[2]

Romance Series 4223

Dengan pantas dia berlari untuk menghampiri mereka. Tapi Qallif tidak terburu-buru. Dia cekap dengan membawa telefon bimbitnya.Qallif bersembunyi di balik tembok.

"Ayah!Lepaskan sayalah!Ayah,tolong Iman!"Iman menjerit sekuat hati. Ramdan? Dia kisah apa? Dia yang menjual Iman kepada perempuan itu.

"Aiyo....lu punya anak banyak cantik oh...nanti Ling jual sama VIP confirm harga tinggi...hahahahah" wanita bernama Ling itu tertarik dengan Iman. Purdah yang selama ini menutup wajahnya sudah hilang entah ke mana dicabut dengan ganas oleh ayahnya tadi. Dia hanya mampu berharap dengan kain tudungnya yang labuh itu.

Kedua-dua lengannya ditahan kuat oleh dua orang lelaki. Ling menghampiri Iman dan memandangnya dari atas hingga ke bawah.

"Perempuan ni lemah...lepaskan saja. Pintu pagar tu bukan dia boleh panjat nak lari..."

Segera kedua-dua lelaki botak itu melepaskan dia. Iman menggosok lengannya lalu menutup wajahnya. Ling tertawa.

"Budak cantik...lu punya muka kalau Ling kasih jual sana nanti,lu mesti banyak yang mau lo...lu kena sedia-sedia arh.. Hahhahaha."Ling masih memikirkan wang yang akan berpusu-pusu masuk kerana wajah anggun Iman.

"Wei cepatlah...aku nak pergi berjudi ni...duit,mana duit? Lambat betul lah kau ni."

"Haiyah...sabarlah sikit. Lu tunggu dululah satu malam...baru ada lui(duit) lo."

"Masalahnya aku nak sekarang!Berapa kau ada? Aku tak kisah,cepat!"marah Ramdan.

"Sekarang Ling ada RM 2 000 saja...lu mau meh?"

Ramdan berfikir. Dengan RM 2 000 itu,dia boleh bayar hutangnya sebanyak RM 800 yang tertunggak. Lintah darat pula setiap hari mencari dirinya di tempat perjudian.

"Bolehlah...aku tak kisah pun kau nak buat apa kat dia. Yang aku tahu,aku nak duit untuk bayar hutang aku,nak judi. Anak sial ni kau boleh bawa pergi mampus!"Ramdan setuju dengan harga itu. Iman terkedu.

Ya Allah...Iman bukan barang untuk dijual...kenapa ayah sanggup jual Iman?...Astafirullah...

Mata Iman berkaca. Hatinya betul-betul hancur dibuat sebegitu. Seorang ayah sanggup menjual anaknya untuk wang,bagaimana dengan harga diri Iman? Maruah Iman bagaimana?

"Ayah tak sayang Iman ke? Ayah... Iman janji berubah dan takkan susahkan ayah lagi... Iman akan cari kerja lepas tu sara hidup ayah...tolong jangan jual Iman. Iman tak sanggup nak jejak tempat maksiat."bergenangan air mata yang dari tadi membanjiri matanya.

Jijiknya tempat terkutuk itu untuk dijejak. Ibarat menuju ke jalan neraka yang panas membakar. Siapa yang ingin ke tempat yang sememangnya diselubungi dosa-dosa?

"Eh kau nak janji cari kerja? Inilah kerja kau. Jangan nak susahkan aku lagi. Makan pun hari-hari sayur je. Aku nak makan sedaplah!"Ramdan menjeling. Ling mengeluarkan dompetnya. Dikeluarkan wang itu lalu dihulur kepada Ramdan. Iman menggeleng...kuatnya kuasa harta sampai mampu membutakan mata manusia. Anak sendiri pun digadai untuk itu. Bagi Iman, boleh sahaja berusaha. Kenapa perlu guna cara terkutuk ini?

Ramdan menyambut wang itu dengan gembira. Macam orang gila saja nak cium-cium duit. Mata Ramdan berubah...terserlah mata duitan.

"Cepat kasih masuk itu perempuan. Ling sudah janji sama VIP kita mahu kasih dia malam yang paling special punya."arah Ling sambil mengipas-ngipas wajahnya.

"Eh tak nak!!"jerit Iman.

"Tunggu!"Qallif menghentikan mereka.

"Kan Apek dah cakap...kerja ni kena buat malam-malam tapi bos tidak mau dengar. Tengok sekarang ada sudah orang mahu trip hero di sini."Apek menyindir Ling. Ling saja yang gila nak buat kerja ni waktu hari masih siang.

"Lu diamlah...eh lu siapa mau halang-halang orang? Lu mau cari nahas kah sama Ling?"ugut Ling.

"Takdelah. Bukan saya yang cari nahas masalahnya sekarang ni. Korang yang cari nahas dekat saya. Oh,kau ni 'mama ayam' berjaya ye? Saya fikir nenek siapa tadi. Solekan  tebal macam dosa aunty." Qallif bersahaja.Ling mencebik.

Iman pula cuba untuk melepaskan diri tapi masih tak berdaya. Akhirnya dia hanya mampu diam.

"Lu jaga sikit mulut lu arh...Ling bakar rumah lu baru lu tau!"marah Ling kerana dicakap sebegitu.

"Kau siapa nak masuk campur ni? Aku bunuh juga kau ni kang."Ramdan bersuara.

"Saya cuma nak satu je. Saya nak Iman. "

Iman tersentak. Dia memandang wajah Qallif.

Tak mungkin Encik Qallif pun sama?...

"Eh budak...kau pergi main jauh-jauhlah. Sibuk je kat sini."

"Saya cakap betul uncle. Saya nak Iman untuk bekerja dengan saya. Uncle jual Iman,RM 2000 je uncle dapat. Kalau Iman dengan saya,tiap-tiap bulan uncle dapat duit. Macam mana?"Qallif membuat tawaran. Apa saja yang penting Iman terlepas dari jerat syaitan itu.

"Tiap-tiap bulan?"Ramdan tertarik. Yelah...ibarat kau dapat sumber pendapatan yang tetap.

"Ya tiap-tiap bulan."

"Hmm...apa jaminan kau akan bayar aku tiap-tiap bulan?"

"Ok kalau saya tak bayar uncle,uncle boleh bawa Iman pergi. Tapi selagi saya bayar,selagi itu Iman dengan saya."

Ramdan tanpa berfikir panjang bersetuju.

"Ok aku terima. "

Mata Ling membulat.

" Apa lu cakap? Mana boleh macam tu...lu sudah janji ma sama gua. Apa Ling mau jawab sama tu VIP oh..lu jangan macam-macam arh Ramdan."Ling memberi amaran.

"Takpelah aunty. Saya boleh bayar aunty lebih dari pelanggan VIP aunty tu...bagi saya nombor akaun dan saya akan transfer wangnya."

"Lu banyak duit meh?dia sudah janji bagi lui RM 3 000 oh untuk satu minggu."

"Aunty nak berapa?Saya transfer. Yang penting perempuan ni dengan saya."

Ling berfikir. Dah ada orang offer,mintalah banyak-banyak.

"Kasih dua kali ganda lah..RM 6 000. Ling mau tu duit ni malam juga."

"Ok. Nanti bagi je nombornya. Sekaramg baliklah...saya nak pergi dengan Iman. Iman,mari sini."ujar Qallif. Iman tidak bergerak. Macam mana kalau Qallif pula yang inginkan dia?

"Apa lagi masalah kau ni? Pergilah bodoh."Ramdan menarik kasar tangan Iman sampai dia terjatuh.

"Lemah betullah budak ni!"baru Ramdan nak sepak perut Iman tapi Qallif menyampuk.

"Uncle nak saya kurangkan duit ke?"

"Eh tak...tak...nah kau ambil budak ni...ikut suka kaulah nak buat apa. Yang penting setiap bulan duit."

"Huh...takde masalah..dah pergi dari sini sebelum saya report polis."

Ling dengan langkah pantas menarik kembali duit di tangan Ramdan lalu masuk ke kereta. Dia memanggil Qallif.

" Woi budak...ini nombornya. Nanti lu transfer di sini. Ling cau luks.."kereta itu dipecut pergi dari situ. Ramdan pula jalan entah ke mana. Lama Qallif dan Iman menunggu di luar ingin melihat ada lagi orang atau tidak.

Tiba-tiba Iman menangis. Wajahnya ditutup dengan kain tudung. Dia duduk di lantai. Qallif hanya tunduk diam.

"Ke..kenapa nak ambil Iman? Encik Qallif ni jahat juga ke? Hek...hek...kenapa Iman kena hidup macam ni?...kenapa ayah jahat kat Iman?"ucapnya sambil menangis.

"Kau ni tak penat ke asyik nangis je? Tiap malam aku dengar kau nangis. Dahlah tu. Aku bawa kau jumpa Mak Su jap pastu fikir mana kau nak tinggal. Aku tak ambil kesempatan. Aku cuma nak tolong kau."

"Mak Su? Encik Qallif takde niat jahat kat Iman? Betul ni?"

"Kau tunggu kat luar ni. Aku panggil Mak Su aku jap."

Qallif masuk ke dalam rumah. Yelah takkan nak main masuk je si Iman tu.

"Hah?!Qallif biar betul ni?Hmm...jom jumpa Iman kejap."Mak Su pun terkejut yang si Iman tu nak kena jual oleh bapa dia.Qallif hanya mengangguk. Mereka berjalan menuju ke luar.

Hairannya Iman tiada. Qallif berkerut dahi.

??????

Iman tidak dapat berfikir secara rasional lagi. Dia hanya tahu takut je sekarang.

'Saya nak Iman.'

Apa maksud dia?

Iman berlari ke rumahnya mencari purdah lalu lari dari situ. Dia tak nak Qallif apa-apakan dia.Siapalah yang percaya dengan orang yang baru kita kenal?

Iman kena lari...Encik Qallif mungkin jahat juga...ta-tak mungkin dia nak tolong secara tiba-tiba dengan wang sebanyak itu...mesti dia nak benda lain dari saya...

Sudah tidak kisah apa-apa yang penting tak jadi mangsa.Dia ni lurus sangat.

??????

Goodnight semua!?
Member mata panda detected??

Please vote,comment and share??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience