[7]

Romance Series 4223

?

PLEASE VOTE AND COMMENT
________________________________

Hari ni Qallif tidak pergi pejabat. Nak jaga Iman dan Mak Su. Mak Su dahlah sakit,Iman pula dikejar-kejar orang. Haih...macam-macam. Qallif turun dari atas. Dia terlihat Iman yang sedang berdiri kayu  depan televisyen. Dia pergi menyapa dahulu.

"Iman..."

Iman pusing dan memandang Qallif.

"Mak Su mana?"

"Ibu dekat bilik. Kejap lagi ibu minta Iman papah keluar. Ibu kata nak tengok tv."

Qallif hanya meng'o'kan sahaja.

"Jadi yang duk termenung kat depan tv ni kenapa?"dia hairan. Iman menggaru kepalanya.

"Sebenarnya kan Encik Qallif,Iman tak tahu cara nak pasang. Wayar pun banyak kat sini. Iman bingung."

Qallif terkejut tapi dia tak tunjuk pun. Dia hanya mengangguk tanda faham masalah Iman.

"Sini aku tunjuk. Tengok betul-betul tau. Wayar tv yang warna hitam ni...warna putih tu charger. Wayar-wayar tu pula menyemak je kat situ. Nanti aku simpan wayar-wayar tu supaya kau tak keliru. Pastu pasang camni,dan tekan ni. Ok siap!" Qallif menerangkannya sambil melakukan kerja itu supaya Iman faham. Tv dipasang. Iman terkejut ada orang kat tv tu. Pastu baru dia teringat itu cuma lakonan atau pun rancangan yang ditayangkan.

"Wah! Dah lama rasanya Iman tak tengok tv. "teruja Iman sambil menepuk tangan tanda gembira.

"Kenapa?"

"Dulu rumah Iman pun ada tv tapi sejak emm..ibu meninggal,ayah jual semua barang-barang untuk dapatkan duit judi." Iman termenung kosong.

"Heih...kesian kau. Dahlah,pergi panggil Mak Su jap pastu kita makan kat luar."

"Eh tak payah."Iman berkata dengan nada yang tinggi tiba-tiba. Terkejut Qallif.

"Eh maksud Iman tak payah tu sebab Iman dah masak. Awal pagi tadi Iman masak. Iman dah minta izin ibu nak guna dapur. Encik Qallif tak marah kan kalau Iman masak guna dapur rumah Encik Qallif?"nadanya sedikit rendah. Takut sebab muka Qallif ni selalu tegang semacam. Nak senyum pun susah dia nampak. Sekejap Qallif tengok dia guna mata yang tajam. Galak sekali.

"Ke..kenapa tengok Iman macam tu?"

"Hahahaha aku gurau je. Dah pergilah tempat Mak Su."

Iman melepaskan nafas lega.

"Encik Qallif ni jahatlah...tak nak kawan dengan Encik Qallif lagi..."Iman pergi dengan langkah yang pantas. Qallif hanya memerhati.

Hehehe comel...macam Qhoirunissa...hmm..

Qallif tersenyum sendiri. Ingat pula kat Qhoirunissa.

"Amboi...senyum sorang-sorang ni kenapa?"Mak Su yang cuba berjalan sendiri.

"Mak Su,kenapa jalan sendiri? Kan kaki tu masih sakit kena sedas tembakan kelmarin..."

Mak Su senyum.

"Mak Su nak cepat jalan. Tak naklah menyusahkan Iman."

Qallif memandang Iman.

"Eh jangan nak marah Iman pula. Iman dah paksa tapi ibu yang tak nak."

"Ceh...ada aku cakap aku nak marah kau?aku cuma tengok purdah kau tu."

"Kenapa? Kotor ke?" Iman cuba melihat purdahnya.

"Bukan. Kelmarin putih kan,pastu ada hitam hari ni..."

"Oh ini. Ini ibu punya. Ibu bagi pinjam."

"Kau memang suka berpurdah ke?"

Iman mengangguk laju.

"Wow,ok...Qallif tutup japlah tv ni. Kita pergi makan dulu. Boleh Mak Su?"

"Hmmm...yelah. Oh ya kenapa pula stay rumah ni? Tak kerja?"

"Seminggu ni Qallif cutilah nak jaga Mak Su."

"Hari ni kamu tak joging pula...hmmm tetiba je."

Qallif tersenyum sumbing.

Macam mana nak lari Mak Su kalau kaki ni pun kena tembak sekali?...nasib ada doktor...phew

"Saja. Boleh kenal-kenal dengan Iman."dalihnya.

"Uish! Nak kenal dengan jodoh eh?"

Terbeliak mata Iman.

"Ibu...apa ibu cakap ni?"lengan Mak Su dipeluk.

"Ceih...jom makan."

Mereka bergerak ke meja makan. Qallif terkejut bila Iman membuka tudung saji.

Wii...dah lama tak makan petai!Argh...bertuahnya hari ni...

Qallif tersenyum.

"Iman,kau ke yang masak semua ni?"

"Haah...Iman jalan kejap tadi beli sayur. Eh nampak petai,ambillah..."

Iman menghidangkan makanan itu kepada mereka. Mak Su dari tadi duk diam je sebab teruja makan petai. Nak makan je tak nak cakap. Doa dibaca dan mereka menjamah makanan itu dengan penuh selera. Iman gembira nampak Qallif tersenyum. Dari tadi senyuman itu tak lari dari bibirnya. Siap tambah lagi pula tu. Berselera sangat dia.

"Amboi Qallif makan bukan main gelojoh lagi...kalau lawan dengan monyet,dengan makanan monyet tu sekali habis oleh Qallif."

Iman tertawa kecil.

"Encik Qallif,sedap tak saya masak?"Iman meminta pendapat.

"Boleh tahanlah."

"Ceh,boleh tahan je? Huh...takpelah." Iman pura-pura kecil hati. Buat apalah nak kisah. Janji perut kenyang dah tak berdangdut nak seru-seru makanan. Qallif berkerut.

"Kau merajuk ke?"

Iman tersenyum di balik purdah.

"Mana ada. Buat apa Iman nak cemburu?"

"Ceh...kalau kau fikir aku nak pujuk kau memang taklah." Qallif terus sahaja makan tanpa memandang Iman. Iman berhenti makan.

"Iman takde cakap pun nak minta pujuk. Iman tak cakap pun Iman merajuk. Encik Qallif ni..." Iman berdiri membawa pinggannya. Lalu duduk di tempat lain. Qallif ternganga melihat tingkah laku Iman.

" Qallif,janganlah gaduh Iman. Kamu ni baru sehari." tegur Mak Su.

"Mana Qallif tahu dia tu kuat merajuk. Qallif cakap sikit je kot."

"Dah pergi panggil dia."

"Hmmm...tak naklah. Biar je dia. "

Iman selesai makan dulu. Dia pergi ke singki untuk mencuci pinggannya. Qallif pula menyusul membawa pinggannya dan Mak Su.

"Eh Encik Qallif,kenapa tak biar je kat meja tadi? Iman boleh kemaskanlah..." Iman menarik pinggan itu dari tangan Qallif.

"Kau bukan orang gaji kitorang...aku tak jahat nak layan kau macam hamba."

"Mana ada layan macam hamba. Iman dah biasalah buat kerja rumah ni. Encik Qallif ni..." Iman berkata sambil mencuci pinggan-pinggan kotor itu.

"Hmm...selalu kau begini ke kat rumah?"

Iman mengangguk.

"Cuci kain,masak,basuh pinggan dan semualah...Iman dah biasa buat."

"Oh wow! Kau memang pandai berdikari. Ibu kau?"

Iman berhenti seketika sebelum melepaskan tawa pahit.

"Ibu Iman dah takde."

"Oh...emm maafkan Qallif."

"Hahaha takpe Iman ok."

"Emm...boleh tak kalau lepas ni kau jangan panggil aku Encik Qallif?"

Iman memandangnya.

"Jangan tengok aku macam tu. Tengok pinggan tu sono."

Iman turut saja.

"Habis tu nak panggil apa? Qallif atau awak?"

Panggil sayang...

Terus Qallif tersentak bila hati berkata sedemikian.

"Mana-mana je asalkan bukan encik. Boleh?"

"Okyy..."

"Qallif!Keluar jap. Ibu ayah kamu datang!"

Hampir tercabut jantung Qallif tahu ibu ayahnya ada di situ. Kenapa tak bagitahu nak datang? Mesti nak cakap benda sama lagi. Qallif lagilah sakit kepala bila teringat ada Iman di rumah itu.

??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience