BAB 7

Romance Completed 1750

Dia memandang tepat pada wajah yang penuh dengan ketenangan tersebut. Imani seperti cuba untuk mengukir senyuman padanya walaupun amat jelas kelihatan begitu hambar sekali. Tangannya semakin digemgam erat.

“ Umai..jangan jadikan cinta sesama manusia sebagai ukuran kekuatan dan kelemahan kau…aku yakin, kau mampu mengusir perasaan sayang di hati kau untuk Muzammil secara perlahan-lahan. Jadilah anak yang solehah..anak yang sentiasa membahagiakan kedua orang tuanya. Kau beruntung Umai..masih mempunyai ibu bapa untuk kau terus berbakti kepada mereka, bahagiakan mereka..aku? aku hanya ada al-quran yang dapat mendekatkan aku dengan mak dan ayah aku…kadang-kadang aku alpa untuk sedekahkan al-fatihah…”

Ayat Imani mati di situ. Dia sudah tenggelam dalam tangisan yang ditahanya sejak tadi. Umairah memeluk perlahan tubuh Imani. Andai menangis dapat melegakanmu…teruslah menagis Imani …ya allah, semoga Imani menjadi sebahagian daripada wanita-wanita hebat yang tidak lekang di ujimu…

Andai benar, tiada jodoh antara aku dan Muzammil …demimu ya allah..aku redha…

“ Aryanna..kau ada masalah ke?”

Dia tersentak saat ayat itu diturkan oleh Safwan. Dia hanya menggeleng.

“ abis tu kenapa ayat kau banyak tak kena? Ejaan banyak salah! Soalan yang ditanya entah apa-apa..kau aturkan temujanji dengan Encik Rosman sekali lagi. Aku betul-betul tak puas hati dengan kerja kau kali ni. Aku tahu kau ada masalah tapi kemana hilangnya sifat professional kau selama ni?”

Safwan terasa seperti mahu ditelan hidup-hidup wajah di hadapanya itu. Dahlah mahu dapatkan temujanji dengan Encik Rosman, salah seorang kaunselor di Universitinya itu amat sukar. Tetapi, bila dah dapat..Aryanna dah hancurkan segalanya! Hampir tiga tahun bekerja dengan Aryanna, serasanya gadis itu tidak pernah mengundang masalah kepadanya. Tetapi, pagi ini gadis itu telah membuatkan dia merasakan mahu melempar semua kertas-kertas yang berada di hadapanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience