BAB 1

Romance Completed 1750

Deringan jam loceng yang amat membingitkan telinga telah memecah kesunyian dan ketenangan tidurnya pagi itu. Dia menggeliat perlahan, masih terasa beban kepenatan setelah seharian memerah otak untuk menyiapkan assignment. Dikerlingnya pada jam di sebelah katilnya, emm..sudah hampir pukul lima pagi. Dia mengucapkan kalimah syahadah perlahan..aku masih dipanjangkan umur..syukur Alhamdulillah!

Dia bergerak perlahan ke bilik air dan mengambil wudhuk..dicapainya telekung sembahyang yang diletakkan bersebelahan dengan meja studynya… dia tersenyum memandang pada satu wajah yang sedang lena diulit mimpi. Imani, teman sebiliknya itu kelihatan letih sekali tetapi hatinya tenang apabila melihat wajah yang tidak pernah jemu mengukir senyuman kepada sesiapa sahaja. Andai temanya itu tidak mengalami keuzuran, dia pasti pagi yang hening ini akan diisi dengan alunan suaranya membaca al-quran…Imani, terima kasih..kerana persahabatan yang kau hulurkan..

Dia bersembahyang sunat dua rakaat..seusai solat, dia kembali membuka laptop dan menyambung kembali assignment yang masih belum siap sejak tiga hari yang lepas. Dia memandang pada diari yang menyimpan segala hal yang penting tentang dirinya. Emm…lagi dua hari assignment ini akan dihantar kepada Encik Mubarak. Sempatkah? Dia mencongak sendiri..insya-allah..andai aku berusaha lebih, pasti akan disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Dia memberi motivasi kepada diri sendiri.

Namun, entah mengapa hatinya terasa untuk menyambung kembali novel yang sejak tiga bulan lepas masih belum sempat disiapkan. Dia terasa idea untuk menulis kembali membuak-buak…

Ish..time aku nak siapkan assignment, banyak la pulak idea nak keluar..dia akhirnya mengalah dengan desakan parasaan. Apa yang terbuku dalam kepalanya harus diluahkan pada skrin laptop..dia menutup folder assignment dan kembali membuka folder ‘cerpen dan novel’ yang terkandung berpuluh-puluh cerpen karyanya.

Tanganya berhenti menulis tatkala azan subuh berkumandang memecah kesunyian kolej kediaman Perkasa pagi itu. Suara itu! Dia tersenyum sendirian…laungan azan yang dialunkan cukup menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Dia pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dan airmatanya hampir menitik saat pemuda tersebut menceritakan detik-detik kewafatan Nabi Muhammad. Selama ini bukan dia tidak pernah membaca buku tentang kisah sedih tersebut tetapi airmatanya tidak pernah tumpah. Mungkin juga disebabkan oleh lunak suara dan kesungguhan dalam menyampaikan ceramah, pemuda tersebut berjaya membuatkan ceramah yang disampaikan begitu terkesan di hatinya sehingga kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience