalau aku jadi laki kau amacam?"Qallif mencubit lengannya sendiri.

Kenapa aku tiba-tiba pandai sakat orang ni? Astaga...Qallif,kau tak suka Iman. Dia just stranger yang masuk dalam hidup kau. Eh jap,ke aku yang masuk dalam hidup dia?

"Entahlah. Iman pun tak tahu. Iman mana pernah kahwin."

"Emm...Iman,bila kau nak sedia ni? Makin lambat,makin lama lah kau tahu berita baik tu."sengaja nak Iman teruja.

"Eh haah lah...abang tunggu tau. Iman pergi tukar baju je dah siap."

"Hmm..tak payah nak bermekap bagai."

Iman pusing melihat Qallif sambil berkerut dahi.

"Mekap? Apa benda tu?"

Mulut Qallif ternganga.

"Seriously,kau tak tahu?"

Iman menggelengkan kepalanya.

"Emm takpelah. Benda tu tak penting. Kau memang dah cantik tak payah pakai benda tu semua."

"Terima kasih puji Iman cantik. Iman pergi sedia jap. Bye." Iman bergerak masuk ke bilik yang tidak jauh dari dapur. Sengaja bilik Mak Su kat bawah sebab kadang-kadang Mak Su pandai muntah. Bawa pergi hospital pula dia tak nak. Qallif tersenyum. Iman ni manja tapi entahlah. Dia susah nak layan dengan cara yang baik.

??????

Iman dari tadi duk diam kat kereta. Syok sangat sebab dapat naik kereta. Dia melihat pemandangan dengan penuh terujanya. Mak Su pula sedang bermain dengan telefonnya. Dia selalu melihag perkembangan dunia sekarang. Kadang-kadang tengok pastu baca update pendakwah terkenal.

Mereka tiba di shopping mall.

"Abang Qallif,ok dah tu... Iman ok jelah tak payah nak cari yang berjenama sangat." Iman mengeluh. Dah nak dekat sejam untuk cari baju si Iman ni je.

"Iman,kalau cari barang,kena cari yang bagus-bagus tau. Bukannya pasal jenama tapi kain jubah tu rasanya tak tahan."

"Iman iyakan jelah Qallif tu. Dia memang takkan pernah nak mengalah. Dengan ibu sendiri pun dia tak pernah nak menangkan."

Iman mengeluh.

"Bukannya apa. Iman cuma rasa bersalah sebab semuanya guna duit abang Qallif. "dia tunduk.

"Dah tahu duit aku. Dengar cakap aku. Aku nak yang terbaik untuk kau. Tu je. Dah jangan banyak cakap. Kita pergi cari tudung dengan niqab kalau ada pula. Aku tak nak kau tolak permintaan aku. "

"Tapi abang..."

"Shhh...jangan banyak cakap boleh tak? Kau ni...jarang tau aku care pasal orang. Kalau Iman sayang ibu tu,dengar cakap aku."

Iman mencebik.

"Apa kaitan dengan ibu? Mengada jelah abang ni. Iyalah Iman ikut je. Puas hati?"

"Puas. Tapi kalau kau sayang aku lagi puas. Tapi,..."

"Eee mengada nak minta sayang." Iman bercekak pinggang.

"Tapi apa?"sambungnya.

"Tapi kau jelah sayang aku. Aku tak nak sayang kau. "

"Ceh,sukalah tu nak buat Iman marah. Baling timun baru tahu."

"Jangan baling timun. Lempar hati kat abang."

"Abang!"Iman malas nak layan.

"Yelah. Kau baling jap untuk aku check,kau ni ada hati tak untuk aku."

Iman menyilangkan tangannya.

"Qallif,stoplah kacau Iman tu. Kang hati kau pula melayang terbang terhegeh-hegeh kat dia."seloroh Mak Su.

"Ish Mak Su ni. Qallif nak kawan pun tak boleh."

"Tu bukan nak kawan tu namanya. Tu namanya sakat-sakat,aipp jatuh cinta." Mak Su tersenyum.

"Mana ada ibu. Abang Qallif ni saja je kan nak buat Iman marah. Iman merajuk lain tau. Jangan sampai..."

"Apa dia?"

"Hehehe abang tau juga tu nanti." Iman menarik lengan Mak Su berjalan dahulu.

Ceh,aku merajuk lagi teruk tau Iman...kau ni...aku tukar jadi Qallif 2.0 kang baru kau tahu...

Dia tersenyum.

" Weii tunggulah!"dia mengejar mereka.

??????

Selesai shopping,pergi makan. Dah makan pergi jalan-jalan pula. Banyak pula si Qallif ni nak pergi ye. Iman pula enjoy berabis sebab tak pernah keluar makan angin. Jawabnya sampai rumah tiga-tiga penat. Mereka bertiga duduk di sofa.

"Abang,apa berita baik tu? Cakaplah. Iman nak tahu."

" Tak nak bagitahu sebab Iman jahat." Qallif berkata dengan wajah serius.

"Ish...abang ni. Dahlah... Iman malas nak layan abang." Iman berdiri nak pergi tapi kembali duduk bila tangannya ditarik Mak Su.

"Penting Iman. Dengarlah..."

"Aku nak kau kerja kat syarikat aku."

Iman terkejut. Kerja pejabat? Sekolah pun dia tak pernah. Paling pun membaca dan menulis tu benda basic yang dia tahulah.

"Iman nak kerja tapi kalau kat syarikat ni,Iman rasa Iman tak mampulah..."jujur sahaja.

"Takpe...aku boleh ajar kau. Aku ada PA boleh ajar kau. Janji kau kerja. Aku tahu kau mesti bosan kat rumah."

"Betul? Tapi siapa nak teman ibu?"

"Hah yang ni pula berita baik untuk Mak Su."

"Apa dia?"Mak Su turut tertanya-tanya.

"Huda dah nak balik!"

Membulat mata Mak Su. Terkejut bertambah teruja dan macam-macamlah.

"Huda dah nak balik? Biar betul? Mana kamu tahu Qallif? Alhamdulillah...rindunya kat Huda."

"Huda ni siapa?"Iman tak kenal.

"Anak angkat ibu."

"Huda call semalam. Nanti seminggu dia temanlah Mak Su kat dalam rumah. Nanti dia pun kerja dengan Qallif juga."

"Bi-bila dia nak balik?" Mak Su betul-betul nak tahu.

"Ermm..Qal--"

TOK!TOK!TOK!

"Laa...siapa pula spoil ni? Qallif pergi buka."

Qallif menurut sahaja. Buka-buka je pintu,CHAK!!

"Kau fikir aku terkejut? Dah pergi jumpa Mak Su sono."

Huda meluru masuk dan terus memeluk Mak Su. Mak Su ni pula belum sempat cakap apa-apa dah nangis kat pelukan Huda. Iman pula duduk tepi sikit bagi ruang kat Huda.

"Huda,ibu rindu Huda...lama tak jenguk ibu..."

"Laa..janganlah nangis. Kan Huda dah kat depan ibu ni. "dia duduk.

Mak Su mengangguk.

"Ni siapa?"dia tunjuk Iman.

"Ni Iman. Kau jangan gaduh dia,aku je boleh gaduh dia."Qallif memberi amaran. Iman mencebik.

"Ooo yalah. Bila kahwin?" terbatuk-batuk Qallif dengar soalan tu.

"Kau ni...tak tahu cerita dah pandai buat spekulasi. Dahlah kau."

"Iman,boleh tak kalau malam ni Huda tidur dengan ibu? "Mak Su bertanya sebab takut Iman rasa disisihkan pula.

"Eh boleh je. Iman pindah kat bilik sebelah tu. Mesti ibu rindu kat Kak Huda kan..."

"Iman ni..."

"Tak payah tanya. Nanti kita cerita kat bilik ya sayang."

"GAHAHAHA Iman dah tak kena sayang."saja Qallif nak buat Iman marah lagi.

"Tak cemburu pon. Mesti abang yang cemburu sebab Iman tak sayang."Iman menjeling.

"Ceh,dah pergi tidur sono. Esok nak bangun awal pergi pejabat."

"Hmmm...yelah."

"Selamat malam ibu,akak. Mimpikan Iman tau..hehe"

"Aik aku?"Qallif tak puas hati.

"Selamat malam. Jangan mimpikan Iman. Iman baling pakai timun nanti kat muka tu biar terbangun sebab terkejut beruk."

"Siapa nak mimpikan Iman? Baik aku mimpikan bakal isteri aku tu macam mana."

Iman hanya menjeling lalu pergi dari situ. Namun langkahnya terhenti bila namanya dipanggil Qallif.

"Apa lagi?"balasnya acuh tak acuh.

"Selamat malam. Mimpi yang indah."

Iman hanya mampu tersenyum di balik niqab lalu mengangguk.

??????

Pagi tu Iman semangat betul nak bangun sebab dia kan nak kerja. Selesai semua nampaknya Mak Su sedang bercerita dengan Huda. Iman tersenyum melihat kemesraan mereka.

"Hah,apa lagi tu? Jomlah nak pergi kerja ni."

Iman menjeling je. Qallif ni tak pernah nak cakap lembut sikit kat dia.Dia pergi ke tempat Mak Su dan Huda. Disalam tangan mereka berdua. Huda suka tengok Iman. Melalui cerita Mak Su semalam,Iman memang seorang yang tabah.

"Hati-hati tau jalan."pesan Huda.

"Ok."

Sepanjang perjalanan Iman dan Qallif hanya diam. Tak tahu nak cerita apa. Kalau Iman bersuara mesti Qallif ni duk balas nak sakitkan hati dia. Iman kagum dan sumpah terkejut bila nampak bangunan syarikat milik Qallif.

"Besarnya!"matanya ligat melihat sekeliling.

"Jangan sakai sangat. Aku cuma nak pesan kau kena tabah kerja kat sini."

Iman pelik.

"Kenapa?"

"Nanti-nanti kau tahulah tu."

Mereka melangkah ke ruangan pejabat. Pada awalnya Iman gementar nak berhadapan dengan ramai orang tapi nak kerja,mestilah ada rakan sekerja kan. Tapi dia kurang selesa bila ada pekerja perempuan yang pandang dia semacam. Dia pun tunduk ikut je masuk bilik pejabat Qallif. Pintu bilik Qallif dibuka luas dan tidak ditutup.

TOK!TOK!TOK!

"Masuk!"

Terus seorang perempuan memakai blaus biru dengan pallazo putih masuk.

Dia senyum memandang Iman.

"Ini PA abang. Kalau ada apa-apa yang Iman tak tahu boleh tanya dia. Iman kalau ada masalah,jangan senyap je tau. Bagitahu kat abang."

Iman hairan. Sejak bila anak ni pakai 'abang Iman' ni?

"Oh ok. Nama awak siapa?"Iman berdiri.

"Cik boleh panggil saya Deeja je."

"Awak pula panggil saya Iman je tak payah nak cik segala."

Deeja tersenyum lalu mengangguk.

"Oklah...Deeja,kau ajar dia baik-baik tau."

"Baik bos."

Deeja keluar bersama Iman. Dia tunjukkan segala pelosok pejabat itu. Dan terakhir meja Iman. Meja mereka berhadapan sahaja atas arahan Qallif.
Ramai yang datang pergi meja dia nak berkenalan tapi Deeja halau. Qallif tak suruh orang kacau dia.

Iman cuba buat satu fail dulu. Tu pun dia dah keliru gitu.

"Hey,emm kau ni pekerja baru kan?"tiba-tiba ada seorang perempuan memakai baju sleeveless dan skirt paras paha menyapanya.

"Oh hai. Ya saya pekerja baru. Nama saya Iman."dia menghulurkan tangannya ingin bersalaman tapi digelak oleh perempuan itu.

"Listen to me. Cantara. That's my name. Aku cuma nak cakap yang abang Qallif tu aku punya. Huh."dia tertawa sinis sebelum pergi dari situ. Iman tercengang.

Datang-datang nak ugut aku. Heish...kalau aku ada bawa timun,dah lama aku cepuk kat muka dia.

Dia kembali saja meneruskan kerjanya.

??????

Haih...dah banyak fail dia dah buat. Dia melihat jam dinding pejabat. Lunch hour.Dia bergerak ke pantri sebab Deeja cakap nak makan apa-apa boleh makan situ. Tapi bila dia masuk ruangan tu,ada 5 ketul tengok dia lain macam.

Dia malas nak kisah sebaliknya pergi membancuh teh.

"Wii nama kau Iman kan?bancuhkan aku sekali teh tu."

Iman hanya mengangguk. Teh yang sudah siap dibancuh dihulurkan kepada perempuan itu.

BLUEK!!

"Kau ni bodoh ke apa? Tu garam lah bukan gula! Kan dah tersembur air ni .."

"Eh yakah? Betullah...saya letak gula."ujarnya sambil memegang balang berisi gula.

"Ceh,aku cepuk kau nanti baru tahu."

Cantara mengambil cawan itu dari tangan kawannya dan cuba untuk membaling ke arah Iman.

ARGH!!!

??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience