BAB 6

Romance Completed 1750

Dia sudah teresak di penjuru bilik. Lemahnya aku..ya allah..kurniakan aku segunung kekuatan. Aku mahu jadi anak yang solehah..yang memenuhi setiap kata-kata ibu dan abah..tetapi, kenapa hati aku sungguh sedih dengan permintaan ibu dan abah kali ini?

Adakah kerana perasaan sayang dan harapan telah diberikan kepada orang lain?

“ kenapa ni Umai?”

Bahunya disentuh lembut. Dia tidak sedar kehadiran Imani di bilik mereka. Setahunya, Imani telah ke kafe sejak tadi. Emm..mungkin aku tidak sedar.

“ ibu…..”

Hanya itu yang mampu dia luahkan. Sungguh..aku lemah dalam percaturan ini..

“ kenapa dengan ibu? Kenapa Umai…”

Bahunya telah digoncang dengan kuat. Dia semakin tersesak. Dipeluknya tubuh Imani dengan kuat.

“ ibu mahu aku bertunang minggu depan..dengan lelaki pilihanya. Aku terlalu sedih..”

Saat ayat itu dituturkan, dia melihat ada deraian air mata di pipi sahabtnya itu. Imani mengemgam erat kedua tanganya, mahu member kekuatan kepadanya. Walaupun air mata Imani tidak henti mengalir tetapi tangan lembut itu tidak pernah berhenti untuk menyapu titisan air mata yang mengalir di pipinya…indahnya sifatmu Imani …

“ Umai..jangan terlalu bersedih. Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kekuatan hambanya. Kau perlu rehda dan terima semua ni. Aku yakin, semua yang berlaku ada hikmahnya..kau bersabarlah..”

“ Imani …aku dah letakkan perasaan aku kepada Muzammil. Kau pun tahu kan?bagaimana aku tidak pernah jemu untuk berdoa..agar pintu hati Muzammil terbuka untuk aku. Dan sekarang? Bila Muzammil sudah mula dekat dengan aku..aku perlu lepaskanya..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience