BAB 7

Romance Completed 25202

Ding..dong..

Bunyi loceng pintu bilik mereka menyedarkan Adib daripada tidur nyenyaknya.

" Siapa pulak yang datang? " gumamnya sendiri.

Dia melihat jam di telefon bimbit. Pukul 3.45 pagi. Pelik. Siapa pulak yang datang pagi-pagi buta ni. Adib bangun daripada sofa untuk melihat sempat dia menjeling sekilas ke arah Anisha yang sedang lena tidur di atas katil.

Adib terkejut melihat beberapa orang lelaki berjubah putih berdiri tegak di hadapan pintu biliknya kini.

" Ya? " soalnya.

" Kami menerima aduan daripada pekerja hotel yang mengatakan di dalam bilik ini sedang berlaku maksiat. Boleh kami masuk? " pinta salah seorang daripada mereka.

Adib menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bala apa pula yang datang ni. Dengan hati yang berat dia terpaksa membenarkan mereka semua masuk. Adib dapat mengagak apa yang akan berlaku sebentar lagi.

Dia terus mendekati Anisha yang masih lagi nyenyak tidur.

" Nisha, bangun Nisha. Kita ada masalah besar ni " kejutnya.

Tapi Anisha masih tidak sedarkan diri. Ya Allah Nisha ni tidur mati ke apa? Gumam Adib di dalam hati.

" Nisha bangun! " Adib meninggikan sedikit suaranya.

" Ermm bising lah. Orang nak tidur ni" mata Anisha masih lagi lelap.

" Encik, perempuan ni siapa? Adik atau isteri? Boleh tunjukkan bukti? " soal lelaki itu.

Anisha terus terbangun saat mendengar suara itu. Matanya terbuntang melihat beberapa orang lelaki berjubah yang berdiri di hadapan katilnya.

" Adib siapa ni? " Anisha memandang Adib meminta penjelasan.

" Kami daripada jabatan agama islam" jawab salah seorang daripada mereka.

" Encik, encik...saya boleh jelaskan. Kami tak buat apa-apa pun. Kami cuma kawan. Sumpah! Kami memang tak buat apa-apa. Kami tak cukup duit untuk tempah dua bilik hotel. Jadi kami kongsi bilik. Tapi betul kami memang tak buat apa-apa. Encik semua dah salah faham ni " bersungguh-sungguh Anisha menjelaskan kepada mereka semua.

" Cik boleh jelaskan dekat balai nanti. Sekarang ni, ikut kami ke balai " arah lelaki itu.

Anisha dan Adib saling berpandangan buat seketika. Masing-masing tergamam. Ya Allah apa dah jadi ni?Adib meraup rambutnya kasar.

Oleh kerana tidak mahu memanjangkan kes, Adib dan Anisha terpaksa akur apabila mereka disuruh bernikah. Dengan sekali lafaz, Anisha sah menjadi isteri kepada Adib. Mereka dinikahkan di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Tiada saudara atau rakan yang menemani mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience