BAB 6

Drama Completed 1845

" Kenapa kau kembali.. kenapa Melina.. " Bicara hati kecil Ilham..

Kehadiran Melina amat lah mengganggu benak fikiran nya.. Di saat bahagia mula di kecapi datang pula derita lama.. Hadirnya Melina mengusik jiwanya..

" Am.. Mia tengok..semenjak pulang dari kerja Am nampak macam ada masalah je.. " Tanya Melina di saat dia menyedari perubahan riak wajah lelaki yang selalunya ceria berubah runsing..

" Tak ada apa Mia.. Am cuma letih je.. Banyak kerja di pejabat tadi.. " Kata Ilham bersahaja..

" Am.. Mia kenal Am bukan sehari dua tau.. Mia kenal Am dari zaman kita masih budak budak lagi..Dan sekarang Mia isteri Am..lagi Mia kenal perangai Am... Am kawan yang paling lama bersama Mia.. Mia tahu sangat perangai Am yang tak pandai menipu.." Kata Miasyara..

Sungguh tepat tekaan Miasyara.. Iqmal Ilham bukan lah seorang lelaki yang pandai berdolak dalih.. Apatah lagi hendak berbohong..

" Am tahu Mia sahabat Am dari kecil..Dan Am tahu Mia isteri Am.. Tapi Mia.. Am tak tahu macam mana nak cerita pada Mia.. Tak apa lah.. Tiba masa nanti..Am akan ceritakan semuanya pada Mia.. "

" Suka hati Am lah.. Siapa Mia untuk menidakkan kehendak Am.. Mia tak paksa Am untuk ceritakan semua tu.. Mia faham.. Mia naik dulu.. Mia nak masuk tidur.. Assalamualaikum Am.. " Kata Mia dan berlalu pergi meninggalkan Ilham yang masih lagi memikirkan sesuatu..

" Waasalamualaikum.. " Kata Ilham di dalam Hati..

" Maafkan Am..Mia.. Am sayangkan Mia..tapi hati Am berbelah bagi di saat Am bertemu kembali dengan Melina.. " Bicara Ilham di dalam hatinya..


***************************

" Iqmal Ilham.. Hensem nye awak.. Melina akan pastikan Am milik Melina.. Walau sejauh mana Am tolak bayangan Melina..Melina akan terus menjadi bayangan you Am.." Kata Melina di saat matanya terpandang akan sekeping gambar milik Iqmal Ilham bekas tunang nya satu ketika dahulu..

Lamunannya terhenti takkala telefon pintarnya berbunyi menandakan ada satu pesanan ringkas masuk.. Melina bingkas banggun lalu mengapai telefon bimbitnya.. Hatinya berbunga bunga takkala melihat satu nama yang amat di kenalinya..

- Hai Melina.. Boleh kita jumpa..Itu pun kalau U sudi nak jumpa Am.. - ( Iqmal Ilham )

- Untuk Am ..bukan setakat jumpa..kahwin dengan Am pun Melina sudi..- ( Melina Alia )

- Great.. Jumpa U dekat cafe yang selalu kita pergi dahulu.. U masih ingat lagi tak.. ( Iqmal Ilham )

- I tak akan lupa cafe tu Am.. Nak jumpa pukul berapa Am..?? - ( Melina Alia )

- Kita jumpa pukul 8 malam.. jangan lambat.. - ( Iqmal Ilham )

- Okey sayang... muah... - ( Melina Alia )

" Aku dah kata.. Kau pasti akan cari aku punya.. " Kata Melina kegembiraan ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience