BAB 23

Romance Completed 25202

Tekak Anisha tiba-tiba rasa loya, dia terus berlari ke bilik air. Entah kenapa sejak dua tiga hari ini dia banyak kali muntah. Nak kata salah makan, rasanya tak ada.

" Uwekkk...uwekk.. " Anisha memuntahkan segala isi perutnya.

" Kenapa tu Nisha? " soal Pak Samad daripada luar bilik air. Kebetulan dia lalu di hadapan bilik air.

" Tak ada apa-apa ayah " jawab Anisha.

Pak Samad terus berlalu. Tapi jauh di sudut hatinya dia risau juga.

" Mak, sedapnya buah mangga muda tu" Anisha telan air liur melihat buah mangga muda. Entah kenapa tekaknya tiba-tiba teringin makan makanan yang masam. Padahal sebelum ini tiada pun.

" Aikk sejak bila pulak Nisha makan buah mangga muda? " soal Mak Siah pelik.

" Entahlah mak. Nisha pun tak tahu " .

Mak Siah tiba-tiba tersenyum penuh makna. Dia rasa dia tahu mengapa Nisha tiba-tiba teringin makan buah mangga muda itu.

" Kenapa mak senyum? " soal Anisha pelik.

" Nisha mengandung ya? " .

Anisha terpinga-pinga. Mengandung?

" Er..er Nisha tak tahu " .

" Mak rasa Nisha mengandung. Orang mengandung selalu mengidam nak makan buah mangga muda " .

" Entahlah mak. Nisha tak tahu " .

" Apa kata Nisha ajak Adib pergi klinik petang ni " cadang Mak Siah.

" Haa nanti Nisha beritahu dia. Nisha nak pergi panjat pokok tu dulu ya mak" .

" Ehh jangan. Nisha, kalau apa-apa jadi nanti macam mana? " tegah Mak Siah.

" Alahhh. Tapi Nisha betul-betul teringin ni mak " .

" Biar ayah yang ambilkan buah mangga tu " kata Pak Samad yang tiba-tiba muncul.

Sebenarnya sejak daripada tadi dia menjadi pendengar perbualan dua beranak itu.

Mak Siah dan Anisha saling berpandangan. Seperti tidak percaya saja Pak Samad menawarkan diri untuk mengambil buah mangga muda itu. Bibir Anisha terukir senyuman kecil. Itulah ayah. Marah macam mana sekalipun, dia tetap mahu menunaikan permintaan anaknya.

Anisha membantu Adib masuk ke dalam biliknya melalui tingkap. Sudah gaya seperti pencuri saja. Nak buat macam mana, bapa mertua tidak benarkan dia datang ke rumah. Tapi kerana terlalu rindukan si isteri, ikut tingkap pun tidak mengapa asalkan dapat berjumpa dengan isteri kesayangan.

" Sayang, abang rindu sangat-sangat " Adib terus memeluk Anisha.

" Shutt..slow kan sikit suara abang. Nanti ayah dengar. Susah kita " .

Adib mengangguk.

" Sayang sihat? " .

" Sihat. Abang? " .

" Tak. Abang sakit rindu dekat sayang" .

Anisha mencebikkan bibirnya. Ish mengadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience