BAB 16

Romance Completed 25202

Adib pulang lewat hari ini gara-gara banyak kereta yang perlu dibaiki di bengkel. Tepat jam 10.45 malam dia tiba di rumah. Mujur dia ada bawa kunci pendua.

Sebaik dia masuk ke dalam rumah dia melihat Anisha sedang tertidur di atas sofa. Jatuh kasihan dia melihat Anisha. Pasti gadis itu menantinya pulang.

Tidak sampai hati untuk mengejutkan Anisha, Adib membuat keputusan untuk mengangkat Anisha menuju ke bilik.

Perlahan-lahan dia mencempung tubuh kecil itu. Mujurlah Anisha ringan. Langkah kaki diatur menuju ke bilik Anisha. Dia meletakkan gadis itu di atas katil. Selimut ditarik menutupi bahagian tubuh Anisha. Adib menatap wajah itu buat seketika. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Anisha. Dia menghadiahkan ciuman di dahi Anisha. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

" Good night Nisha " ucapnya sebelum berlalu keluar daripada bilik Anisha.

Telefon bimbit Adib berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Adib melihat nama pemanggil pada skrin telefon. Tertera nama 'Humaira'. Dia hanya membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Biarlah. Bila keadaan sudah reda nanti dia akan menjelaskan pada Humaira apa yang berlaku. Buat masa sekarang ni, biarlah waktu yang menentukan.

" Maafkan saya Maira " .

Pagi itu Adib bersiap seperti biasa untuk pergi ke bengkel. Sebaik dia melangkah ke dapur, dia melihat meja makan kosong sahaja. Selalunya Anisha akan menyediakan sarapan untuknya. Tetapi hari ini tiada. Dia pelik. Bayang Anisha juga tidak dilihat. Adib terus melangkah ke bilik Anisha.

" Nisha oh Nisha. Kau dah bangun ke?" pintu bilik Anisha diketuk berulang kali.

Tetapi tiada sahutan.

Akhirnya Adib membuat keputusan untuk masuk saja di dalam bilik Anisha. Lagipun pintu bilik Anisha tidak berkunci.

" Nisha " panggilnya. Dia mendekati Anisha yang masih lagi berbaring di atas katil.

" Nisha " kejutnya lagi.

Tetapi masih lagi tiada respons. Adib meraba dahi Anisha. Panas! Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar. Nombor Imran di dail. Dia meminta pertolongan Imran untuk membawa Anisha ke klinik.

" Nisha, bangun. Jom makan " kejut Adib.

Hari ini Adib tidak pergi ke bengkel kerana ingin menjaga Anisha yang demam. Mujur Imran faham keadaannya. Selepas pulang daripada klinik tadi Anisha tidur semula sementara menanti Adib memasakkan bubur untuknya.

Adib membantu Anisha untuk bangun. Dia meletakkan sebuah bantal dan disandarkan tubuh Anisha.

" Aku ada masakkan bubur untuk kau. Makan ea? " .

Anisha mengangguk lemah. Adib terus menyuapkan bubur ke dalam mulut Anisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience