BAB 14

Romance Completed 1750

“ walauapapun yang berlaku Muzammil nak Aryanna terus berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada semalam. Muzammil mahu Aryanna menjadi bidadari Muzammil..bukan hanya di dunia tapi akhirat juga..”

Hatinya tersentuh dengan ungkapan yang Muzammil berikan. Begitu tinggikah rasa sayang Muzammil padanya?

“ sebenarnya, Muzammil sudah tahu yang kita telah dijodohkan sejak kecil lagi. Untuk itu, Muzammil sanggup menyambung master di Universiti yang sama dengan Aryanna..Muzammil mahu dekat dengan Aryanna walaupun Muzammil tahu Muzammil tidak boleh melampaui batas. Hanya tuhan yang tahu perasaan Muzammil bila Muzammil hanya mampu memandang Aryanna daripada jauh…Aryanna, cinta Muzammil untuk Aryanna adalah kerana allah..”

Demi tuhan..dia terkejut mendengar apa yang diluahkan oleh Muzammil. Kenapa ibu dan abah tidak pernah memberitahunya tentang perkara tersebut? Andailah Muzammil tahu..aku jua telah lama menyimpan rasa sayang padanya sejak pertama kali dia mendengar pemuda tersebut melaungkan azan subuh di hari pertama dia memulakan kuliah pada semester pertama….

“ terima kasih Aryanna..kerana menerima Muzammil dan menerima apa yang telah ditetapkan oleh keluarga..”

Terdengar ada esak pada akhir kata-kata tersebut. Aryanna tergaman. Muzammil menangis?

“ Muzammil..kenapa ni? Aryanna terima Muzammil juga kerana allah..dan, demi allah..Aryanna sayang pada Muzammil …”

Klik! Talian telah dimatikan. Dia kebingungan. Akukah yang salah?

Perlahan dia menyiram air mawar di kuburan Muzammil..tenanglah dikau di alam sana sayang…disapunya perlahan air mata yang mengalir di pipi. Masih terbayang di mata saat wajah itu memberikan senyuman ikhlas…aku akan merindui laungan azan dan ceramah yang kau sampaikan…

Muzammil..terima kasih..walaupun, impian kita untuk menjadi suami isteri tidak kesampaian…tetapi aku tetap bersyukur..sebab aku tahu aku pernah menjadi pilihan hatimu untuk dijadikan permaisuri…

Rasa cinta dan sayang ini akan aku simpan…semoga impian kita akan kesampaian…menjadi permaisuri hatimu di alam sana….

Sudah seminggu Muzammil pergi dan setiap hari dia akan ke sini..untuk mengubat kerinduan yang bertandang di hatinya. Muzammil ditikam saat mahu menyelamatkan seorang makcik yang diragut. Muzammil menghembuskan nafasnya di saat jarinya dipakaikan inai..lagi empat belas jam mereka akan dinikahkan!

Muzammil..Aryanna balik dulu ya..insya-allah..esok Aryanna datang lagi ke sini. Aryanna sayangkan Muzammil …tetapi Aryanna tahu, allah lebih sayangkan Muzammil …airmata yang mengalir disapu perlahan. Muzammil..kita ada pertemuan tetapi jodoh kita tidak kesampaian…

Dia bergerak perlahan meninggalkan insan kesayanganya..biarlah kau bersemadi dengan tenang…dia mendakap erat surah yassin di dadanya..dipandangnya langit yang membiru..

Kuatkan semangatku ya allah!

Gang…! Sebuah kereta dari arah yang bertentangan tetiba melanggarnya, dia terpelanting ke tengah-tengah jalan raya….

Pandangan Aryanna tiba-tiba kelam…..perlahan-lahan matanya layu dan tertutup rapat…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience