BAB 22

Romance Completed 25202

Adib terpaksa pulang ke rumah makciknya semula memandangkan dia telah dihalau oleh Pak Samad. Jika dia tidak keluar, Anisha juga dihalau. Dia tidak mahu Anisha dihalau jadi dia memilih untuk keluar daripada rumah itu.

" Jauhnya termenung " tegur Makcik Zarah.

Adib menoleh. Dia tersenyum kecil.

" Tak ada apalah makcik " jawabnya.

" Makcik dah agak yang Adib ikut Nisha lari ".

" Maafkan Adib ya? " .

" Tak apalah. Yang penting Adib selamat " .

" Makcik agak-agak Pak Samad tu lembut hati ke nak terima Adib sebagai menantu dia? " soal Adib.

" Mulut memang lah cakap tak sudi nak terima, tapi hati. Keras mana pun hati orang tua ni Adib, tapi bila soal anak-anak dia lenbut jugak hati tu nanti. Sabarlah ya? Buat masa sekarang terpaksalah Adib berpisah dengan Nisha sekejap " .

Adib mengangguk perlahan.

" Adib tahu tak, hari-hari Maira datang cari Adib dekat rumah " .

" Yeke? " soal Adib terkejut.

" Yaa. Sampai makcik dah tak tahu nak jawab apa " .

" Habis tu makcik cakap apa? " .

" Makcik cakap makcik tak tahu jer. Makcik rasa lebih baik Adib terus terang pada Maira. Tak adalah hati dia semakin kecewa nanti. Makcik takut kalau dia terus berharap pada Adib " nasihat Makcik Zarah.

" Insya Allah makcik. Esok Adib akan pergi jumpa dia " .

" Ya Allah Adib. Awak pergi mana ha? Saya risau tau " soal Humaira sebaik melihat Adib berada di hadapan matanya.

Hatinya yang selama ini gusar terus rasa lega apabila melihat Adib.

" Saya minta maaf Maira. Sebenarnya saya ikut Nisha lari ke Kuala Lumpur. Bukan niat saya nak sakitkan hati awak, tapi saya nak jujur pada awak yang saya dan Nisha dah nikah " .

Lemah lutut Humaira saat mendengar pengakuan Adib.

" Adib awak bergurau kan? Awak saja main-main kan Adib? " .

Adib menggelengkan kepalanya.

" Saya tak main-main Maira. Saya serius. Maafkan saya sebab dah kecewakan awak. Sikit pun saya tak ada niat. Tapi awak kena tahu saya hanya manusia biasa yang berbolak balik hatinya. Saya dah mula cintakan Nisha. Sekali lagi saya minta maaf Maira" .

Air mata Humaira membasahi wajahnya. Ya Allah dugaan apakah ini?

" Tergamaknya awak buat saya macam ni Adib. Sampai hati awak. Selama ni saya pegang janji-janji awak pada saya. Saya tunggu awak. Tapi awak pilih orang lain. Saya bencikan awak! " Humaira terus berlari masuk ke dalam rumahnya.

Adib mengeluh perlahan. Dia tidak berniat untuk menyakiti hati gadis itu. Tapi dia terpaksa.

Ya Allah maafkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience