BAB 5

Drama Completed 1845

Sampai sahaja dirumah, Mia terus masuk meninggalkan Ilham di hadapan pintu..

" Mia.. Mia diam dari tadi.. Mia marah Am ke.. " Kata Ilham memanggil Mia yang belum lagi jauh meninggalkan dia..

Miasyara mematikan langkah nya sebaik sahaja mendengar butir bicara Ilham..

" Kenapa Am buat Mia macam tu.. "

" Am buat apa pada Mia.."

" Tadi tu apa.. apa makna semua tu.. "

" Oooohhh.. pasal tu.. Kalau kerana benda tu,Am minta maaf.. Tapi Mia.. Am cintakan Mia.. Am sayangkan Mia.." Jelas Ilham.. Sejujurnya perasaan itu akhirnya terlahir jua..

" Betul Am sayangkan Mia.. Am tak akan tinggalkan Mia.. "

" Am betul betul cinta dan sayang pada Mia.. Am pernah berjanji pada Mia ..Am tak akan tinggalkan Mia sampai bila bila.. Bagi Am ruang untuk mencintai Mia.."

" Sebenarnya.. Mia pun cintakan Am.. Mia pun sayangkan Am.. " Kata Mia malu malu..

Indahnya dunia, kehidupan bercinta selepas nikah.. Kebahagian yang lahir dari hati yang ikhlas menjadikan kehidupan yang bahagia.. Layar jua bahtera cinta menjanjikan seribu bahasa.. Kisah dan cerita yang tersembunyi dari dalam lubuk hati akhirnya terungkai jua..

Namun disaat hati mula di ulit bahagia, rumah tangga mereka di uji.. Kembalinya Iqbal dan Melina merunsingkan kehidupan Ilham dan Miasyara.. Sekali lagi takdir telah mengubah kehidupan mereka.. Iqbal dan Melina kembali menagih cinta mereka..


**********************

" Hai.. Am.. how are you.. Lama I tak jumpa you.. " Sapa satu suara yang amat di kenali oleh Ilham..

" Melina.." kata Ilham yang masih lagi kaku..

" Ilham.. you tak ingat I.. kenapa you macam terkejut sangat.. Macam I nie hantu.." Kata Melina..

" Memang I nampak you macam hantu.. " Kata Ilham sedikit marah..

" Ilham.. you marah sangat dengan I nie kenapa.."

" You tahu kenapa I marah sangat pada you .. Atau you buat buat tak tahu "

" Okey.. I minta maaf .. I tahu you marah sebab I tinggalkan you masa majlis kahwin kita dulu.. Masa tu I dapat satu tawaran.. Dan tawaran tu datang hanya sekali sahaja Ilham.. I tinggalkan you bukan suka suka.. I masih cintakan you Ilham.. I tahu Ilham pun masih cintakan Melina.."

" Sejak you tinggalkan I dahulu.. Cintai I terhadap you dah tak ada Melina.. I cintakan orang lain.. Untuk pengetahuan you.. I dah kahwin.. " Kata Ilham dan berlalu pergi meninggalkan Melina seorang diri..

" Aku akan terus menagih cinta mu Ilham.. I tahu you tak kahwin lagi.. you tipu.. " Kata Melina di dalam hati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience