BAB 3

Romance Completed 1750

Aryanna …bukankah itu impian kau selama ini? Mahu Muzammil tahu tentang kewujudannya dimatanmu…sekatika, dia kembali tersenyum. Allah sudah makbulkan doanya sejak dua tahun lepas!

Isnin?haa..esok?

‘ Wahai Manusia' Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu

dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang

biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan

mempergunakan namanya' kamu saling meminta antara satu sama lain, dan

peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan

mengawasi kamu.’

(Surah An-Nissa': 1)

Dia tunduk. Mahu memahami secara dalam ayat yang disampaikan oleh Asyraf sebagai pengakhiran ceramahnya. Malam ini Muzammil bercakap tentang pandangan islam terhadap wanita, hak-hak wanita dan kedudukan wanita dalam islam. Hatinya tersentuh saat pemuda tersebut melaungkan azan…isyarat waktu untuk solat isyak telah tiba. Ya allah…pemuda itukah yang aku perlu jumpa esok? Bagaimana ya allah…apakah tanggapanya kepadaku esok…layakkah aku bercakap dengannya? Hatinya secara tiba-tiba dipagut rasa gundah yang bukan sedikit. Hatinya juga terasa sebak, entah mengapa dia terasa bagaikan ada ikatan yang terlalu kuat dan kehadiran Muzammil dirasakan terlalu bermakna. Akukah yang terlalu hanyut dalam cinta sesama manusia? Berdosakah aku, ya allah?

“ Umairah…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience