BAB 11

Drama Completed 1845

" Mia... minum air ni nak.. nanti mak suruh ayah hubungi keluarga Mia..Kami minta maaf bagi pihak Iqmal.." Kata Midah lembut

" terima kasih mak.. Tak perlu mak nak minta maaf.. bukan salah mak dan ayah... Bukan jodoh Mia dengan Am.. Mia terima apa yang dah jadi.. Mia gagal jadi isteri yang baik kepada Am.. Mia yang sepatutnya minta maaf dekat mak dan ayah.. " - Maisyara Damia

" Apa yang Mia cakap ni.. Mia tak gagal.. Mia tak perlu menyalahkan diri Mia.. Ayah tak mahu Mia sedih.. Walaupun Mia bukan menantu ayah lagi.. tapi sekarang Mia anak ayah..dab dalam kandungan Mia cucu ayah.. Ayah mahu Mia dan anak Mia hidup bahagia.. satu lagi.. Jangan pernah sebut nama Iqmal lagi.. Biarlah Iqmal hidup sendiri.. Itu yang dia mahukan.. " Kata Mokthar sedikit tegas

" Terima kasih ayah.. Mia nak minta izin mak dengan ayah.. Mia nak pergi dari sini.. Mia nak pergi ke Melaka bersama keluarga Mia.. Mia harap mak dengan ayah izinkan.. " Pinta Miasyara kepada mertuanya..

" Kami izinkan Mia pergi..mungkin di sana Mia akan lebih bahagia.. Dan mungkin di sana Mia akan lebih tenang.. Tapi ayah harap Mia tak pisahkan kami dengan bakal cucu kami ya nak.. " Kata Mokthar dengan nada sebak yang cuba ditahannya..

" Insyaallah Mia tak akan pisahkan anak Mia dengan ayah dan mak .. " Kata Maisyara lalu tersenyum pahit..


************************

Sebulan berlalu..

Hari yang ditunggu akhirnya tiba.. Sudah tiba masanya untuk Maisyara bersalin dan dia dibawa ke hospital yang berdekatan oleh keluarganya.. Sesampai di hospital, Maisyara terus di masukkan ke wad bersalin.. Tidak sampai lima belas minit, Maisyara akhirnya bersalin..

" Tahniah puan.. Puan dapat anak lelaki seberat 3.2 kg..dan bayi puan sihat.. " Kata Doktor yang menyambut kelahiran anak sulung Maisyara..

Maisyara mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana mempermudahkan urusan persalinannya.. Di luar wad pula kedengaran bunyi riuh keluarga Maisyara apabila mereka terdengar bunyi tangisan seorang bayi..

" Alhamdulillah.. Syukur ya Allah.. Kau permudahkan urusan persalinan anakku Maisyara.. " ucap Kamarudin sambil air mata lelaki nya jatuh ke pipi apabila mengenangkan ananknya bersalin tanpa suami dan cucu nya tidak di sambut oleh ayah kandungnya..

" Ayah... Mia dah selamat bersalin..kenapa ayah menanggis" Tanya Muiz anak sulung kepada Kamarudin..

" Ayah tak menanggis, ayah rasa gembira.." Kata Kamarudin sedikit sebak

Tidak lama kemudian Mokthar dan isterinya tiba di hospital selepas mendapat panggilan dari Kamarudin yang memberitahu tentang Maisyara kepada mereka sebentar tadi..

" Assalamualaikum Din... Maaflah aku dan isteri aku lambat sampai.. Macam mana dengan Mia..Dia dah bersalin ke belum " Tanya Mokthar ingin tahu

" Alhamdulillah Mokthar.. kita dah jadi datuk.. " Kata Kamarudin gembira

Tengah rancak berbual, muncul kelibat doktor yang bertugas menyambut kelahiran cucu mereka lalu doktor tersebut menegur mereka sekeluarga..

" Maaf..saya menggangu.. Ini keluarga Puan Maisyara Damia ke.."

Muiz yang terlebih dahulu terdengar akan soalan yang di ajukkan oleh doktor tersebut lalu membalas kembali pertanyaan doktor itu..

" Ya doktor.. Kami keluarga Maisyara Damia..Saya abang dia.. Macam mana demgan adik saya.." Tanya Muaz pula

" Tahniah encik sekeluarga.. Adik encik okay.. dia dalam keadaan stabil dan anaknya pun sihat.. Adik encik selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kg.. Dalam sepuluh minit lagi staff kami akan pindahkan mereka ke wad biasa, nanti boleh la encik sekeluarga datang melawat.. " Terang doktor itu lagi

" Terima kasih doktor .. " Kata Muaz sambil tersenyum

" Sama sama encik.. Kalau macam tu, saya minta diri dulu.. " Kata doktor itu

" Ya baiklah.. terima kasih sekali lagi kepada doktor.. hanya Tuhan yang mampu membalasnya nanti.. " Kata Kamarudin pula..

" Syukur.. Kita dapat cucu lelaki.." Kata Mokthar kepada Kamarudin

" Betul tu... Kalau kau tak kisah.. Boleh aku tanya sesuatu dekat kau.." Kata Kamarudin perlahan

Mokthar seakan memahami apa yang hemdak di sampaikan oleh Kamarudin lalu berkata..

" Tak usah lah bimbang Din.. Dia tak perlu tahu pun pasal Mia dan budak tu.. selepas dia ceraikan Mia.. Dia tak ada hak untuk tahu tentang Mia dan budak tu.. Dan aku tak mahu dia tahu dan tak akan bagitahu dia .. Dia bukan anak aku lagi Din.. " Kata Mokthar perlahan walaupun dengan riak wajah yang sedikit mencuka..

" Aku minta maaf la Mokthar.. Tapi sampai bila kita nak sembunyikan semua ni.. Sampai cucu kita besar.. Kesian dia nanti..tak tahu siapa ayah kandung dia.. Walaupun apa yang Iqmal buat terhadap Mia tu salah.. tetapi siapa kita hendak menidakkan takdir dan ketentuan Ilahi.. Kita hanya manusia biasa Mokthar.. Akan ada kesilapan kita.. Mungkin memang sudah suratan jodoh mereka setakat tu sahaja dan mungkin juga sudah lumrah cara mereka berpisah memang sudah di takdirkan seperti itu... Tak apa lah Mokthar.. Kita bagi ruang dekat dia.. Kita pun tak boleh pisahkan dia dengan anak dia.. " Kata Kamarudin cuba menasihati bekas besan nya..

Meskipun dia tahu akan perbuatan Iqmal itu menyakitkan anaknya, namun Kamarudin sekeluarga tidak pernah menyimpan apa apa dendam terhadap Iqmal.. Malahan mereka juga masih menggangap Iqmal itu masih lagi menantu mereka.. Sama seperti Maisyara yang juga masih mengharapkan Iqmal akan menerima nya semula dan kembali ke pangkuan mereka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience