Dua bulan telah berlalu selepas pertemuan Iqmal dan Melina.. Kehidupan Iqmal dan Maisyarah semakin bahagia dengan kehadiran bakal cahaya mata mereka... Setelah hampir dua tahun mereka mendirikan rumah tangga akhirnya mereka diberi peluang untuk menimang bakal anak mereka..
" Assalamualaikum anak daddy.. " Bicara Iqmal kepada bakal bayi mereka..
Maisyara hanya tersenyum melihat gelagat suaminya.. Pantang ada ruang, Iqmal akan berbicara dengan anaknya.. Bagi Iqmal, dia nak bakal anak mereka dengar dengan apa yang dia katakan..Dia nak anak dia dapat merasa dan mendengar suara nya setiap hari..
" Am..Sudah sudahlah mengosok perut Mia.. Mia geli la.. " Kata Mia sambil ketawa..
" Baiklah.. Urmmmmm... Mia nak makan apa apa tak.. nanti Am pergi cari..Atau Mia nak Am masakkan sesuatu untuk Mia.. " Tanya Am lembut
Mia tersenyum lalu berkata..
" Tak ada apa yang Mia nak makan..dan Mia tak rasa nak makan sesuatu.. cuma Mia rasa Mia nak..... " Belum sempat Mia menghabiskan bicaranya telefon Am berbunyi menandakan ada panggilan masuk..
" Sekejap Mia.. Am angkat panggilan nie" sambil menunjukkan telefon nya kepada Mia.. Mia hanya mengganguk lalu tersenyum pahit.. Entah kenapa dia merasakan seperti ada sesuatu yang mungkin akan berlaku kepada hubungan dia dan Iqmal...
" Mana Am ni.. siapa yang call Am waktu macam ni" kata hati Maisyara setelah mendapati hampir tiga puluh minit Iqmal berada di luar rumah mereka..
Maisyara bangkit lalu menuju ke arah pintu namun belum sempat dia membuka pintu, Iqmal terlebih dahulu menguakan pintu..
" Eh Mia... Mia nak kemana ni" tanya Iqmal
" Mia nak panggil Am la.. Am bercakap dengan siapa tadi..lama berbual.." tanya Mia dengan riak wajah ingin tahu..
" Tak ada apa la Mia.. hal kerja je.. dah..jom naik atas.. kita tidur..esok Mia nak pergi medical checkup kan.. jom... " ajak Iqmal
Tanpa bertanya lebih, Mia turutkan sahaja kata kata Iqmal walaupun di hati dan di kepalanya masih lagi tertanya tanya siapakah yang berbual dengan Iqmal sebentar tadi dan kenapa Iqmal seperti ada sesuatu yang di sembunyikannya..
Share this novel