BAB 19

Romance Completed 25202

Anisha termenung memikirkan tentang hubungan dia dan Adib yang makin hari makin renggang. Dia yang meletakkan tembok besar antara dia dan Adib. Semuanya adalah kerana dia tidak mahu terluka. Ya dia akui dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu.

Dia tidak mahu terus kecewa kerana Adib sudah mempunyai Humaira. Anisha tidak mahu terus membiarkan perasaan cintanya pada lelaki itu. Dia harus membuang perasaan itu. Cukuplah dia libatkan Adib dengan masalahnya. Dia tidak sanggup merampas kebahagiaan Adib. Oleh kerana itu dia menjauhkan diri daripada Adib.

" Nisha " .

Bunyi ketukan pintu bilik menyentakkan lamunan Anisha.

" Nisha, boleh kita cakap sekejap tak?" soal Adib daripada luar bilik.

Anisha mengumpul kekuatan. Dia harus bersedia untuk menerima apa saja keputusan Adib.

" Boleh aku tahu kenapa kau jauhkan diri daripada aku? " soal Adib. Dia merenung wajah Anisha.

Ketika itu mereka berada di ruang tamu. Setelah puas Adib memujuk, akhirnya Anisha keluar juga daripada bilik.

" Tak ada apa-apa " jawab Anisha.

" Kau bohong. Jangan tipu aku Nisha" .

" Tak ada apa-apa Adib. Kau nak cakap apa sebenarnya ni? " dalih Anisha.

" Pasal kita. Sampai bila kita nak macam ni? Aku rasa dah tiba masa untuk kita selesaikan semua ni " .

Anisha mengetap bibirnya.

" Kau nak kita bercerai? " soal Anisha tiba-tiba.

" Ya Allah Nisha. Aku tak cakap macam tu pun. Kenapa ni? " .

" Habis tu? Sampai bila kau nak simpan aku jadi isteri kau? Macam mana dengan Maira? " .

" Nisha aku takkan ceraikan kau. Sebenarnya aku nak luahkan perasaan aku pada kau. Ya memang aku cintakan Maira. Tapi tu dulu. Sebelum kita berkahwin. Lepas kahwin, aku nekad untuk lupakan Maira. Aku tak nak kita bercerai. Aku nak pertahankan perkahwinan kita. Perlahan-lahan aku lupakan Maira. Dan tiba-tiba rasa cinta pada kau datang Nisha. Aku dah mula cintakan kau. Bila kau tiba-tiba jauhkan diri daripada aku, aku rasa hidup aku kosong. Aku tak tenang " .

Anisha terkedu mendengar luahan hati Adib.

" Adib..kau tak boleh buat Maira macam tu. Kesian dia " .

" Nisha, kalau dah tertulis di luh mahfuz jodoh aku adalah kau dan bukan Maira, dia kena terima juga. Kita hanya mampu merancang. Tapi Allah yang menentukan. Kalau aku ada pilihan, aku takkan sakitkan hati Maira. Tapi aku tak ada pilihan. Ada hati yang lebih penting untuk aku jaga, iaitu hati kau " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience