BAB 11

Romance Completed 25202

Pagi itu Adib bersiap-siap untuk ke bengkel. Hari ini hari pertama dia bekerja. Pagi-pagi lagi Anisha sudah menyediakan sarapan pagi untuk suaminya itu.

" Good morning " sapa Anisha saat melihat Adib yang baru keluar daripada biliknya.

Oh ya mereka tidak tinggal sebilik. Rumah itu ada dua bilik. Mereka tidur berasingan bilik

" Morning. Awalnya kau bangun? " Adib menarik kerusi di meja makan dan melabuhkan punggungnya di situ.

" Kau perli aku ke apa? Aku memang bangun awal okay. Lagipun hari ni kan hari pertama 'suami' aku kerja " sengaja ditekankan perkataan suami itu.

Adib memandangnya tajam. Hidung Anisha dicuit perlahan.

" Mengada " .

Anisha tergelak kecil. Dia menarik kerusi di hadapan Adib dan duduk di situ. Mujurlah ada meja makan walaupun meja makan itu hanya untuk dua orang sahaja.

" Makanlah nasi tu " pelawa Anisha.

" Sedap ke ni? " soal Adib.

" Of course lah. Ni Nisha okay. Semua yang Nisha masak, semua sedap. Tak ada yang tak sedap " .

Adib mencebikkan bibirnya. Mula dah masuk bakul angkat sendiri. Adib menyenduk sedikit nasi goreng yang dimasak oleh Anisha ke dalam pinggannya.

" Sedap tak? " soal Anisha saat melihat Adib sudah mulai menikmati nasi goreng yang dimasak.

" Sedap. Pandai jugak kau masak ea" puji Adib.

Dia terus menambah lagi nasi goreng ke dalam pinggannya. Dengan penuh berselera Adib menikmati nasi goreng itu.

Anisha tersenyum senang saat melihat Adib menambah baik nasi goreng ke dalam pinggannya. Lama dia memandang lelaki itu. Sejujurnya dia tidak pernah terfikir yang dia akan berkahwin dengan kawan baiknya sendiri.

" Kenapa kau tengok aku macam tu? Aku hensem sangat ke? " soal Adib apabila perasan Anisha merenung wajahnya.

" Ehh perasan. Mana ada lah " dalih Anisha.

Adib tersenyum penuh makna.

" Nisha, terima kasih ya sebab dah masakkan nasi goreng ni. Bersemangat sikit aku nak pergi kerja" .

Anisha ketawa kecil.

" Iya sama-sama. Adib, boleh tak kalau aku nak cari kerja? " .

" Lah kenapa pulak? " .

" Iyalah kalau aku kerja bolehlah kita sama-sama cari duit. Aku tak adalah harapkan kau 100% " .

" Eh tak boleh. Tak boleh. Nisha ni KL tau, tak sama macam Melaka. Bahaya lah. Kau duduk jer rumah. Gaji aku tu cukup untuk tanggung kita berdua. Kau jangan risau lah " bantah Adib.

Tidak mungkin dia membiarkan Anisha kerja. Lagipun Anisha bukannya biasa dengan keadaan di Kuala Lumpur. Macam-macam boleh terjadi.

Anisha hanya mampu akur dengan keputusan Adib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience