BAB 9

Romance Completed 1750

“ semalam..lepas habis menyuarat jawatankuasa surau..emm…Aryanna, kau ada dengar gossip pasal Muzammil tak?”

Suara Mimie agak perlahan saat ayat itu dituturkan. Dia mengerutkan dahi. Pemuda sebaik Muzammil ada gossip? Agak menarik…

“ ramai budak kolej cakap yang Muzammil akan berkahwin…”

Demi tuhan..jantungnya terasa seperti ditikam saat perkhabaran itu diterima. Namun, dia cuba berlagak seperti biasa.

“al-hamdulillah…Muzammil mahu mendirikan masjid. Kita patut mendoakan kebahagiaan dia..”

Hanya itu yang mampu dia tuturkan. Dadanya terasa sebak. Betul apa yang kau cakapkan Imani..aku tidak ada jodoh dengan Muzammil..

“ tapi. aku pelik. Aku tengok dia macam baik dengan kau..tapi kenapa mahu berkahwin dengan orang lain..”

Mimie menyoal tanda kehairanan. Dia menyabarkan dirinya sendiri…

“ Mimie, jodoh pertemuan di tangan Allah..mungkin aku ada pertemuan dengan Muzammil tetapi aku tidak ada jodoh dengan dia. Mungkin juga, aku ada jodoh dengan bakal suami aku tetapi tidak ada pertemuan dengannya. Mimie, allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..dan sebagai hambanya, kita perlu terima dan redha..”

Dia bergerak perlahan, melalui meja makan yang diduduki oleh Muzammil dan teman-temanya. Tidak ramai yang berada di kafe pada hari ini. Maklumlah, cuti pertengahan semester telah bermula. Dia terasa agak berat untuk pulang ke kampung. Untuk itu dia tidak terus balik ke kampung, mahu tinggal di kolej untuk sehari dua lagi. Biarlah segala persiapan pertunanganya dibuat oleh ibu dan adik-beradiknya. Hatinya terasa amat sedih apabila matanya bertembung dengan panahan mesra mata Muzammil …aku bakal milik orang lain Muzammil..hatinya dipagut rasa menyesal yang teramat. Kenapa aku tidak membantah? Dan kau juga bakal menjadi pemimpin kepada gadis lain..jika benar apa yang diperkatakan oleh teman sekolej.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience