BAB 4

Romance Completed 1750

Dia terdengar namanya dipanggil seseorang saat dia menyarungkan selipar di kaki. Mahu bergerak pulang ke bilik. Dia menoleh, jantungnya seakan mahu berhenti berdengup. Muzammil !

Derap tapak kaki Muzammil semakin menghampiri. Disebelahnya ada seorang pemuda yang dia tidak kenali nama tetapi selalu dilihat bersama-sama Muzammil. Dengan hanya berkain pelikat dan T-shirt lengan panjang berwarna putih..Muzammil dilihat terlalu kacak! Wahai mata..janganlah kau terlalu mengagumi kurniaan duniawi…seperti ada suara halus yang menyedarkanya..dia beristigfar perlahan.

“ assalamualikum Aryanna ”

Bibir itu menguntum senyum saat salam dihulurkan. Dia berasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya senyuman itu bisa membuahkan jalinan ukhwah antaranya dan Muzammil. Namun, hatinya terasa sedikit pelik..Muzammil tahu nama aku? Emm..mungkin Safwan telah memperkenalkan dia pada Muzammil. Aryanna..jangan fikir yang bukan-bukan! Hatinya mengingatkan…

“ waalaikumussalam..”

Dia menjawab perlahan. Imani disebelahnya juga diam membatu. Mungkin terkejut kerana pemuda yang sentiasa menjadi bualan mereka sedang berada di depan mata. Imani, jangan hatimu jua gundah…

“saya mahu mintak maaf ngan Aryanna kerana tak dapat memenuhi janji saya. Saya perlu balik kampung esok, ada hal penting. Boleh saya tukarkan temujanji kita?”

Agak berhati-hati ayat yang diluahkan itu dituturkan oleh pemuda tersebut. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Pandanganya dihalakan kepada beberapa orang student perempuan yang sudah berbisik sesama mereka. Aduh..jangan aku digosipkan dengan pemuda sebaik ini…kesian Muzammil, dia tidak mahu nama baik Muzammil akan tercemar hanya kerana dilihat Muzammil berbual denganya.

“ it’s ok..nanti, bila Muzammil ada kelapangan, Muzammil boleh bagitahu saya ataupun Safwan..kita akan aturkan temujanji yang lain. Emm..kalau dah tak ada apa-apa lagi, saya balik ke bilik dulu..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience