BAB 21

Romance Completed 25202

Teksi yang dinaiki oleh Adib dan Anisha mula masuk ke jalan kampung mereka. Adib mengenggam erat tangan Anisha memberi kekuatan.

" Sabar ya. Insya Allah kita boleh hadapi " pujuknya.

Anisha mengangguk perlahan. 10 minit selepas itu mereka tiba di hadapan rumah Anisha.

" Assalamualaikum " laung Adib dan Anisha.

Beberapa saat kemudian pintu rumah terbuka. Keluar seorang wanita.

" Waalaikumsalam " jawabnya.

Saat dia melihat tetamu yang datang, dia tergamam.

" Nisha? " wajah yang sangat dirinduinya itu ada di depan matanya kini.

" Mak " Anisha terus berlari mendapatkan Mak Siah. Tubuh itu dipeluk erat.

" Ya Allah Nisha. Mana Nisha pergi selama ni nak? " soal Mak Siah. Air matanya mengalir perlahan.

" Maafkan Nisha mak. Maafkan Nisha ya. Nisha tak ada niat nak buat mak dan ayah risau " Anisha juga tidak dapat menahan sebak.

Pandangan Mak Siah beralih kepada Adib yang berdiri di sisi Anisha.

" Adib? Adib ikut Nisha lari? " soalnya.

Adib mengangguk perlahan.

" Patutlah makcik Zarah cari Adib. Dia risaukan Adib " .

" Apa yang kecoh-kecoh ni? " .

Mereka bertiga terus berpaling.

" Apa? Dah nikah?" " Pak Samad terjerit kecil.

Anisha dan Adib hanya tunduk seperti pesalah yang menanti hukuman.

" Patutlah kau lari. Rupanya kau nak nikah dengan jantan ni kan?! " .

" Bukan macam tu ayah. Nisha lari sebab tak nak kahwin dengan Faizal" jawab Anisha. Dia tidak berani memandang wajah bengis Pak Samad.

" Kau dah malukan aku Nisha. Anak jenis apa kau ni? Kau pentingkan diri kau. Langsung kau tak fikir perasaan mak bapak kau " .

" Nisha minta maaf ayah. Nisha tak ada niat malukan mak dan ayah. Nisha tak sanggup nak kahwin dengan Faizal " .

Pak Samad senyum mengejek.

" Tak sanggup nak kahwin dengan Faizal? Tapi kau sanggup kahwin dengan budak ni? Hei apa yang dia ada ha? Lainlah Faizal tu, dia berharta. Senanglah sikit hidup kau nanti. Tapi kau pilih si Adib ni " .

" Ayah tak baik ayah hina Adib macam tu. Memang Adib tak sekaya Faizal. Tapi perangai dia tak seteruk Faizal. Ayah tak kenal lagi siapa Faizal tu " .

" Ah sudah. Kau jangan nak burukkan Faizal lagi. Apa pun, aku takkan pernah restu perkahwinan korang berdua. Kau! Keluar daripada rumah aku sekarang. Aku dah tak nak tengok muka kau " jarinya dihala tepat ke wajah Adib.

" Ayah, Adib suami Nisha. Ayah tak boleh halau dia " bantah Anisha.

" Ni rumah aku. Aku taknak tengok muka dia lagi. Kalau dia tak nak berambus, dengan kau sekali aku halau! " .

Anisha menangis lagi. Kenapalah Pak Samad sekejam ini padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience