BAB 13

Romance Completed 25202

Selepas habis kerja di bengkel, Adib terus pulang ke rumah. Sebelum itu sempat dia singgah membeli burger yang dijual di tepi jalan. Dia belikan untuk Anisha sekali.

Sampai saja di rumah Adib mencari bayang Anisha tetapi tiada. Dia mendengar bunyi pancuran air di dalam kamar mandi. Pasti Anisha sedang mandi.

Dia merebahkan badannya di atas sofa. Hari ini banyak pelanggan di bengkel. Jadi dia agak letih sedikit. Adib melelapkan matanya buat seketika.

Terdengar bunyi pintu bilik air dibuka, Adib terus menoleh ke arah bilik air. Dia agak terkejut melihat Anisha yang baru selesai mandi itu hanya menggunakan tuala untuk membalut tubuhnya. Mata mereka bertembung buat seketika.

Merah wajah Anisha. Dia cepat-cepat lari masuk ke dalam bilik. Menyesal pulak tak bawak baju yang hendak dipakai ke dalam bilik air sekali. Tak pasal-pasal Adib melihat dirinya berkemban.

Adib tersenyum sendiri melihat gelagat Anisha.

" Dah lama ke balik? " soal Anisha ketika keluar daripada bilik. Dia mengambil tempat di sebelah Adib.

" Tak adalah baru sangat " jawab Adib.

" Dah makan? Aku dah masak lauk sambal ayam " .

" Belum lagi. Sekejap lagi kita makan sama-sama ya. Lagipun aku ada belikan burger waktu nak balik tadi" .

Anisha mengangguk.

" So macam mana kerja hari ni? Penat? " .

" Boleh tahan penat. Lagi pun hari ni banyak customer " .

" Biasalah permulaan kan " .

" Tu lah. Harap lepas ni okay " .

" Adib " .

" Hmm? " .

" Maafkan aku ya. Kalau tak disebabkan aku mesti kau tak perlu susah-susah macam ni " .

" Nisha, kan aku dah cakap jangan ungkit lagi soal ni. Kau tak perlu minta maaf pun " .

" Yelah tapi kalau tak disebabkan aku mesti kau tak payah susah-susah kerja macam ni " .

" Tak ada beza pun lah Nisha. Kalau dekat kampung tu pun aku kerja dekat ladang kan. Lebih kurang jer penatnya tu " .

Anisha masih rasa bersalah terhadap Adib. Tak pasal-pasal dia libatkan Adib dalam masalahnya.

" Dah tak payah serabutkan kepala kau untuk fikir pasal ni lagi " tangan Anisha digenggam erat.

Anisha sedikit tersentak. Dia tersenyum kelat.

" Terima kasih Adib. Kau tahu tak, aku lebih rela kahwin dengan kau daripada kahwin dengan Faizal tu " .

Adib tergelak kecil.

" Ohh jadi selama ni kau memang nak kahwin dengan aku lah ya? Kau suka aku ea? " sengaja dia mahu menyakat Anisha.

" Eii perasan. Siapa nak kahwin dengan kau? " Anisha membuat gaya ingin muntah.

Adib terus menggeletek pinggang Anisha. Terkekeh-kekeh Anisha ketawa. Rumah itu rancak dengan suara mereka bergurau senda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience