BAB 13

Romance Completed 1750

“ Kak Aryanna …Abang Muzammil call…”

Terdengar laungan daripada Amina. Adik sepupunya yang sedang sibuk mengubah hantaran untuk perkahwinanya. Dia bergerak perlahan menuju kearah meja kecil yang berada di satu sudut yang agak tersorok di penjuru rumah.

“ cepatlah akak..Abang Muzammil dah lama tunggu..”

Amina mengeyitkan mata, mahu mengusiknya. Dia hanya tersenyum.

“ assalamualaikum…”

“ waalaikumussalam wahai bidadari hati…”

Dia tersenyum. Senang mendengar ungkapan yang keluar daripada mulut bakal suaminya itu.

“ Aryanna tengah buat apa?”

“ tolong tengok orang buat kerja…”

Dia berterus terang. Bukan tidak mahu tolong tetapi ramai yang menegahnya untuk berbuat demikian. Kata mereka, bakal pengantin harus merehatkan diri…ada-ada sahaja.

“ macam letih je tugas Aryanna tu…”

Dia dan Muzammil sama-sama tergelak. Begitulah Muzammil, lansung tidak sama dengan tingkahlaku sewaktu dia kenal pemuda tersebut di kampus. Muzammil..seorang yang agak kelakar dan suka mengusiknya..kadang-kadang dia terasa mahu menangis kerana diusik keterlaluan.

“ Aryanna …”

Dia terasa pelik. Agak perlahan namanya dipanggil Muzammil..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience