BAB 9

Romance Completed 25485

Mata Anisha meliar memerhati sekeliling rumah. Rumah itu adalah rumah Imran. Agak berhabuk dan bersawang sedikit. Mungkin kerana sudah lama tidak diduduki orang.

" Adib " panggil Anisha.

Adib yang sedang menepuk habuk di sofa yang berada diruang tamu itu terus menoleh.

" Ya? " .

" Nasib baiklah kita jumpa dengan Imran. Sekurang-kurangnya kita dah tak perlu nak fikirkan pasal tempat tinggal lagi " .

" Itulah. Alhamdulillah Allah permudahkan. Pasal kerja pun aku dah tak perlu risau. Sebab tadi Imran ada offer aku kerja dekat bengkel dia. So esok aku dah boleh masuk kerja. Oh ya Imran bagi aku pinjam motor dia. So senang aku nak pergi kerja " .

" Baiknya Imran tu. Beruntung kau dapat kawan yang baik macam dia. Bukan macam aku, asyik menyusahkan kau jer " sayu saja nada Anisha berkata.

" Nisha, kenapa cakap macam tu? " Adib mendekati Anisha.

" Janganlah cakap macam tu. Aku tak pernah salahkan kau pun. Benda dah nak jadi. Aku anggap ni semua takdir. Jangan risau ea " kepala Anisha diusap perlahan.

" Terima kasih Adib. Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi kau baik sangat. Kau masih nak tolong aku walaupun aku dah libatkan kau dalam perkahwinan yang sepatutnya tak terjadi ni " .

" Aku janji Nisha yang aku akan jaga kau. Sekarang kau dah sah jadi isteri aku. Jadi kau dah tanggungjawab aku. Jangan fikirkan lagi pasal semua tu " .

Anisha mengangguk perlahan. Entah kenapa hatinya jadi tenang apabila Adib berkata begitu.

" Dah sekarang ni kita kemas dulu rumah ni. Lepastu nanti kita pergi makan. Kau mesti lapar kan? " .

" Okay " Anisha mengangguk setuju.

Telefon bimbit Adib berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Adib terkedu melihat nama pemanggil.

" Aduhh apa aku nak jawab dengan Maira ni? " soalnya sendirian.

Humaira yang menghubunginya. Humaira ialah kekasih Adib. Pasti gadis itu risau. Akhirnya Adib membuat keputusan untuk membiarkan saja panggilan itu.

Jarinya menaip mesej untuk dihantar pada Humaira. Dia harap sangat Humaira faham keadaannya ketika ini.

To : Humaira
Maira, maafkan saya. Saya tak boleh jawab call awak buat masa ni. Saya ada hal penting yang perlu saya selesaikan. Bila saya dah bersedia nanti saya akan jelaskan pada awak. Maafkan saya ya.

Fikiran Adib jauh memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini. Semua yang berlaku dalam hidupnya terjadi dengan tiba-tiba saja. Bagaimana agaknya reaksi Humaira apabila mendapat tahu dia sudah bernikah dengan Anisha menjadi tanda soal di dalam kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience