BAB 14

Romance Completed 25225

Hari ini genap sebulan Adib bekerja di bengkel milik Imran. Hari ini dia bercadang ingin mengajak Anisha bersiar-siar. Lagipun hari ini dia cuti.

" Nisha, jom jalan-jalan " ajak Adib.

" Jalan-jalan? Nak pergi mana? " soal Anisha.

" Ermm mana-mana jer lah. Jom lah. Kau pergi siap-siap. Aku tunggu ".

" Okay " Anisha terus masuk ke dalam biliknya untuk bersiap.

Dia memilih t-shirt lengan panjang berwarna biru dan dipadankan dengan seluar jeans berwarna putih. Rambutnya yang panjang separas bahu dibiar lepas.

" Jom " ajak Anisha yang sudah siap itu.

Adib membawa kereta milik Imran. Lelaki itu yang menawarkan padanya sama ada mahu meminjam kereta atau tidak. Alang-alang Imran sudah tawarkan, Adib mahu saja.

Dia membawa Anisha berjalan-jalan di taman tasik. Taman tasik ini agak terkenal di Kuala Lumpur untuk bersantai menenangkan fikiran. Di sini terdapat beberapa buah tasik yang luas di tengah-tengah taman. Di tasik ini jugak boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti paddle boat dan bermain Unexs waterball.

Selain itu, tasik ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, trek jogging, trek kawalan jauh dan kemudahan menunggang kuda. Taman ini agak meriah juga apabila hujung minggu. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke sini. Terdapat juga beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman di sekitar taman tasik.

" Nisha, kau tunggu dekat sini sekejap ea. Aku pergi belikan makanan. Kau nak makan apa? " soal Adib.

" Ermm aku kenyang lagi lah. Kau belikan ais krim boleh? Aku tengok budak tu makan macam sedap jer " .

Adib tergelak kecil.

" Kau tunggu sini ea. Aku pergi belikan. Jangan pergi mana-mana pulak tau " pesan Adib.

" Okay " jawab Anisha sambil menghantar pandang ke arah Adib yang berlalu pergi ke gerai yang menjual ais krim.

" Kakak " seorang kanak-kanak kecil tiba-tiba memeluk Anisha.

" Eh? Anak siapa pulak ni? " gumamnya sendiri.

Anisha mencangkung supaya mudah untuk dia bercakap dengan kanak-kanak itu.

" Hai adik. Adik datang dengan siapa ya? Mana mak ayah adik? " soal Anisha.

" Tak tahu " jawab kanak-kanak itu.

Alamak. Tak tahu lah pulak. Aduhh. Anisha menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil matanya meliar memerhati sekeliling.

" Adik tak tahu ke mana mak ayah adik? " soal Anisha lagi.

Kanak-kanak itu menggelengkan kepalanya.

" Amanda! " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience