[11]

Romance Series 4223

?

PLEASE VOTE AND COMMENT.
___________________________________
Keluar sahaja dari ruangan itu,Iman terus ke pantri. Mungkin Qallif stres jadi dia nak buatkan kopi untuk Qallif. Dia tak kisah pun pasal Cantara. Dia tahu yang dia tak boleh ugut atau bagi kata-kata yang tak baik. Tapi dia terkejut bila tangannya dipegang Cantara.

"Kenapa kau kejam sangat?"Cantara bernada sedih. Iman berkerut dahi.

"Apa saya buat? Saya tak buat apa-apa pun kat awak."

"Kalau kau tak buat apa-apa,kenapa aku sampai kena ugut oleh bos pasal kau je?"Matanya berkaca.

"Astafirullah...saya tak pernah mengadu pun kat dia. "

"Kau tau tak aku hampir kena pecat?"marahnya.

"Tak. Tak tahu pun. Sekarang baru tahu lepas awak bagitahu saya."Iman memandangnya tenang. Cantara pula sakit hati. Biasalah...orang tengah marah kan? Kan kan kan?

Iman memegang kedua-dua bahu Cantara.

"Awak...awak kena berubah. Saya faham awak cintakan abang Qallif tapi awak tak boleh bersikap macam ni."

"Aku dah buat banyak perkara nak tarik perhatian dia tapi dia...dia tak layan aku pun."Cantara betul-betul kecewa. 5 tahun dihadapinya bukan benda yang mudah. Nak move on? Awak fikir senang ke?

" Cantara, boleh tak saya tahu nama panjang awak?"

"Kau nak buat apa? Santau aku?"Cantara menjongketkan keningnya.

"Ish...awak ni...saya rasa susahlah nak sebut nama awak Cantara tu. Santau apanya...jangan main tuduh jelah. Saya tak suka." Iman berterus terang.

" Cantara Adrina."

"Hmm...saya panggil awak Rina jelah. Nama awak Cantara tu macam orang barat. Boleh?"

Cantara memandangnya. Iman kelihatan baik tapi egonya membuat dia sukar untuk berkawan dengan orang lain selain 2 orang sahabat diva yang memang memberi pengaruh buruk kepadanya.

"Hmm,yelah."

Iman memegang kedua-dua tangan Cantara. Cantara hanya diam memandang Iman.

"Awak...saya cuma nak tegur. Pemakaian awak agak melampau. Aurat awak terdedah sangat. Bol--"

"Pakai tudung macam tu?Pakai jubah macam kau?"sampuknya sudah dapat mengagak apa yang Iman cuba sampaikan.

"Tak pakai jubah pun takpe. Saya pakai jubah sebab ini je baju saya ada. Tak kisah macam mana pun yang penting aurat terjaga." Iman pakai jubah bukannya kerana itu saja pakaian yang menutup aurat tapi itu je yang dia ada. Cantara melepaskan tangan Iman.

"Ak...aku tak layak nak pakai benda-benda macam tu. Aku..aku hina."Cantara membelakangi Iman. Iman berkerut dahi.

"Apa maksud awak? Tiada peraturan pun yang menentukan awak layak atau tidak. Yang penting,keikhlasan."

Cantara memandang Iman kembali.

"Tapi...masa lalu aku. Masih macam sekarang."dia tunduk. Segera Iman menarik Cantara untuk duduk di situ.

"Cuba awak cerita kat saya. In Sha Allah saya boleh bantu. Tidak salah awak mulakan langkah pertama dengan berkongsi."Iman tenang sahaja. Dah tak jadi nak buatkan Qallif kopi...hiks.

"Tak payahlah tahu. Aku tahu kau akan hina aku je tu. Aku nak sambung kerja." Cantara berdiri nak meninggalkan Iman. Tapi terbantut bila Iman berkata sesuatu sebelum dia pergi.

"????????? ?????????? ???????? ???? ????? ???????? ?????? ?????? ?????? ???????? ????'?? ???????? ?????? ?????? ???? ??????? ????."

Cantara yang hanya terdiam. Iman pergi meninggalkan dia sendiri termenung.

??????

Iman yang sampai di meja itu hanya tenang. Rasa tak penat sangat sebab tak banyak fail pun hari ni. Kebetulan ada Izzat di situ,dia pun minta tolong Izzat hantar kopi tu kat Qallif. Izzat hairan juga sebab selalunya Qallif tak pernah tiba-tiba marah macam tu. Terkejut juga dia bila Iman cerita macam tu.

Cawan kopi diletakkan di atas meja. Qallif sedang mengelamun fikir apa pun hanya author yang tahu(hiks..).

"Kau dah kenapa? Kau tau tak Iman macam kecewa pun ada kau tengking dia macam tu? Atau dia memang lemah lembut aku pun tak tahulah."Izzat duduk di hadapan Qallif. Diorang ni rapat macam adik-beradik dah. Izzat kasar macam mana pun,Qallif tetap sayang dia macam adik.

"Aku ingat someone."Qallif masih beriak kosong. Izzat pula main dengan pen kat meja tu. Neck tie dilonggarkan sedikit sebab dia memang tak suka pakai tie. Butang baju atas dibuka untuk memudahkan dia bernafas. Rasanya siapa sahaja yang melihatnya sekarang mesti melting. Hot kemain.

"Siapa lagi ni?"

"Sofea."

Membulat mata Izzat. Ya,dia tahu kisah Qallif. Dah 8 tahun bersama bagaimana tidak kan?

"Kenapa kau nak ingat dia balik? Dia dah takde kan."Izzat buat-buat tenang sedangkan dia tahu Qallif pernah mengalami depression sebab dia kata tu salah dia sebab tak nak tolong. Entah masih hidup atau tidak perempuan itu sekarang.

"Itu cuma arahan Khalid. Kau tahu itu,jangan nak buat aku tenang dengan perkataan 'dah takde' tu."Qallif bengang sikit. Dia masih rasa tak aman.

"Habis tu yang kau tengking si Iman kenapa?"hairan Izzat. Sofea ialah Sofea. Buat apa nak buat orang lain pula yang terasa kan?

"Betul kata Khalid. Diorang serupa tapi tak sama. Aku cuma teringat Sofea kalau aku berdepan dengan Iman. Aku tak boleh. Aku makin rasa lemah."keluh Qallif.

"Aku cuma nak cakap,yang lalu biarlah berlalu. Lagipun kau takde buat salah pun. Kau yang suka sangat menyalahkan diri sendiri. Aku tahu dalam hati kau,kau sayang Iman. Sayang macam mana aku tak tahu sebab itu perasaan kau bukan aku. Maybe kau sayang dia macam adik sebab kau tak nak dia kena ganggu orang. Tapi,Sofea ialah Sofea. Iman ialah Iman. Dua manusia yang berbeza tapi ciptaan Allah yang memang akan diberi ujian. Ini ujian kau. Kau memang dah berubah dari segala kejahilan lama kau tapi kurangnya adalah kau tak cuba berfikir dengan baik. Kenapa nak salahkan diri kita bila orang lain yang buat salah? Aku cuma harap kau jangan fikir Iman dan Sofea tu serupa. Bila macam tu,kau akan dapat lupakan masa lalu kau. Ingat,itu bukan salah kau."panjang lebar Izzat berucap. Qallif sedar tapi dia tidak dapat berhenti berfikir pasal Sofea.

"Kalaulah ak--"

"Shhh...kau tak payah nak menyesal apa-apa. Aku tak nak dengar semua perkataan 'kalau' tu. Nanti kau minta maaf kat Iman. Aku nak keluar." Izzat keluar macam tu je. Qallif pula tak tahu nak buat macam mana. Masalahnya,kalau dia dekat dengan Iman,dia akan mesti rasa nak mesra. Tapi betul kata Khalid,batas antara lelaki dan perempuan perlu dijaga. Dia pula duk suka sakat Iman. Haih...tak boleh macam ni....

Petang tu, Qallif berbelah hati ingin membawa Iman balik sekali atau tidak. Akhirnya dia suruh Izzat yang hantarkan. Tapi bila Izzat ajak Iman,

"Eh tak naklah...saya ikut teksi jelah."tolaknya.

"Eik...kenapa pula? Ini arahan Qallif. Ikut jelah. Saya bukannya buat apapun." Izzat ajak pun susah sangat nak terima. Haih...

"Takpe...saya ikut teksi je. Nanti pak cik tu hantarlah balik rumah."

" Iman,apa beza saya dengan pak cik? Dua-dua lelaki kan. Saya ni kan rakan sekerja awak,apa salahnya?"

"Awak ni ....memaksalah."

"Saya malas tau nak cakap baik-baik ni...bagus awak dengar je cakap saya. Qallif suruh,ikut jelah."

"Ok fine. Abang Qallif mana?" Iman hairan. Kenapa tak nak balik sekali je?

"Dah balik. Cepatlah."

Iman mengemas barang-barangnya pantas.

??????

Tanpa ditunjuk arahnya Izzat memang dah tahu selok-beloknya. Izzat tak banyak cakap masa dalam kereta tadi sebab Iman ni macam pekak je kat belakang tu.

"Terima kasih sebab hantar saya."

"Hmm..sama-sama."Izzat keluar dari kereta sebab nak check tayar. Entah terlanggar apa tadi.

"Eh Iman! Kenapa tak balik dengan abang sekali? Pagi tadi pun sama...pelik." Huda tiba-tiba menerjah datang. Iman sikit je nak melatah. Yelah,tiba-tiba bersuara pastu tepuk bahu orang...

"Entah abang Qallif tu. Tiba-tiba je pelik semacam. Ni hah nasib dia suruh juga Izzat hantar Iman. Kak,abang Qallif dah kat rumah ke?"

Huda mengangguk.

"Eh,awak yang tadi kan...emm..apa tu hah! Naziilatul kan?"agak Izzat. Iman pula diam je. Why Naziilatul?

"Oh ye saya. Awak ni Izzat yang tolong saya pagi tadi kan? Terima kasih tolong saya dua kali hari ni." Huda mengukir senyuman.

"Hah? Dua kali? Bukan sekali je ke?"Izzat pelik. Setahunya hanya sekali dia bertemu dengan manusia tu hari ni.

"Pertama kali,hantar breakfast untuk Iman. And the second time,tolong hantar Iman pulang. Anything about Iman,semua saya akan berterima kasih. Dia ni dah macam adik saya." Huda merangkul bahu Iman. Iman tersenyum di balik niqab.

"Hahaha...oklah. Tak elok saya berborak dengan korang masa dah nak maghrib ni. Saya pergi dulu. Assalamualaikum. "

Mereka mengangguk.

"Waalaikumusalam."dijawab serentak.

Kereta Proton Saga milik Izzat dipandu laju. Hilang dari pandangan barulah mereka masuk.

??????

"Eee kau tahu anak si Subainah tu,baru je kena tangkap polis sebab nak rogol orang. Eee geram aku. Subainah tu tak ajar anak dia ke agama?" mulut paling bau bawang bersuara. Mak  Husana ni kalau pasal gosip-gosip kat sana memang no.1 tahu semuanya.

"Iya...tulah. Heish...kalau aku,semua dengar cakap kau tau..huh."ni lagi partner dia,Mak Bedah. Fuh...nama je kat bandar tapi gaya macam mak cik bawang kat kampung sampai satu kampung heboh.

"Wii wii...siapa tu?"Mak Husana menundingkan pada gadis dalam rangkulan Huda.

"Tu...kan Huda."

"Bukan tulah tolol. Yang dia peluk tu. Berpurdah bagai...ceh,nak tayang alim lah tu. Wiii lelaki tu pula siapa? Eeee mesti si Huda punya boypren ni...ceh,Qallif dah kuat agama tapi sayang,tak bawa diorang taubat sekali. Dah maghrib macam ni pun jumpa-jumpa. Ceh!"

"Wiii lelaki tu balik dah. Siapa pula pompuan tu?"Bedah sibuk nak tahu.

"Hah! Dia masuk! Dia ikut masuk!"Husana ni nak buat orang salah faham.

"Eee...Qallif nak rupanya serumah dengan perempuan. Eeee..."

"Nanti kita cerita kat lain. Mana boleh serumah dengan perempuan bukan mahram....ceh,rupanya Qallif pun teruk. Sama je macam Su. Hish..."

Mereka berdua pergi dari situ. Mulut? Kau rasa dapat berhenti ke?

??????

Dear readers,saya cuma nak kata yang beberapa ayat yang saya letak kat sini,certain adalah milik channel telegram @islamic_diary. Saya suka baca benda-benda dakwah or teguran macam tu dan saya dah minta izin dari pemilik dia. Followlah acc dia dxhlixv. Nak followback,boleh minta kat MB dia. Support citer dia tau??.By the way,kalau awak nak tahu mana satu ayat dia,font dialah yang paling unik kat citer ni??.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience