BAB 11

Romance Completed 1750

“ tak perlu ucapkan selamat tinggal…insya-allah, kita akan jumpa lagi. Hati-hati..”

‘hati-hati’…ungkapan itu selalu dititipkan buatnya dalam nota atau messege..dia tidak tahu apa perasaan Muzammil terhadapnya tetapi dia amat faham tentang perasaanya sendiri..

Sesungguhnya, dia menyintai lelaki itu. Lelaki itu yang selalu dia doakan dalam solatnya. Lelaki itu yang selalu dia mimpikan selepas solat istikarah…ya allah..tidak cukup kuatkah doanya selama ini? Terlalu kerdilkah aku untuk berdampingan dengan insan sebaik Muzammil ? Akukah insan yang tidak pandai bersyukur dengan takdirmu?

Dia menyarungkan jubah putih ke tubuhnya. Cantik jubah ini..kata ibu, jubah ini pemberian Muslim, bakal tunangnya itu mahu dia berpakaian seperti ini selepas mereka dinikahkan. Dia menangis keharuan..sesungguhnya allah telah menetapkan yang terbaik buatnya..betul kata Imani, Muslim seorang yang soleh dan baik…jika tidak, pemuda tersebut tidak akan mengambil keputusan untuk melamarnya sebelum mengenalnya. Imani, terima kasih kerana sentiasa mendoakan kebahagiaanku….semoga dirimu jua akan dipertemukan dengan insan yang dapat membahagiankanmu…insya-allah..

Bukankah itu doanya? Agar dipermudahkan jodoh dengan seseorang yang dapat membimbingnya menemui jalan ke syurga akhirat….syurga dunia ini hanyalah pinjaman sementara, dan dia? Antara insan yang selalu leka dan taksub dengan keindahan dunia. Aku perlukan perubahan..aku perlukan bimbingan..untuk kutemui jalan pulang ke pangkuanmu ya allah…

Brep…brep…

Talefon yang berada di atas meja tulisnya bergetar. Isyarat ada messege masuk. Dia membuka perlahan..

Muzammil ?

Jantungnya berdengup kencang…

‘ selamat bertunang..semoga bahagia untuk memulakan episode kehidupan yang baru..terima kasih’

Terima kasih? Untuk apa?

Macammana Ahsraf tahu aku akan bertunang hari ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience