BAB 2

Romance Completed 1750

Muzammil …itulah nama pemuda yang seringkali berjaya menambat hati mahasisiwi di kolej kediamanya. Orangnya agak pendiam dan terlalu berhati-hati dalam pergaulan. Dia bersifat sederhana dan yang pastinya kehadiranya di mana-mana sudut kolej pasti mengundang mata-mata perempuan ke arahnya! Dia? Dia juga merupakan salah seorang daripada mahasiswi yang mengagumi pemuda yang penuh dengan sifat-sifat yang di dambakan oleh seorang wanita dia tersenyum keseorangan dan matanya seakan terpaku tatkala melihat jam yang berada di sebelahnya...

Ya allah..dah hampir enam setengah! Dia cepat-cepat berlari kearah bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat subuh… pasti syaitan bersorak riang pagi ini..berjaya melalaikan seorang lagi anak adam..lewatkan solat!

“ apa? Aku kena menemuramah Muzammil ?”

Safwan hanya mengangguk. Dia memandang pelik wajah Aryanna di hadapanya. Aku suruh temuramah Muzammil, bukannya temuramah hantu..pelik apabila melihatkan wajah Aryanna yang nampak terkejut teramat sangat. Serasanya ramai mahasiswi akan tersenyum kesukaan apabila dapat berdekatan dengan pemuda sebaik Muzammil..tetapi, kenapa Aryanna tidak mahu?

“ tak nak la Safwan …aku takut..kenapa tak suruh Talha ?”

“eh..kenapa dengan kau? Kenapa takut dengan Muzammil ? Dia ok la..ini memang tugas kau sebagai wartawan majalah kolej..aku dah bagitahu dia yang kau akan temuramah dia hari isnin ni..take note..aku tak nak kau lupa. Muzammil tu terlalu busy..susah nak ambik masa dia..”

Dia hanya mengangguk. Risaunya hati aku! Selama lima sem dia kat sini, sekalipun Muzammil tidak pernah tersenyum padanya walaupun dia selalu mensedekahkan senyuman manisnya pada pemuda tersebut…tetapi dia tidak pernah berkecil hati, dia tahu orang seperti Muzammil tidak akan senang-senang bermain mata dengan perempuan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience