BAB 8

Romance Completed 1750

Dia terasa betul-betul hampa. Aryanna hanya tunduk memandang kasut yang dipakainya. Dia tahu dia yang bersalah dalam hal tersebut, dia tidak seharusnya mengundang kemarahan Safwan. Sudah dua tahun dia bekerja di bawah Safwan, dan hari ini adalah pertama kali kemarahan Safwan padanya tidak dapat dibendung. Dia hanya mengangkat kepala saat pintu bilik mesyuarat dihempas kuat.

“ Aryanna, kau jangan tertekan sangat. Sebenarnya Safwan dah berusaha keras untuk aturkan temujanji kau dan Encik Rosman, katanya majalah kita pada bulan ni akan jadi gempaq..iya la..kau pun tahu kan, reputasi Encik Rosman amat tinggi sekarang. Kalah pakar motivasi kesanyangan kau..Dato’ Fadilah Kamsah!”

Bibirnya terukir senyuman tatkala Mimie menyebut nama Dato’ Fadilah Kamsah. Baginya, kesalahan yang dilakukannya itu memang tidak seharusnya berlaku kerana dia telah memegang peranan sebagai wartawan majalah kolej sejak di semester satu. Seharusnya, dia lebih professional dalam melaksanakan tugas. Aduh..sukarnya mahu menjalani kehidupan ciptaanmu tuhan! Bagilah aku kekuatan…

“ aku tahu silap aku Mimie. Ada masa nanti, aku akan minta maaf ngan Safwan. Insya-allah aku akan jumpa Encik Rosman secepat mungkin..aku janji..”

Mimie tersenyum kelegaan…dia memandang tepat pada wajah yang banyak menyimpan rahsia. Tidak banyak yang dia tahu tentang gadis tersebut. Aryanna lebih senang bersifat low profile walaupun mempunyai saham yang agak tinggi di Kolej tersebut. Setiap semester gadis tersebut pasti tidak terlepas untuk mengambil anugerah dekan. Sifatnya terlalu bersederhana dalam apa jua hal. Dan, yang paling penting gadis itu mampu menjalinkan ukhwah tanpa mengira batasan..semua orang di mata Aryanna adalah sama. Katanya, setiap umat islam adalah bersaudara….

“ ya allah..aku lupa Aryanna …semalam Muzammil titipkan salam buat kau”

Aryanna tersentak. Terasa mukanya merona kemerahan. Dia tersenyum perlahan untuk menutup rasa malu yang sudah menguasai diri.

“ bila dia jumpa kau?”

Dalam debar dan malu, dia masih mahu bertanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience