BAB 1

Romance Completed 25202

" Hujung minggu ni ayah nak kau bernikah dengan Faizal " tegas Pak Samad.

Terbuntang mata Anisha mendengar arahan Pak Samad.

" Mana boleh macam tu ayah. Ayah tak boleh paksa-paksa Nisha. Nisha tak nak kahwin dengan Faizal " bantah Anisha.

Siapa sahaja yang ingin berkahwinlah dengan lelaki buaya seperti Faizal. Faizal pandai berpura-pura. Di hadapan keluarga Anisha, dia lah yang paling baik. Tapi di belakang, sebaliknya.

" Nak atau tak, Nisha kena jugak kahwin dengan Faizal. Ayah dah uruskan semuanya. Nisha cuma perlu tunggu Faizal lafazkan akad nikah " .

" Mak, Nisha tak nak kahwin dengan Faizal " Anisha memandang ke arah Mak Siah dengan harapan maknya itu dapat membantu.

Mak Siah hanya mampu beri pandangan sepi. Dia juga tidak mampu menghalang kehendak Pak Samad. Hitam kata Pak Samad, hitam jugak lah. Jangan sesiapa berani membantah.

" Lepas ni jangan sibuk melepak dengan budak Adib tu lagi. Nisha dah nak kahwin, buat cara nak kahwin. Jaga perasaan bakal suami Nisha tu" pesan Pak Samad.

Anisha mengetap bibirnya. Jaga perasaan bakal suami? Terasa loya tekaknya.

Pak Samad tidak tahu betapa teruknya perangai Faizal. Entah kenapa dalam ramai-ramai gadis di kampung ini, Faizal memilih untuk berkahwin dengannya. Sedangkan antara mereka langsung tiada perasaan cinta. Ingin melihat wajah Faizal pun Anisha tak sanggup apatah lagi berkahwin dengannya. Ibarat mimpi ngeri jika Anisha berkahwin dengan Faizal.

Bukannya Anisha tidak kenal perangai buruk Faizal yang kaki perempuan, suka berjudi dan minum arah. Hampir satu kampung tahu tentang perangainya. Tapi entah kenapa Pak Samad masih lagi mahu bermenantukan lelaki seperti Faizal. Adakah Pak Samad sanggup melihat hidup anaknya menderita?

Pak Samad terus berlalu. Ditinggalkan Anisha dan Mak Siah.

" Mak, Nisha tak nak kahwin dengan Faizal tu mak. Mak sanggup ke tengok hidup anak mak ni menderita? Tolonglah mak pujuk ayah " rayu Anisha.

" Apa lagi yang mak boleh buat Nisha? Nisha macam tak kenal dengan ayah Nisha tu. Tak ada siapa boleh bantah arahan dia " .

Anisha menunduk. Dia meraup wajahnya perlahan.

" Nisha tak sanggup nak bayangkan hidup Nisha lepas kahwin dengan Faizal tu nanti. Silap-silap mak jumpa mayat Nisha je nanti " .

" Ya Allah Nisha, jangan buat nak serba salah. Mak tak boleh nak tolong apa-apa nak " Mak Siah terus memeluk tubuh anak tunggalnya itu.

Anisha membalas pelukan Mak Siah. Dia harus mencari idea bagaimana hendak lepas daripada semua ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience