BAB 17

Romance Completed 25202

Adib meletakkan semula gelas yang berisi air kosong di meja kecil tepi katil Anisha.

" Kau rehat okay? Kalau nak apa-apa, panggil jer aku " .

" Kau tak kerja ke? " soal Anisha.

" Tak. Aku ambil cuti hari ni. Imran yang suruh aku cuti " .

" Maaf sebab dah susahkan kau " .

" Nisha, kau demam. Bukan sebab kau yang nak. Dah lah tak perlu nak minta maaf. Kan aku dah janji yang aku nak jaga kau " .

Anisha tersenyum nipis.

" Terima kasih " .

" Sama-sama. Kau rehatlah dulu. Aku ada kat ruang tamu. Kalau nak apa-apa, panggil jer aku " .

" Okay " .

Adib mengusap lembut kepala Anisha sebelum berlalu keluar daripada bilik gadis itu. Anisha memandang sepi langkah Adib. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman kecil. Entah kenapa dia rasa gembira sangat apabila Adib mula mengambil berat tentangnya.

Jantungnya juga berdegup laju apabila Adib ada dengannya. Jika dulu, biasa sahaja detak jantungnya. Tapi kali ini lain. Setiap kali Adib berada dekat dengannya, jantungnya akan berdegup laju.

Anisha perlahan-lahan melangkah keluar daripada bilik. Jam sudah menunjukkan pukul 11.54 malam. Dia tersedar dari lenanya apabila tekaknya terasa kering dan dia perlukan air. Air yang disediakan oleh Adib di dalam bilik sudah habis. Jadi Anisha gagahkan juga dirinya untuk menapak ke dapur. Lagipun demamnya sudah surut. Tidak seteruk siang tadi.

Langkah kakinya terhenti saat mendengar suara daripada televisyen. Dia terus melangkah ke ruang tamu. Dia melihat Adib sedang lena tidur di atas sofa.

Ni dia tengok TV ke? TV tengok dia? Anisha terus menutup televisyen. Dia duduk mendekati Adib yang nyenyak tidur. Penat sangat agaknya. Lama ditenung wajah lelaki yang bergelar suaminya itu.

" Maafkan aku Adib. Aku dah susahkan kau. Aku dah libatkan kau dalam masalah aku sampai kau jadi macam ni. Aku janji aku akan selesaikan semua ni secepat mungkin. Aku takkan susahkan kau lagi " katanya sendiri.

Bunyi telefon bimbit Adib menyentakkan lamunan panjang Anisha. Dia mengambil telefon bimbit jenama Samsung milik Adib yang berada di atas meja kopi.

Anisha mengeluh kecil melihat nama yang tertera di skrin telefon. Humaira. Ya Humaira yang menghubungi Adib. Tiba-tiba perasaan cemburu menyapa hati Anisha.

" Ish buat apa kau nak cemburu Nisha? Maira lagi berhak dapatkan cinta Adib. Kau tu cuma kawan Adib. Tak lebih daripada tu. Kau dah susahkan Adib, takkan kau nak rosakkan kebahagiaan dia dengan Maira pulak " Anisha terus bangun dan melangkah ke dapur.

Sempat dia menjeling sekilas ke arah Adib. Air matanya bertakung di tubir mata. Tinggal masa saja untuk mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience