BAB 5

Romance Completed 1750

Dia membalas ihklas. Dipandangnya wajah pemuda tersebut yang tidak lekang dengan senyuman. Lesung pipit yang berada di sebelah pipi kirinya menjadikan wajah Muzammil semakin kacak..aduh..ibu, anakmu ini sudah tertawan!

“ ok..terima kasih dengan kerjasama awak..hati-hati”

Dia berlalu dengan senyuman yang tidak lepas dari bibir. Siapa yang tidak gembira? Dapat ucapan ‘hati-hati’ daripada lelaki idaman seperti Muzammil …aduh..ibu, anakmu ini sedang angau! Pingangnya dicuit mesra oleh Imani yang sudah senyum mengusik ke arahnya.

“ Umai..aku rasa Muzammil tu sukakan kau la…”

“kenapa kau cakap macam tu Imani ?”

Hatinya berdebar. Kenapa aku berperasaan macam ni? Seperti ada yang menganggu perasaan.

“ entah..hati kecil aku dapat rasakan dalam mata Muzammil ada tersembunyi satu perasaan yang sukar untuk diterjemahkan..”

Nah..pendebat Universiti telah memberi jawapan yang amat sukar untuk ditafsirkan. Nasib kau la Umairah..dapat kawan yang sentiasa berpuitis dalam kata-kata.

“ perasaan cinta?”

Dia sengaja mahu mengusik Imani tetapi sahabatnya itu hanya mengangguk…

Betulkah?

Dia meletakkan perlahan talefon yang sejak dari tadi masih berada di gemgamanya. Airmatanya mengalir perlahan. Dia sedang bersedih! Dia tahu perasaanya bagai ditikam belati yang tajam…ibu telah mempunyai seseorang yang akan dijadikan bakal suaminya. Dan dia tahu, lelaki itu pastinya bukan Muzammil !

“ Muslim lelaki yang baik. Ibu percaya dia pasti dapat membahagiakan Aryanna. Ibu mahu Aryanna mendapat lelaki sebaik dia untuk dijadikan seorang suami…abah mahu Aryanna balik minggu depan untuk pertunangan kamu..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience