BAB 10

Romance Completed 1750

Ya allah..apa yang aku fikirkan ni? Dia cepat-cepat beristigfar dalam hati. Berdosakah aku ya allah..kerana mahu melawan ketentuanmu…

“ Aryanna …”

Suara itu!

Dia mempercepatkan langkah. Tidak mahu hatinya gundah sekali lagi…biarkan aku Muzammil …biarkan rasa cinta di hati ini pergi perlahan-lahan..

“ Aryanna !”

Kali ini kakinya tidak dapat lagi melangkah. Nada suara itu terlalu kuat, masakan dia boleh berlagak tidak dengar?

Dia menoleh. Muzammil hanya tersenyum ke arahnya. Dia tidak berupaya untuk membalas. Ya allah..padamkan rasa sayang ini terhadapnya..aku sayang kepadanya keranamu ya allah..dan aku perlu hilangkan rasa sayang ini jua keranamu…

“ kenapa masih ada kat sini? Tak balik kampung?”

“ balik…lagi tiga hari..”

Dia lihat ada riak terkejut pada wajah Muzammil. Senyuman yang terukir pada wajah itu padam serta merta. Mengapa?

“ kenapa balik lambat?”

Soalan daripada Muzammil semakin menyesakkan perasaan. Ketahuilah olehmu Muzammil..kepulanganku ke kampung akan membuang semua rasa sayang di hati ini kepadamu…

“ ada beberapa artikel yang perlu saya siapkan..saya pergi dulu Muzammil..selamat tinggal..”

Airmatanya seakan mahu menitik. Muzammil hanya tersenyum mamandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience