BAB 4

Drama Completed 1845

" Mia.. mari sini.. Am nak cakap sesuatu pada Mia.." Ilham memanggil Maisyara..

" Am nak cakap apa.. serius sangat bunyi nya.. " Kata Maisyara yang agak sedikit kebinggungan..

" Mia.. kalau Am nak tanya Mia satu soalan.. Am nak Mia jawab dengan jujur .. "

" Apa yang cuba Am nak sampaikan pada Mia.. Am nak ceraikan Mia.." Kata Maisyara lemah..

" Tak Mia.. Tak mungkin Am akan ceraikan Mia.. Am cuma nak pastikan sesuatu dari Mia.." Kata Ilham

" Baiklah.. apa yang Am nak tanya.."

" Mia.. kalau.. kalaulah suatu hari nanti..Iqbal muncul kembali dalam hidup Mia.. Mia akan tinggalkan Am tak.." Tanya Ilham

" Kenapa Am tanya Mia macam tu.. Iqbal tak pernah lagi wujud dalam hati Mia setelah dia pergi tinggalkan Mia di majlis perkahwinan kami Am.. Mia terima Am sebaik sahaja Am lafazkan akad nikah pada Mia.. Masa tu Mia berjanji dengan diri Mia yang Mia akan belajar untuk cintai dan terima Am dalam hati dan hidup Mia.. " Kata Maisyara lembut..

" Terima kasih Mia.. Sekurang kurangnya Am tahu apa yang terbuku di hati Mia.." Ilham tersenyum..

" Am.. Mia juga nak tanya Am satu soalan yang sama kepada Am.. Kalau Alia kembali pada Am.. Am akan tinggalkan Mia.." Mia pula cuba mahu merungkai isi hati Ilham..

" Kalau Alia kembali kepada Am.. Am juga tak akan tinggalkan Mia.. Sama macam Mia.. Dia pergi tinggalkan Am.. Dan Am nikahi Mia, jadikan Mia isteri Am.. Masa tu juga Am berjanji pada diri Am akan jaga Mia sampai ke akhir hayat Am.. Itu janji Am pada Mia.. " Kata Ilham..

Namun siapa tahu isi hati mereka yang sebenar.. Meski pun mereka telah membina istana cinta namun di hati masih ada isan lain yang bertaktha di hati mereka.. Cinta yang pertama lahir di hati tidak mungkin akan di pinggirkan semudah apa yang mereka katakan..


*********************************

Setahun kemudian..

" Mia.. hati hati jalan tu .. nanti jatuh.. " Panggil Ilham yang risau melihat Maisyara yang sedang asyik meniti batu batu yang ada di tepi sungai itu.. "

Setelah setahun mendirikan rumah tangga mereka hidup bahagia.. Hubungan mereka terjalin dengan indah tanpa ada cacat cela..

Tidak lama selepas Ilham menegur Mia.. Kedengaran bunyi Mia meminta tolong.. Bergegas Ilham berlari ke arah Mia..

" Am.. tolong Mia.. "

" Mia.. kan Am dah pesan tadi..hati hati.. kalau terjadi apa apa pada Mia macam mana.. Macam mana Mia boleh jatuh ni.. " Tanya Ilham lagi.. Mia hanya menahan senyum melihat gelagat Ilham memarahinya..

" Yang Mia tersenyum senyum tu dah kenapa.. " Tanya Ilham yang kehairanan melihat reaksi Miasyara..

" Am .. Mia tak jatuh pun.. Mia saja nak tengok apa reaksi Am bila jadi macam nie.. " Mia ketawa apabila berjaya melihat reaksi Ilham..

" Mia ni.. main mainkan.. kalau betul betul macam mana.. " Ilham mempamerkan wajah merajuk..

" Am.. Am marah Mia.. Mia minta maaf.. Mia janji tak akan buat macam ni lagi.. Mia janji.. "

" Betul ni.. Jangan buat lagi.. "

" Baik boss.. " Kata Mia bersahaja.. Tidak semena mena Ilham menghadiahkan satu ciuman kepada Mia membuatkan Miasyara terpaku tanpa kata..

" Padan muka.. rasakan.. " Kata Ilham di dalam hati.. Sengaja dia mahu membalas perlakuan Mia padanya..

" Jom balik.. dah lama kita dekat sini.. " Ajak Miasyara ..

" Jom.. " kata Ilham..

Sepanjang perjalanan mereka , tiada sepatah kata pun keluar dari mulut Miasyara.. Miasyara masih lagi terpaku akan perlakuan Ilham meskipun setelah setahun mereka bernikah namun segalanya tidak berlaku seperti sepasang suami isteri yang lain.. Mereka mengambil keputusan untuk berkenalan dan mengenali hati budi masing masing..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience